Tap tap tap
Bunyi ketikan papan kekunci komputer kedengaran didalam van hitam tersebut.
"Ster roger, ambil alih perhatian merpati", suara Ejen Koul masuk ke telinga Ejen Ster melalui peranti komunikasi yang mereka gunakan. Dia memerhati semua maklumat yang ada di skrinnya termasuk radius kawasan itu.
"Roger", Ejen Ster membalas arahan kaptennya itu dan terus berjalan ke arah Park Choong-Min, orang yang dimaksudkan sebagai merpati.
Park Choong-Min atau Mr Park, pemilik Yayasan TS adalah penganjur pesta ini. Di rumah agam seakan-akan istana dengan teknologi yang kuno untuk menyembunyikan kewujudannya.
Ejen Ster mendekati Mr Park dengan senyum ramah dan tangan yang ingin dihulurkan, "Heyy Mr Park!! Long time no see". Mr Park membalas huluran tangan Ejen Ster, juga dengan senyum ramah, "Mr Kim!!".
Ejen Ster merupakan pemilik syarikat F&B yang dipanggil Jjin Food yang cukup berjaya jadi tidak hairan jika mereka mengenali satu sama lain.
Kaca mata yang dikenakan Ejen Ster yang lengkap dengan kamera penghendap menangkap semua jenis ekspresi Park Choong-Min dan rakaman langsung terus tersalur ke Ejen Gato yang berada dimarkas mereka, jauh daripada bangunan tempat pesta tersebut dilaksanakan.
YOU ARE READING
Lucky 7 : code 0613
FanfictionSebuah institusi perisikan rahsia yang terbina tepat dibawah negara Korea, NSI, yang telah ditubuhkan sejak tahun 1995 diketuai oleh Bang Shihyuk buat masa ini. Kingdogs ataupun Doggers, organisasi gelap yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram dan...