"Kalau betul awak dah tak buat kerja-kerja berat macam dulu, macam mana saya boleh nampak blaus awak kena cat? Awak tahukan saya tak nak awak bersusah payah untuk hidup awak." Kata-kata Umar dua bulan lepas masih terngiang-ngiang di benak Sofea.
Dia bosan. Sejak berkahwin dengan Umar, Sofea terpaksa duduk di rumah jadi suri rumah tangga. Melayan karenah anak dan menunggu suami balik kerja. Serupa macam kawan-kawan yang lain. Sofea jadi lemau. Tapi selepas Saif kata dia tengah mengubahsuai pejabat Hello Painter yang baru, Sofea yang teruja lebih.
Fikirnya nak datang melawat sahaja tapi bila dia ternampak kerja mengecat masih tertangguh di dinding depan mata, Sofea terus capai batang cat dan mengecat.
"Weh, kau jangan buat pasal nak mengecat pula. Nanti laki kau marah aku, aku pulak yang kena." Sudah berkali-kali Saif menegah tapi apa yang Sofea jawab? Dia melawan semula."Aduhai, kadang-kadang aku rasa menyesal dengan perkahwinan aku ni. Nak sangat kahwin dengan Umar, sekarang bila dah terkongkong macam ni aku pula menyesal."
"Hesy, tak baiklah kau cakap macam ni. Dia suami kau tau. Semua dia buat ni demi kebaikan kau."
Lamunan Sofea melayang tatkala bunyi deringan telefon di sebelahnya memekik di telinga. Laju dia menjengah pada skrin. Nama 'Beloved D' muncul di skrin. Rasa rindu menjengah hati untuk nak berbual dengan suami. Sejak dari hari itu, Sofea dan Umar isythihar perang dingin.
"Hello Assalammualaikum, D." selembut sutera nada suaranya menyapa telinga Umar.
"Waalaikummusalam, Sofea hari ni saya balik lewat sikit. Ada meeting dengan team marketing."
Tanpa sedar Sofea mengeluh. Jangan cakap gadis yang digosipkan dengan Umar tempoh hari ada juga di pejabat. Kalau benar ada habislah."Kenapa awak mengeluh?"
Sofea fikir Umar tak dengar keluhannya itu. Lagi sayu hati ini bila Umar hanya memanggil dengan dengan nama dan awak bukan lagi panggilan sayang seperti selalu."Tak ada apalah, saya baru teringat ada kerja yang masih tak siap lagi."
"Anak-anak saya dah makan? Diorang buat apa? Senyap aje rumah tu."
"Aqeel dan Aleesa dah kenyang makan tadi. Baru aje tidur dekat bilik. D dah makan?"
"Hmm... sibuk sikit tak sempat nak makan." Beritahu Umar acuh tak acuh."Okeylah saya ada kerja nak kena buat ni. Nanti kita cakap lagi ya. Bye!" Klik. Sejurus itu Sofea terus bangun dari duduknya di sofa ruang tamu dan berjalan naik ke bilik anak-anaknya.
"Sayang-sayang mommy, daddy korang dah tak sayangkan mommy lagi ke? Daddy tak tanya langsung pasal mommy. Tak apa, tak apa, kalau itu yang dia nak, mommy redha."
Perlahan-lahan dia kucup dahi Aqeel dan Aleesa lembut.
**********************
Lagi dua hari Ramadhan akan tiba, tapi sambutan Ramadhan kali ini pasti tidak seceria tahun yang sebelumnya. Umar pula dah beritahu awal-awal yang dia akan selalu balik lewat. Kemungkinan dia takkan balik untuk bebuka puasa bersama-sama di rumah.
Makan hati untuk kali kedua. Benci!*********************
Demi nak melepaskan gian, Sofea hanya dibenarkan buat bisnes lukisan. Juallah karya yang dia hasilkan. Terpulang pada Sofea sama ada nak jual atau nak simpan. Kebanyakkannya Sofea simpan untuk kenangan.Sejak perang dingin berlaku dalam rumah ini, Sofea lebih suka memerap di dalam biliknya dan mengekspresikan rasa yang dia menebal dalam hatinya.
Tengah ralit sofea berkarya, tiba-tiba ada panggilan masuk. Berlari dia ke meja mencapai telefonnya. Fikirnya Umar yang telefon. Mana tidaknya sudah berhari-hari dia menanti suaminya menyatakan yang dia akan balik berbuka puasa sekali malam ini. Malangnya, Umar langsung tak berbuat begitu.
"Echah rupanya." Sebelum panggilan mati, lekas dia menjawab panggilan tersebut.
"Assalammualaikum Sofea, kenapa lambat sangat kau jawab telefon ni? Sibuk ke tu?" Seloroh Echah sambil ketawa kecil.
