3

204 14 0
                                    

Selepas isyak, semua anggota Dewa Perang dah bergerak ke kafe Bikers Kental

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas isyak, semua anggota Dewa Perang dah bergerak ke kafe Bikers Kental. Jefri, salah sorang ahli geng tersebut bertanggungjawab membawa tiga kotak rokok untuk dihisap dan dihabiskan malam ni. Adra memerintahkan semua dewa untuk hadir awal sebab takut kerusi tak cukup. Kafe Bikers Kental tu je ramai. Kang tak pasal-pasal kena bersila kat bawah!

Segerombolan motor besar hitam yang mostly berjenama Yamaha dan BMW mula memenuhi parkir kereta kafe Bikers Kental yang terletak di kawasan pekan kecil. Kafe ni memang sering dikunjungi orang lagi-lagi kumpulan penunggang motor sebab bukak sampai pagi untuk lepak dan borak.

Menjadi kebiasaan juga untuk semua ahli Geng Dewa Perang menghadirkan diri tiap kali diajak lepak kat sini. Siapa yang malas nak show up make sure bagi alasan yang munasabah. Alasan ada hal ngan awek takkan diterima.

Eros yang semalam meminta izin pada Adra untuk mengajak aweknya, Athena tak berjaya sebab ini perjumpaan antara lelaki-lelaki sahaja. Nak spend time ngan awek, bukan kat sini.

Beberapa lambakan order untuk 24 ahli Dewa Perang memenuhi meja makan mereka yang panjang disambung-sambung. Makanan western yang disajikan kepada anak-anak remaja tersebut kelihatan menggiurkan dan mengundang rasa lapar. Nak tunggu yang lain sampai memang berjanggut. Jadi, sesiapa yang datang awal boleh terus menjamah.

Oh lupa nak mention, kali ni yang kena bayar semua ni si Dion. Belanja makan adalah satu bentuk terima kasih sesama anggota Dewa Perang yang menjaga keselamatan dan keamanan geng tersebut.

"Wah, wah, wah! Bapak ayam bawak anak-anak ayam pegi makanlah!"

Belum sempat pun mereka menjamah, ada suara menyapa mengganggu keamanan mereka. Berdesing telinga bila mendengar sumber suara tersebut dari seseorang yang amat mereka kenal.

Carlos, salah satu ahli geng motor dari Fangsworth High.

"Muka kitorang ni ada nampak macam pelacur ke?" Muka Evander dah menunjukkan riak wajah menyampah. Berani-beraninya Carlos mengganggu mereka lagi. Tak cukup-cukup ke kena tibai haritu?

"Sama je kan? Pompuan keliling pinggang. Ronda sana sini weng-weng! Hahahhahaha!" ejek Carlos. Ahli-ahli gengnya yang lain turut join ketawa.

"Apa kau cakap ni, sial?!" Jax bangkit dari kerusinya sambil menghentak meja.

"Ada kau nampak awek kitorang kat sini? Takde kan?!" Eros mencelah.

Octa yang juga dah lama bersabar dengan perangai Carlos juga turut ikut campur. "Yang kau sibuk kat sini kenapa ek?! Tempat kau bukan kat sini!"

"Lantak kitorang lah! Kitorang boleh nak lepak mana-mana!" jerit Jaafar.

"Mana boleh! Kitorang ada perjanjian dengan Tuan Syed! Budak-budak sampah macam korang ni tak boleh lepak sini!" Dion mempertahankan kawasan lepak mereka.

"Well, perjanjian korang tu perjanjian pakai duit kan? Ingat kitorang tak tahu?! Korang suap orang berapa ramai dah?!" perli Carlos.

"Ish, lancau betul!"

AdrastaWhere stories live. Discover now