🕊️ Chapter Five 🕊️

25 3 0
                                    

             "Awak.. awak bangun.. bukak mata ni..". Suara tu. Suara yang sangat aku kenali.

Aku buka mataku yang tadinya lena diulit mimpi.

"Dani.. awak ke ni Dani? saya tak mimpi kan..".

Ya, suara itu milik Dani. Seperti hanya bayangan sahaja didepanku tapi cukup sempurna dimata aku yang punya kelebihan istimewa ini.

Aku memerhati bilikku yang gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memerhati bilikku yang gelap. Aku bangun dari katil untuk menghidupkan suis lampu. Cahaya dari lampu menerangi bilikku. Seketika aku masih merasakan yang ini hanyalah mimpi kerana tiada bayang Dani di cermin.

"saya ikut awak dari pantai tadi, sampaila kedalam kereta".

Dia bersuara lagi. Kalini aku memberanikan diri untuk memalingkan muka kearahnya.

"oh".

Mulutku seakan terkunci. Susah untuk berkata-kata. Seakan-akan seperti aku mahu dia hilang dari pandangan mataku.

"Maleeka takut dengan Dani?". Dia menyoalku, susah betul untuk aku menjawab soalan itu. Tolonggg

"Tak Dani, saya tak takut. Tapi saya terkejut, kenapa semua ni berlaku secara tiba-tiba. Sekerang awak berdiri dihadapan saya sebagai..". Aku diam seketika. Perasaan sedih mulai hadir.

"Sebagai roh..". Aku menyambung ayatku yang tergantung tadi.

Air mata yang dari tadi aku tahan akhirnya mengalir membasahi pipiku. Aku mengalihkan pandanganku ke lantai. Aku merasakan Dani menghampiriku.

"Don't cry sayang. Please, saya tak boleh tengok awak sedih macamni. Lebih-lebih lagi kalau saya punca awak menangis". Seperti biasa, Dani yang sentiasa berlembut denganku. Segala kata-kata yang keluar dari mulutnya boleh membuatkan hatiku terpujuk.

"Terima kasih. Terima kasih walaupun hadir dalam keadaan awak begini". Aku tersenyum kearahnya.

"Taknak duduk ke? lenguhla kaki saya kalau awak ajak borak berdiri macamni". Dani menunjukkan muka kasihannya sambil mengurut lututnya. Dah macam orang tua!

"Huh, dah jadi momok pun boleh lenguh ke kaki tu". Aku berkata sebelum duduk di katil

"Awak panggil saya momok? sampai hati, jahat mulut". Dia menirukan cara percakapan abang sajat sambil menudingkan jari kearahku.

Tergelak aku melihat kelakuannya, masih Dani yang sama. Tak akan pernah berubah.

"Okey now dah duduk. Tak sakit kaki dah kan ?". Saja aku mengusiknya.

"Berani awak usik saya, saya tukar muka jadi seram nanti.. ha baru tauuu"

"Saya dah selalu sangat tengok yang seram, sampaikan dah terbiasa". Jawabku selamba

MaleekaWhere stories live. Discover now