"Taklah sibuk mana. Tengah melukis ni. Kenapa call?"
Sejak Sofea dah tidak bekerja di syarikat Umar lagi, dia pun tak berjumpa dengan kawan-kawan dari tingkat bisnes. Salah seorangnya Aishah atau lebih gemar dipanggil Echah.
"Macam ni, kitaorang fikir nak ajak kau pergi iftar esok dekat hotel Grand Hyatt KL. Nak tak?"
"Wah, class betul tempat kau ni."
"Sebenarnya ada yang belanja tapi dirahsiakan sebab dia tak nak orang tahu. Cumanya dia nak kau ikut sekali." Bersungguh Aishah memujuk.
Sofea gigit bibir. Otak pula sudah mencerna jawapan. Hati teringin nak ikut, tapi anak-anak siapa nak jaga? Nak ajak encik suami? Dia mahu ke? Makan semeja pun tak pernah lagi untuk tahun ini. Inikan nak angkut dia sekali.
"Nanti malam aku beritahu kau. Sebab aku kena tanya suami aku dulu. Anak-anak aku macam mana pula ni nanti. Takkan aku nak angkut dua-dua. Bab nak bayar aku tak ada masalah, masalah aku adalah nak bawa Aqeel dengan Aleesa ni."
"Alaaa... Encik Umar tak boleh jagakan sekejap ke? Atau kau ajaklah dia sekali."
"Herm... kaukan dah book. Kalau tak boleh selit macam mana?"
"Sebenarnya... ala, pergi ajelah."
"Nanti-nanti aku bincang dengan Umar dulu eh. Sebelum Isya aku beritahu semula. Okey, bye!" Usai bercakap dengan Aisyah tadi Sofea terus mendail nombor Umar.
Dengan penuh debar, dia menanti dengan harapan Umar akan menjawab panggilannya ini.
"Hello nak apa?" Suara garau itu menyapa di telinga. Tiada lagi sapaan manis dan romantis yang membuai jiwa dan perasaan Sofea. Ini yang dia malas nak telefon ni.
"Sebenarnya saya nak minta izin D, saya nak join pergi iftar dengan..." Tak sempat beritahu Umar meneka.
By
"Budak ofis?"Sofea telan liur. Macam mana pula dia boleh tahu ni.
"Haah. Boleh ke?"
"Bila."
"Esok."
"Saya pun sama. Ada jemputan berbuka puasa di St Regis Hotel. Tapi kalau awak nak pergi esok, kita terpaksa splitlah. Awak bawa Aqeel saya bawa Aleesa."
Berkerut-kerut dahi Sofea. Mampu ke dia jaga baby Aleesa tu nanti. Baik dia sahaja bawa Aqeel.
"D bawa Aqeel, saya bawa Aleesa."
"No, saya akan bawa Aleesa dan awak bawa Aqeel."
"Okeylah kalau D dah cakap macam tu."
Tahulah Aleesa menjadi kesayangan dia sekarang tapi kut yang pun tak payahlah dia bawa baby Aleesa pergi ke sana. Disebabkan itu permintaan suami, Sofea akurkan juga.
****************************
Petang itu, Sofea kalu sediakan beg keperluan Aleesa. Takut nanti daddy dia lupa semua benda. Aleesa pula disiapkan dengan gaun cotton warna merah. Dan ribbon yang sesuai untuk aksesori kepala bayi. Setelah Aleesa siap, Umar terus bawa Aleesa yang baru berusia 6 bulan duduk di carseat. Tanpa bercakap banyak dan berpesan-pesan seperti selalu, Umar hanya meninggalkan Sofea bersama Aqeel yang baru terkedek-kedek nak masuk kereta.
Hilangnya kereta Umar dari pandangan, Sofea pun minta Aqeel masuk ke dalam kereta dan pakai tali pinggang seperti yang diajar selalunya. Aqeel tak banyak bunyi terus memakai dan bersandar memandang ke depan.
Setengah jam di jalan raya, akhirnya mereka tiba di hotel Grand Hyatt dan disambut ceria oleh teman-teman di pejabat dulu. Seronok pula rasa dapat berjumpa kawan-kawan. Hilang segala masalah. Mujur Aqeel ada dengannya kalau tak mahunya Sofea berlagak seperti orang yang belum berkahwin.
Selesai berbuka puasa tadi, Sofea terus buka telefon. Nak bertanya khabar tentang Aleesa tapi Umar langsung tak jawab. Kemudian dia membuka Instagram Umar pula. Bukan main seronok lagi dia bergambar sambil memeluk Aleesa. Kalaulah dia ada di sebelah, pasti lebih bermakna ramadan kali ini.
Bersambung....
YOU ARE READING
Setia Untuk Dia (Syawal)
RomanceKehidupan berumahtangga sama seperti orang lain kadang bahagia, kadang derita.