Bab 2

10K 1.3K 339
                                    

"SELAMAT PAGI." Suara yang selalunya ceria membelah kesunyian pagi, hari ini kedengaran sangat biasa. Beberapa pemain yang sedang bersiap memakai kasut itu memandang pelik Afifa yang berjalan dengan wajah suram menuju ke loker pakaian.

Seorang gadis bertubuh tinggi, berambut kuning keemasan itu mendekati Afifa lalu menyandar di loker bersebelahan loker gadis itu. Anak rambut Afifa yang berselerakan di depan, dia kemaskan ke belakang. "Kenapa adik saya ni muka monyok saja hari ni? Siapa buat dia macam ni?"

"Kakak..." Afifa muncungkan mulut. Gadis yang dipanggil kakak itu bernama Yelena, berasal dari Rusia. Kapten pasukan bola tampar mereka.

Di antara mereka semua, Afifa yang paling muda kerana dia menyertai pasukan ini pada tahun pertama. Rata-rata mereka sudah berada di tahun ketiga dan keempat. Bahkan tahun kedua pun tak ada. Hanya dia tahun pertama yang berjaya melepasi peringkat saringan dan diserap masuk ke enam pemain utama. Oleh itu, bagi mereka semua, Afifa merupakan adik bongsu mereka yang manja walaupun gadis itu bagaikan singa kelaparan digelanggang.

"Abang Zek sudah berpindah tempat latihan, Pipa dah tak boleh jumpa dia." Tersebik-sebik Afifa memberitahu.

Mendengar itu, mereka yang tadinya memandang dengan muka serius mengeluarkan keluhan lega. Yelena juga turut terjatuh bahunya yang tegang tadi. "Pasal Abang Zek dia saja. Ingatkan kena buli lagi." Yelana membuat muka segaris. Dia kembali ke tempatnya dan mencapai safe guard di dalam loker.

"Ala... Kenapa? Ini pun masalah besar juga. Nanti Pipa tak ceria." Afifa membuat muka sedih apabila mereka tidak memberi perhatian kepadanya. Kes Isaac pun besar juga pengaruhnya dalam kehidupan seharian seorang Afifa. Kalau tak tengok gambar sebelum tidur, mesti tak boleh tidur. Bangun pagi pula, mesti kena tatap muka kacak itu. Kalau tak tengok, harinya tak bersemangat. Sampai hati mereka mengecilkan peranan Abang Zek dalam hidup Pipa.

"Janganlah fikir sangat. Nanti kami bawa awak pergi tempat latihan dia, kan Yele?" kata seorang gadis yang berada di sebelah Yelene. Katrine, kembar Yelene. Dia menyenggul siku Yelene dari sisi meminta kembarnya bersetuju.

Yelene angguk mengiyakan.

Afifa menjuih walaupun dalam hati sudah seronok. Dia berseorangan di sini, kalau tidak dengan bantuan Yelene dan Katrine, tak mungkin Afifa boleh bebas bergerak ke sana ke mari untuk mengejar langkah Isaac. Namun malangnya sehingga ke hari ini, dia masih belum bertemu empat mata dengan lelaki kegemarannya itu.

Argh! Kenapa susah sangat ni! Apa lagi usaha yang Pipa kena buat ni, abang?

Sedang melilit plaster di buku jarinya, Afifa perasan telefonnya yang bernyala, menandakan mesej masuk. Dia menjenguk kepalanya sedikit untuk melihat notification yang tertera. Dari Julius. Hanya terdapat icon kamera disitu menandakan lelaki itu menghantar gambar kepadanya.

Tangan kiri mencapai telefon tersebut lalu mesej dibuka. Terkejut dia melihat tanda tangan yang cukup dikenalinya melalui gambar Google.

Disebabkan Afifa kidal, laju saja dia menaip mesej kepada Julius.

Apa alasan awak hantar gambar yang diambil dari google ni?

Ya Tuhan, Pipa! Awak cuba buka gambar tu dengan lebih besar.

Afifa mengerut dahi. Gambar yang telah dimuat turun itu ditekan. Kali ini gambar penuh terpapar di skrinnya. Nafasnya hampir tersekat apabila dia melihat empat huruf berangkai yang membentuk nama Pipa di bawah tanda tangan Isaac Louis. Dengan mata membulat, dia membaca satu-satu perkataan yang tertulis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Isaac: Cinta Yang Tak BiasaWhere stories live. Discover now