2

1 0 0
                                    

Mereka bertujuh duduk di ruang tamu untuk memulakan perbincangan rancangan dan misi. Baru sahaja Namjoon ingin membuka bicara, mereka mendapat satu mesej video.

Yoongi membuka mesej itu di tablet NSI yang mereka gunakan. Satu cahaya biru keluar memaparkan presiden mereka, Moon Taeil.

"Selamat pagi, Lucky 7. Saya baru sahaja dengar mengenai perkembangan jed negara. Saya agak kecewa. Tapi saya percaya dengan anda semua. Jadi, lakukan yang terbaik. Dengan apa cara sekalipun, jed itu mesti kembali ke tangan kita."

Hologram tadi tertutup setelah Presiden Moon habis memberikan mesejnya.

Mereka bertujuh memandang satu sama lain. Kemudian, mereka memandang Namjoon.

"Well, korang sendiri dengar. Apa cara sekalipun", Namjoon mengangkat bahu.

"Jadi, kita nak mula dari mana?", Hoseok membuka bicara. Dia memandang Namjoon yang nampak mula berfikir.

Robot pembantu mereka datang memecahkan suasana hening dan tegang itu dengan memberikan mereka minuman masing-masing.

"Aku rasa, baik kita tengok balik cctv footage masa jed tu kena curi", Namjoon memberi idea selepas menghirup kopinya.

"Kan aku dah bagitau haritu, perempuan pakai logo Kingdogs", Taehyung memandang kaptennya itu dengan nada tidak puas hati.

"Ya, kau dah bagitau. Kita cuma nak confirmkan je", Namjoon membalas.

"Haah, you were literally about 30 meters away tau", Jimin pula berkata.

Taehyung mengalihkan wajahnya. Berasa kawan-kawannya tidak mempercayainya.

"Haa, Yoongi? Ada tak cctv footage?", Seokjin bertanya kepada pakar teknologi kumpulannya itu.

"Pahal aku pulak? Tu tanya Jimin", Yoongi menunjuk kearah Jimin menggunakan dagunya.

Jimin hanya tersengih dan mula membuka laptopnya. "Jap eh, aku bukak balik data haritu". Jimin mula menekan tombol-tombol keyboardnya.

"Oohhh ada. Tapi yang mana satu?", Jimin menunjukkan skrin laptopnya yang menunjukkan kamera cctv satu per satu.

"Cuba connect dengan Screen-X", Hoseok berkata.

Jiminpun menyambungkan laptopnya dengan skrin besar diruang itu yang dipanggil Screen-X. Terdapat berpuluh rakaman kamera dari sudut berlainan.

Mereka semua mula meneliti satu per satu rakaman untuk mencari kamera yang berada di kawasan peti besi.

"Oh, bang! Cam-25!", Jungkook menunjuk skrin yang dia lihat. Itu ialah kawasan didalam peti besi, terus kearah jed itu.

"Cam-24 jugak. Dia kat luar peti besi tu", kata Yoongi.

"So Cam-24 ngan Cam-25", Jimin menekan keyboardnya lagi dan hanya memaparkan rakaman daripada dua kamera tersebut dalam skrin.

"Pastu pukul berapa eh?", tanya Hoseok.

"Around 10 pm", balas Namjoon.

Jimin mula menggerakkan rakaman itu disekitar jam 9:45 malam untuk diteliti.

15 minit mereka tunggu, tepat sahaja jam 10 malam lampu terpadam sesuau dengam rancangan mereka.

BOOM!!

Pintu besi itu meletup seperti yang berlaku sebelum ini.

"OPOCOTT", Hoseok terkejut dengan suara yang kuat itu sehingga badannya terlonjak kebelakang.

"HAHAHAHAHA", Jungkook dan Taehyung mentertawakan rakan yang lebih tua dari mereka itu.

Namjoon, Yoongi, Seokjin dan Jimin yang memerhati skrin dengan seksama dari awal menelengkan kepala. Seokjin dan Namjoon menggaru dagu. Yoongi mendecak. Jimin menyepetkan mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lucky 7 : code 0613Where stories live. Discover now