🕊️ Chapter One 🕊️

89 11 4
                                    

"Morning ma, Eka pergi school dulu tau?". Sapa Maleeka kepada mamanya yang sedang sibuk di dapur.

"Awalnya, sarapan la dulu.. mama ada buat sarapan ni". Jawab Puan Aisyah. Hairan dengan anak gadisnya, awal pulak nak berangkat ke sekolah hari ni.

"Harini Eka ada tugas ma dekat sekolah, nak kena kemas perpustakaan". Yeszaa, pagi ni giliran Eka yang mengemas perpustakaan.. sebab tu la kena datang 6 pagi..

"okay okay. Kalau macam tu Eka bawa bekal, boleh makan masa rehat nanti.. sedap tau mama masak harini". Pantas Puan Aisyah mengambil bekas tupperware di dapur.

Maleeka giat memerhati tangan mamanya yang lincah memasukkan sandwich telur kedalam tupperware. Walaupun tanpa suami, mama seorang wanita yang berdikari dan tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Ma.. Eka sayang mama.

"Jangan termenung, mama tau mama ni cantik. Nah bekalnya". Mama cuit hidungku, seketika aku sedar dari lamunan.

"Ish mama ni, Eka pergi school dulu tau?". Aku menyambut bekal dari tangan mama. Kemudian aku mencium tangan mama.
"Bye maa"

-Sekolah | 6 A.M-

"Terima kasih Pat Mat, nanti Eka balik pukul 2 petang tau..". Sebelum turun dari kereta, sempat Maleeka berpesan kepada Pak Mat . Oh ya, Pak Mat adalah driver peribadi mamanya, memang sejak dulu Pat Mat yang mengantar dan mengambilnya pulang dari sekolah.

Seperti biasa, Maleeka membuka langkah terus ke kelas. Setibanya dihadapan kelas, Maleeka melihat pintu kelasnya masih tertutup rapat.

" Hmm awal sangat ni, pintu kelas pun masih berkunci.. ". Tiada pilihan lain, Maleeka terpaksa membawa bag sekolah dan bag bekalnya ke perpustakaan sekali.

"Apa pandang-pandang?". Ketika Maleeka sibuk menyusun buku-buku baru di rak, dia merasakan ada yang memerhatikannya.

"Ha! aku dah agak yang kau nampak aku!". Ya, bukan manusia.. memang makhluk itu..

Maleeka masih berdiam meneruskan kerja menyusun buku-buku di rak.

"Woi manusia,kenapa diam?" sergah makhluk itu

"Tak nampak ke aku tengah buat apa ni?".

Maleeka membuang pandangan matanya kepada makhluk itu. Tajam matanya memerhati si makhluk itu yang sedang duduk di atas rak yang paling tinggi.

"Turunlah, duduk la atas kerusi sana tu". Maleeka menuding jarinya kearah kerusi di hujung meja. Hahahaha berani ya kau Maleeka.

10 minit kemudian, setelah selesai tugas yang dilakukan Maleeka tadi.. dia melihat kearah kerusi yang disuruhnya Makhluk itu duduk. Ya, mendengar kata betul. Dia masih duduk memerhati gerak geri Maleeka..

"Nah.. ambillah makan". Maleeka hulurkan bekal yang mamanya sediakan tadi..

"Apa ni?". Teragak-agak makhluk itu ingin menyambut bekal yang dihulurkan Maleeka.

"Bekal, mama buat. Cubalah rasa". Selamba Maleeka menjawab. Huluran tadi disambut, Maleeka memerhati bekalnya dibuka dan satu sandwich diambil kemudian dimasukkan kedalam mulut..

"Hmm sedap". Itu saja yang diluahkan makhluk tersebut.

"Makanlah sampai habis, bekas tu nanti letak depan pintu perpustakaan. Habis waktu sekolah aku ambil". Kata Maleeka lalu menggunakan bag sekolahnya.

"Borak dengan aku dulu, aku sunyi..".

Maleeka memandang sosok makhluk tersebut. Ya, kelihatan sangat yang makhluk tersebut sunyi.

"Aku kena masuk kelas. Esok pagi aku datang sini borak dengan kau..". Ujar Maleeka sebelum beredar keluar dari perpustakaan tersebut.

"First time manusia bagi aku makanan, sedap pulak tu".

Setibanya dikelas, jarum jam menunjukkan pukul 7 A.M. Banyak rakan kelasnya sudah berada didalam kelas. Ada yang berborak, ada yang menyiapkan kerja sekolah, ada yang sambung tidur dan.. ada yang sedang menunggu kedatangannya..

"Hai awak". Sapa Dani setelah melihat Maleeka masuk ke kelas. Ha Dani ni kekasih hati Maleeka. Manis senyumannya melihat Maleeka yang berdiri di hadapannya.

"Haii Dani, eishh masukla kelas awak sana. Nanti Cikgu saya masuk la". Usir Maleeka. Iyalah, dah nak masuk waktu belajar.

"Hehehe biarla cikgu, cikgu kena tahu yang Dani rindukan Maleeka". Pelahan je suara Dani ketika mengatakan ayat tersebut. Ha tahu malu.

"Jangan sweet sangat ayat tu, banyak yang jatuh hati nanti..". Maleeka berkata selamba.

Raut wajah Dani kehairanan. "Siapa yang jatuh hati?".

"Yang tak dapat dilihat dengan mata kasar". Maleeka berkata lagi..

"Hantu ke?". Soal Dani yang masih tidak faham dengan omongan Maleeka..

"Ye"

Diam seminit. Diam dua minit. Diam tiga minit.

"HAHAHAHAHHAHAHA". Dani melepaskan tawanya, matanya berair dek kerana tawanya.

"wow, berianya ketawa. lawak sangat ke?". Maleeka berkata sambil menaikkan kedua keningnya

"Maleeka ni buat lawakla, selalu sangat buat lawak nampak hantu". Tawa Dani semakin reda. Matanya masih melihat Maleeka yang berdiri dihadapannya.

"Yelaa, memang nampak.. tu belakang Dani ada budak kecik tengah pegang rantai". Maleeka menuding jarinya kearah belakang Dani.

Dani menoleh kebelakangnya. Yang dilihatnya bukanlah seperti yang dikatakan Maleeka. Hanya Umai yang sedang melelapkan mata di atas meja.

"Ha ye la Maleeka, Umai ni memang hantu. hantu tidur. Saya masuk kelas dulu ya? jumpa waktu rehat nanti". Dani sempat berkata sebelum mengatur langkahnya pulang ke kelasnya sendiri.

"Haih, dia masih tak percayakan aku..". Maleeka mengeluh didalam hati.

(bersambung..)

MaleekaWhere stories live. Discover now