Storytime

703 82 11
                                    

Reverse Halilintar menarik nafas dalam dan cuba untuk mengawal kuasanya. Dia tak nak Gempa tercedera lagi kalau kuasanya hilang kawalan.

R.Halilintar; Agak panjang ceritanya boss..

Gempa: Aku ada banyak masa nak luangkan.

R.Halilintar:*sad chuckle* Aku ada banyak kerja nak kena buat.

Gempa: Aku boss kau aku boleh suruh orang lain buatkan. *persistent*

R.Halilintar tergelak kecil sebelum memandang keluar.

Dia mula bercerita.

R.Halilintar: Kita...tak bertuah sangat dalam hidup ni. Mak meninggal lepas lahirkan kita. A-..Amato tu pulak,selalu ada urusan kerja. Kita dibesarkan oleh pengasuh yang tak berapa nak baik dari umur 5 sampailah 10 tahun, baru kita pindah ke Pulau Rintis untuk....tinggal dengan Tok Aba...

Gempa mendengar dengan teliti dan tangannya masih setia berada pada tangan Reverse Halilintar. Dia faham mungkin sukar Reverse Halilintar nak luahkan segalanya.

R.Halilintar; Atok sajalah yang berikan kasih sayang pada kita,manjakan kita dan semuanya. Lepas tu,kita jumpa dengan Ochobot yang bagi kita kuasa Elemental ni.

Gempa: Macam mana dengan kawan² kita?

R.Halilintar: Tch- Mereka pun dapat kuasa juga. Dekat sekolah,kita selalu dibuli sebab nampak aneh,sebab rambut putih kan? Dalam perjumpaan sekolah,tak ada sesiapa yang datang sampai kita digelar sebagai 'anak kutip'.

Gempa:*ketap bibir* M-Macam mana dengan kawan² kita? diaorang...tak tolon-

R.Halilintar: Huh! Lagi diaorang gelakkan adalah! Alasannya: Alah,kau kan ada kuasa kuat tak kan orang cakap sikit dah gembeng? Diaorang akan cakap tu,setiap kali kita cuba nak luahkan perasaan pada mereka.

Gempa mengangguk perlahan.

Patutlah Reverse Elemental sangat bencikan diaorang sekarang.

R.Halilintar: Dan kemudian,ada alien datang,ambik Ochobot dan ada banyak benda berlaku...Tapi apa yang penting,kita dapat upgrade kuasa yang baru.

Gempa: Thorn dan Solar?

R.Halilintar; *angguk*Ya. Lepas tu,kita terpaksa sertai TAPOPS semasa umur kita 12 tahun. Jadi,kita kena...tinggalkan..

Gempa:Tinggalkan Tok Aba sendiri dekat bumi?

R.Halilintar:*angguk* Ya...

Gempa melihat air muka Reverse Halilintar berubah apabila topik mengenai Tok Aba disentuh.Dia pun tahu yang dalam dimensi ni,Tok Aba dah tak ada. Mungkin itu sebab kenapa mereka jadi macam ni sekarang..

R.Halilintar:K-Kita cuba...aku sumpah kita cuba u-untuk puaskan semua orang...t-tolong orang dengan semampu yang kita boleh..selamatkan semua Power Sphera yang ada dan selari d-dengan study...k-kita cuma minta satu benda saja...Tch-Tak guna...

R.Halilintar menutup mata menggunakan tangannya.Gempa rasa yang tangan R.Halilintar bergetar.

Gempa:Hali...Kalau kau tak boleh sambung..kita boleh stop?

R.Halilintar:Tak..Kau kena tahu...Aku tak nak kau jumpa lagi dengan si tak guna tu!

Gempa:Kenapa?Apa yang diaorang dah buat?

R.Halilintar:Diaorang punca Tok Aba meninggal!

Gempa terdiam. Reverse Halilintar mengetap bibirnya kuat dan memandang Gempa. Dia nampak lebih terkejut dari apa yang dia sangka.

Reversal (BoBoiBoy)Where stories live. Discover now