Moment

714 73 20
                                    

Alternate Dimension
.
.
.
.
.
Di dalam bilik,Gempa memerhatikan outfit dia dihadapan cermin yang besar. Lepas sarapan,R.Taufan dan R.Halilintar bawa dia pergi warnakan rambut kepada warna putih,and then pakaikan yang baju yang biasanya 'R.Gempa' pakai.

Baju tu nampak berbeza dari apa yang dia selalu pakai. Kasut combat hitam dengan jalur kuning bercahaya tinggi sampai bawah lutut,seluar hitam berpoket dengan T-shirt merah tuck-in dalam seluar, jaket yang dia pakai sekarang ni sama macam dia punya yang lama,tapi lebih pendek dan buat dia nampak macam pakai cropped top jacket dan tak berzip.

Sepatutnya,Reverse Taufan nak letak satu pistol dekat poket seluar Gempa,tapi R.Halilintar halang sebab takut Gempa 'tak ingat' cara nak guna.

Gempa:Hm...Macam mana ni D-Bot? Tak ada cara lagi ke nak balik ke dimensi asal aku?

D-Bot: Maaf Gempa.Masih tak ada.

Gempa:*sigh* Tak apalah. Buat masa sekarang ni,aku kena berlakon jadi Reverse Gempa,siasat apa yang dah jadi dekat dimensi ni,dan bantu diaorang kembali ke jalan yang betul.

Gempa lihat pakaian dia lagi sekali sebelum pintu biliknya diketuk.
Gempa jalan kepintu sebelum membukanya. Reverse Halilintar berdiri dihadapan monitor.

R.Halilintar: Boss. *tunduk hormat*

Gempa: Ada apa Halilintar?

R.Halilintar: Aku akan bawa kau jelajah balik kapal kita dan apa yang kita buat. Aku perasan yang kau macam bingung bila kita berbincang dekat meja makan. Jadi aku ingat dengan bawa kau berjalan boleh bantu kau untuk ingat balik.

Gempa:Er...baik. Teruskan lah.

R.Halilintar memandang Gempa sebelum memulakan langkah.
Gempa mengikut langkah Reverse Halilintar disebelahnya.

Gempa (dalam hati): Hm..Dengan cara ni,aku boleh tahu apa yang dah jadi dekat dimensi ni..

Setiap kali ada pekerja yang lalu,mereka akan tunduk hormat bila nampak Gempa dan Reverse Halilintar.

R.Halilintar: Kita ni digelar Elemental. Penakluk galaxy. Hampir keseluruhan planet² dalam galaxy ada dalam jajahan kita.

Gempa hanya menelan air liur saja.

R.Halilintar: Setiap planet yang kita takluk,kita akan beri pilihan kepada pemerintahnya,sama ada nak menyerah diri,ataupun dimusnahkan.

Gempa mengetap bibir.

Gempa: Boleh elaborate?

R.Halilintar: Menyerah diri,maksudnya planet mereka adalah hak milik kita. Mereka masih boleh tinggal disana, tapi akan dikawal rapi oleh tentera kita. Kita akan kawal planet tersebut secara keseluruhan,dan separuh dari hasil mereka akan diberikan pada kita,sebagai penukaran mempertahankan planet mereka.

Gempa mengangguk perlahan.

R.Halilintar: Dimusnahkan,tak adalah kita serang planet tu. Kau masih ada perasaan lagi untuk bagi semua makhluk dalam planet tu untuk berpindah. Bila planet tu dah tak berpenghuni,baru kita akan serap kuasa Elemental yang ada dalam planet tersebut,sampailah planet itu musnah sendiri. *chuckle* Heh,kau tak patut baik sangat dengan alien yang macam tu.

Bulu roma Gempa meremang bila R.Halilintar menghabiskan ayatnya.

Dia teringat peristiwa yang dia lawan dengan Retakka dulu.

Semasa mereka berjalan, akhirnya mereka sampai kesatu bilik yang ada pintu yang besar. R.Halilintar memasukkan code dan pintu itu terbuka.

Gempa melihat sekelilingnya. Ruang ni nampak lebih kurang sama dengan dek utama Kapal Kebenaran. Cuma ada jawatankuasa elit sahaja dekat sini yang menguruskan kapal.

Reversal (BoBoiBoy)Where stories live. Discover now