🕊️ Chapter Four 🕊️

36 4 0
                                    

          Mataku melihat kearah pantai, tangan kananku memegang sapu tangan milik lelaki yang aku sayang. Angin pantai menampar lembut pipiku. Warna senja mulai menyelinap masuk. Orang-orang yang tadinya ramai, kian berkurang. Mataku masih terkunci melihat ke arah pantai. Telingaku pula mendengar air ombak yang berdebur menghempas di tepian batu besar. Sedangkan fikiranku masih mengenangkan arwah Althair Dani..

 Sedangkan fikiranku masih mengenangkan arwah Althair Dani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flashback 2 days ago

"Ahli keluarga Althair Dani?"

"Kami..".   Abi Dani menghampiri doktor lelaki itu..

"Encik, Puan, Cik.. maafkan kami. Kami dah mencuba sehabis baik, tapi ALLAH swt lebih menyayangi Althair Dani. Waktu kematian, Jumaat, 25 Jun 2021, 8:16 AM. Maafkan kami sekali lagi cik, semoga Althair Dani ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman".   Sekali lagi air mataku jatuh menitik ke bumi setelah mendengar apa yang dikatakan.

Aku melihat umi dan abi yang seperti tidak percaya apa yang telah berlaku, anak lelaki kesayangan mereka yang pergi pada usia 18 tahun. Ya Allah, baru semalam kami berbual dalam telefon, itu kali terakhir aku mendengar suaranya. Umi memelukku, aku harus kuat untuk umi.

Pintu rawatan itu dibuka, jenazah Dani diusung keluar dibawa ke ruang mandi jenazah. Umi berpaut dibahu aku, tangisan umi semakin esak. Tangan kananku menutup kedua mataku, masih berharap yang ini semua hanyalah mimpi..

Flasback end


        "Dani.. saya memang sayangkan awak, tapi dunia ini tidak mengizinkan kita untuk terus Bersama. Saya redha dan ikhlas untuk perpisahan ini. Terima kasih untuk pertemuan yang singkat ini". Aku seka air mataku. Aku mesti kuat. Mama ada, Umi dan Abi pun ada.


Cinta ini memang kuat,

Tapi tak sekuat kuasa tuhan,

Takdir mempertemukan,

Kematian yang memisahkan.


Aku melihat jam di tangan kananku, 6:46 PM .

"Lewat dah ni, mama mesti risau".   Aku mengambil keputusan untuk pulang. Sebelum masuk ke dalam kereta, aku melirik ke arah pantai sekali lagi.

"this beach will always be our favourite beach".

Semasa dalam perjalanan pulang, aku merasakan ada sesuatu dikerusi belakang. Tengkuk ku merasakan deruan nafas yang sejuk. Kalau itu makhluk tempoh hari, sudah pasti dia akan menegurku tapi kalini rasa dan keadaan amat berbeza. Kakiku menekan pedal minyak, lebih laju dari daripada tadi. Hanya perasaan takut yang menyelubungi diriku.

200 meter lagi jarak untuk sampai ke rumah. Kali ini rasa seperti biasa, sepertinya tiada siapa-siapa lagi dikerusi belakang. Jujur persoalan kelmarin aku masih belum dapat jawaban, kemana pergi makhluk itu? macam mana dia tahu apa yang berlaku keatas Dani? tolongla muncul, tolong jawab segala persoalanku. Sketsa yang bermain dikepalaku terhenti setelah tiba dihadapan rumahku.

"Aik? mana pulak aku letak kunci pagar ni". Macam mana pulak boleh hilang kunci pagar ni.

"Hello ma, maa bukak pagar jap.. Eka lupa kunci letak kat mana".   Malas untuk membuang masa, aku menghubungi mama.

Kelihatan mama membuka pagar untukku.. aku membawa kereta dengan pelahan masuk ke dalam. Mama menunggu aku keluar dari perut kereta, dia tersenyum melihatku. Dia tahu dalam keadaan begini, aku memerlukan sokongan daripada dia.

"Assalammualaikum sayang mama". Mama menyapa ku

"Waalaikumussalam mama".

"dari mana sayang mama? dah makan ke ? ". Soalan pertama yang mama tanya. Mana taknya aku keluar rumah dari pukul 10pagi, sekarang baru balik..

"tadi pergi kubur arwah ma, harini nisan siap.. lepastu pergi pantai.. Eka belum makan ma, lapar.. nak makan yang mama masak".   Aku menjawab semua soalan mama dengan suara manja, tanganku memeluk mama dari belakang.

"Janganla hug mama, awak bau la.. pergi mandi dulu, then turun bawah ya? mama ada masa favourite food awak ni".   Mama membuat gaya tutup hidung, ee mama suka sangat sakat aku..

"Ooo bau eh? okay takpa takpa".   Sempat aku jawab sebelum masuk kebilik.

Di dalam bilik

Aku menghidupkan penghawa dingin. Tanganku mencapai kain mandi yang aku gantungkan di hanger. Kakiku melangkah masuk ke dalam bilik air. Setelah selesai membersihkan diri. Aku menarik kerusi dan duduk di depan meja solek. Aku menyikat rambutku yang sedikit kusut. Keringkan rambut? tak, aku tak ada hair dryer. Kalau ada pun aku akan menggunakan mama punya. Aku menggunakan sedikit losyen. Terakhir sekali, aku melihat ke arah frame gambar diatas meja. Gambar aku dan Dani.

"Dani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dani.. Maleeka rindu". Hanya itu yang dapat aku luahkan.

Bunyi ketukan pintu dari mama memecahkan suasana sunyi. Aku berdiri dan menuju kearah pintu. Tangan kananku memulas tombol pintu.

"Maleeka, jom makan".

"Jom, Eka lapar~".   Aku memaut tangan mama. Bau aroma masakan mama membuatkan cacing dalam perutku pargoy kelaparan.

Ayam gepuk, telur masak merah, ulam-ulaman. Wah mama betul-betul masak semua makanan kesukaan aku. No more pargoy kelaparan ya para cacing dalam perutku.

Aku duduk dikerusi, mama kauk kan nasi putih untukku. Ayam gepuk menjadi sasaran pertamaku. Aku mencubit sedikit isi ayam, ketika aku ingin menyuapkan kedalam mulutku.. suara mama berdehem membuat aku terhenti..

"Ehemmmm, mana doanya?".   Mama menegurku, almaklumlah.. aku terlampau lapar..

"hehe sorry maa.. bismillah.....".   Aku membaca doa makan sehingga selesai dan menyambung makan

Sambil-sambil aku dan mama makan, kami ada berborak. Mama ada menasihati aku seperti biasa. Mama juga ada bertanya kepada aku bagaimana dengan sekolah, aku menjawab sekarang aku lebih memilih untuk study from home. STPM ada dalam sebulan lebih lagi..

Selesai makan malam dan basuh pinggan, aku terus masuk kebilik.

"Maa, Eka masuk bilik dulu.. ngantuk la ma.." Aku minta izin dari mama untuk masuk ke bilik tidur.

"Okay sayang mama, rest tau.. esok bangun awal ya?".   Mama sempat mengingati aku

Aku mengambil telefon diatas meja solek dan set alarm pukul 7AM. Kemudian aku memadamkan lampu dan merebahkan badan dikatil empukku. Mata semakin berat dan akhirnya aku tertidur.

"Awak.. awak bangun.. bukak mata ni.."













(Bersambung..)










Jangan lupa vote, terima kasih sudi baca.. Chapter Five will update soon. Maafkan segala typo dan kesalahan ejaan🤍

MaleekaWhere stories live. Discover now