SYAWAL VERSION (part 2)

28 2 0
                                        

"Aqeel, nak makan apa-apa lagi tak?" Ujar Sofea lembut pada si anak yang baru berusia 4 tahun.
Aqeel di kerusi sebelah hanya menggeleng sambil menikmati aiskrim dalam mangkuk bersama sudu di tangan. Kepala anaknya itu di usap perlahan.

Walaupun Sofea nampak macam tenang melayan anaknya yang seorang ini, dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia risaukan sangat dengan suami dan anak keduanya. Entah apalah mereka berdua buat dekat sana?

Sofea mencuba nasib untuk kali kedua. Telefon Umar hanya dengar bunyi dari corong telefon tapi tetap tidak berjawab. Sibuk sangat ke dengan kawan-kawan sampai terlupa nak menjawab telefon.

'Aleesa macam mana? Dia nangis tak?'

10 minit kemudian, satu whatsapp masuk. Laju dia membaca Whatsapp yang di balas si suami.

'Dia tengah tidur dalam stroller tadi saya minta Syira bagi dia minum susu.'

'Syira tu dah sendawakan dia ke tak? D jangan nak memandai. Pukul berapa nak balik? Kalau lambat, saya dan Aqeel ke sana ambil Aleesa.' - Sofea taip laju dengan dada yang kian berombak. Otak makin tak tentu arah risaukan anaknya.

Senyap. Sofea buka semula instagram suaminya. Kelihatan ada encik Ais di antara mereka. Dengan pantas dia telefon Encik Ais minta bantuan.

"Hello Sofea, awak dekat mana ni? Seronok eh buli encik suami dekat sini. Kesian dia kena jaga Aleesa seorang diri."

Kening Sofea bertaut. "Saya dekat luar juga. Eh jangan salahkan saya, kawan baik Encik Ais tu yang gedik sangat nak bawa anak saya ikut dia. Dia mana?"
"Dia pergi solat Maghrib sekejap."
"Aleesa?"
"Ada ni dengan saya. Kenapa awak macam cemas semacam aje ni Sofea?" Sofea terdiam. Takkan dia nak beritahu hal yang sebenar pula. Malulah dia kalau orang tahu dia cemburu dengan staf pejabat mereka sendiri.
"Encik Ais, tadi Umar jaga Aleesa ke tak? Ke dia hire babysitter untuk Aleesa?"
Encik Ais ketawa besar. Sesekali menekup mulut dek kerana tak tahan nak ketawa tapi takut Aleesa di depannya kini terjaga.
"Comel betul Aleesa ni. Gebu macam mommy dia." Ah sudah, Encik Ais kalau bercakap memang manis. Walaupun begitu, Sofea tetap kembang semangkuk. Sudah tentu Aleesa comel macam Sofea. Aqeel pula ikut Daddy dia.
"Cepatlah Encik Ais jawab soalan Sofea ni. Siapa jaga Aleesa tadi?"
"Siapa lagi daddy dialah. Awak lupa ke yang iftar malam ni untuk mens only!" Sofea gigit bibir bawah.
Mana dia nak tahu sedangkan nak bercakap pun dah jarang.
"Eh, nanti kita sembang lagilah. Umar dah habis solat tu. Dia on the way ke sini." Tak sempat cakap bye, talian terus putus. Geleng kepala Sofea dengan perangai sengal Encik Ais ni.
Selesai bercakap dengan Encik Ais tadi, baru Sofea dapat tarik nafas lega. Seronok!

**********************************************
"Bini kau dah telefon suruh balik ke bro?" Usik Umar selamba. Punggungnya dilabuhkan di kerusi bersebelahan stroller Aleesa.
"Mana ada, aku on the phone dengan kawan lama ni tadi." Tipu Ais sambil menggosok belakang tengkuk. Nak mati ke kalau dia beritahu yang dia tengah bergayut dengan bini bos sendiri.
"Aku rasa, aku gerak dululah. Kesian pula Aleesa tidur macam ni."
"Itulah kau, orang ajak berjimba kau bawa baby. Kan dah kena balik awal." Zahid pula mencelah.
"Kau apa tahu, kau baru kahwin. Tunggulah masa kau nanti akan sampai juga." Dalam gurau ada sindir juga. Dia bukan sengaja nak bawa Aleesa ke mari tanpa Sofea tapi dia perlu bawa.
Umar bingkas bangun dan bersalam dengan kawan-kawan lain sebelum beredar menolak stroller Aleesa ke arah pintu gerbang utama kafe hotel.
Tiba dirumah, kelihatan kereta Sofea sudah terparkir di garaj. Umar pula masuk kereta BMW nya di sebelah kereta Honda Jazz milik isterinya. Baru sahaja dia nak matikan enjin kereta, pintu rumahnya terkuak luas. Sofea berlari keluar ke arah pintu sebelah pemandu. Aleesa yang masih lena diulit mimpi di ambil keluar dari perut kereta.
"Aleesa anak mommy..." berkali-kali ayat itu meniti di bibir Sofea sehingga masuk ke dalam rumah.
'Sayang anak aje ke? Daddy dia? Padanlah muka kau, ego tak bertempat. Dengan Saif pun nak cemburu ke? Bodohlah kau ni.' Hati kecilnya mengutuk diri sendiri.
"Macam mana iftar dengan kawan-kawan? Seronok tak?" Soal Umar acuh tak acuh sambil melabuhkan punggung di sofa dan bersilang kaki. Mata masih menghala ke skrin tv yang entah dia sendiri tak tahu cerita apa yang isteri dia tengah layan sejak tadi.
"Seronok. Tapi saya risaukan Aleesa, makan pun tak kenyang. Tadi Aleesa ada menangis tak?"
"Dia elok aje dengan syira. Saya nak naik mandi. Berlengas badan ni."
Sofea pening, wujud ke tidak sebenarnya Syira ni tadi? Seronok sangat sebut nama tu. Dek kerana malas nak bergaduh, Sofea lupakan sahaja.
"Tuala saya dah sediakan atas katil. Baju tidur pun atas katil." Beritahu Sofea seraya perhatikan langkah Umar naik ke bilik.
"Hmm..."
Itu aje? Nasiblah Sofea...

Setia Untuk Dia (Syawal)Stories to obsess over. Discover now