Aku akan ceritakan sikit tentang diri aku kat bahagian ni*walaupun korang tak nak dengar...•^•Ehek!
Nama penuh aku fardiana dina.Umur?Cer teka!Aku dilahirkan pada 13 Mei 2001 jadi maksudnya umur aku sekarang ni...???
Aku dulu ada fb...kalau korang cam aku,aku ada hantar mesej dalam group wattpad kat fb tu...Entah macammana adik aku boleh ambil handphone aku lepastu dia tulis maklumat umun kat fb...Kalau korang pernah tengok fb aku kat bawah tu ada tulis"dilahirkan pada 25 November 2006".Untuk makluman korang tu bukan tarikh lahir aku tapi tarikh lahir adik aku.Dan adik aku jugak ada letak status yang aku dah bertunang.Semua itu tak benar dan salah.
Huhuhu...sampai hati kau buat macam ni dik!Sampai aku kena kecam kat fb tau tak!Selepas adik aku di'cerahmahkan'oleh aku barulah dia diam.Nak atau tak nak aku terpaksa buang akaun fardianadina dan buat akaun lain yang hampir mirip dengan fardianadina.Tapi akaun tu dah tak aktif dah...sebab apa?Aku dah lama tak guna fb kot!
Tentang nama aku pula fardianadina aku
sebenarnya bukan nama sebenar aku.Nama sebenar aku bermula dari huruf 'A'.Kenapa aku guna nama fardianadina dalam wattpad ni?Haaa....ini ceritanya...Fardianadina tu singkatan bagi nama senior aku yang diagung-agungkan.Diaoranglah yang banyak membimbing aku dalam bidang penulisan...Nak tahu lebih lanjut tak?Kejap yer...
Far singkatan bagi nama Farah
Diana nama belakang aku
Dina tu pula singkatan bagi AdinaGabungan yang sempurna bukan?Hehehe...selepas buat penelitian aku singkatkan nama diaorang dan gabungkan dengan nama kami berdua.Aku masih lagi lemah dalam bidang penulisan tapi aku akan berusaha dan berusaha sehingga aku meraih kejayaan!Itu sahaja tentang aku pada bahagian ni...
YOU ARE READING
Cerita Seorang Gadis
Non-FictionHai!Buku ni menceritakan tentang diri aku.Minat aku dan semuanyalah ada dalam ni.Aku buat buku for fun je...Sebab aku rasa bosan sangat sekarang ni...Kalau korang nak baca bacalah....😉