Prolog

19.8K 2.2K 455
                                    

Bibirnya yang beroles lip balm diketap kuat, mengelak dari mengeluarkan sebarang bunyi. Dalam hati, terkumat-kamit dia memarahi diri sendiri sambil tangan meramas tuala kecil di tangannya.

Dari tiga garisan memanjang di tepi loker, Afifa dapat lihat kelibat orang sedang bercumbuan di dalam kamar menukar pakaian itu. Bunyi-bunyi erotik memenuhi ruang. Passionate, lupa sekeliling. Dan yang menyebalkan, orang itu ialah Abang Zek!

Afifa benam kepala ke lututnya bersama telinga ditekup sekuat hati. Sampai berdengung-dengung bunyi dalam telinga. Jangan dengar, Pipa. Berdosa!

Sudah dua bulan dia tercongok depan bangunan tempat latihan pemain bola sepak terkenal, Isaac Louis dengan harapan dapat bertembung dengan lelaki ini, akhirnya ini juga yang dia dapat.

Dia dapat tengok Isaac buat maksiat!

Tercebik-cebik bibir Afifa menahan. Memang dia hanya sekadar mengidolakan lelaki itu, tapi melihat Isaac berkelakuan seperti itu di hadapan matanya, dia rasa lain macam. Rasa sakit hati, rasa sebal! Rasa nak tumbuk muka orang.

Dengan bibir yang terjuih, Afifa angkat kepala, jatuhkan tangan lalu telinga dirapatkan ke pintu loker.

“Isaac...”

Suara perempuan tu!

Afifa menutup kembali telinganya. Bibirnya terketap. Kakinya dihentak perlahan. Aaaa! Abang Zek, kenapa curang dengan Pipa?!

Pipa tak buat apa-apa selain mencintaimu. Sobs sobs.

Bila nak habis ni? Ruang loker yang sempit ini betul-betul menyesakkan dada. Pelipis dan atas bibirnya sudah mula merenik peluh. Panas. Hangat. Sudahlah dalam hati pun hangat, dalam loker pun hangat. Nanti rentung dekat sini, siapa yang susah? Abang Zek lah. Sebab ini loker dia.

Afifa tarik nafas geram. Sekejap saja lagi Pipa! Nanti habis dah. Dan kau boleh keluar dari loker yang panas nak mati ni. 

Sabar Afifa.

Bertenang.

Sikit saja lagi.

Krek!

Apa tu?!

Erk! Afifa terngadah. Mata dibuka perlahan-lahan. Baru dia tersedar keadaan di dalam loker itu sudah mula terang benderang dengan cahaya dari luar yang menyuluh masuk. Ini bermakna...

Matanya membulat!

Kepala terus diangkat. Malu tak malu, dia harus memanfaatkan situasi ini untuk melihat wajah idolanya dengan lebih dekat.

Angkat sahaja kepala, mata Afifa disajikan dengan susuk lelaki yang bercangkung menahan tangan di atas lutut. Lelaki itu hanya berseluar pendek dan t-shirt tanpa lengan.

Oh tidak!

Sunguh-sungguh handsome!

“Abang Zek.” Isaac Louis. Bintang bola sepak. 318 juta pengikut Instagram. Tarikh lahir—

“Excuse me?” Lelaki itu menegerutkan kening.

Mata Afifa terkebil-kebil. Rahangnya jatuh. Wajah yang selalu ditatap di skrin telefon kini di berada betul-betul di hadapan mata. Kening yang cantik, hidung yang mancung. Dan yang paling menarik perhatian Afifa, bibir terbentuk lelaki itu. Merah basah.

“What are you doing in my locker, young lady?”

Soalan Isaac bagai tak masuk dalam telinganya. Kepalanya lebih fokus kepada bibir merah Isaac.

Bibir ini yang mencium perempuan lain tadi!

Bibir ini yang dicium perempuan lain!

Entah apa yang Afifa fikir sehinggakan tangannya naik lalu pap! Bibir lelaki itu ditampar!

Terkelip Isaac dibuatnya.

Afifa tarik nafas terkejut. Apa kau buat ni, Pipa!

I... I...” Afifa tergagap. Apa nak cakap, apa nak cakap!

Lelaki itu merenung tak berkalih, menanti respon Afifa. Bibirnya yang terasa pijar dijilat.

"I'm sorry!" Senafas Afifa mengucap sebelum dia bangun dengan pantas.

Tong!

Kepalanya terhantuk kepada besi menyangkut baju. Bergegar kepala Afifa dibuatnya. “Auw!

Tangannya menggosok kuat bahagian kepala yang terhantuk tadi. Menyebabkan rambut yang tadinya diikat kemas menjadi kusut.

Sorry again. Afifa tunduk badannya sedikit. Baru dia melangkah keluar dari loker itu, kepalanya tertarik kuat ke belakang. Langkahnya licin lalu dia jatuh semula ke dalam loker.

Segala hanger yang tersangkut dengan rambutnya habis terjatuh. Baju menimbum ke atas kepala Afifa.

Are you okay?”

Afifa hulur tangan keluar dari timbunan baju. “No! Don't help me! Afifa bersuara cemas. Dia tak boleh biarkan idolanya melihat dirinya yang tak tertolong ini. Kenapa kau memalukan diri sendiri Afifa?

Tak sempat berfikir apa, Afifa kaut semua baju Isaac untuk menutup wajahnya. Baik kau keluar dari sini sebelum kau buat banyak benda memalukan. Kakinya sudah bersedia.
1, 2, 3, Go!

Dengan sekelip mata, dia meluru keluar dari loker tersebut. Tubuh besar Isaac dilanggar sehingga lelaki itu terganjak ke sebelah.

Ark! Lelaki itu berbunyi kesakitan.

Afifa meneruskan lariannya. Maafkan Pipa, Abang Zek. Nanti Pipa ubati segala kesakitan.

Berbekalkan memorinya, Afifa menuju ke sebelah kanan untuk keluar dari bilik tersebut. Kakinya berlari selaju mungkin. Tak teragak-agak.

Merasakan dirinya sudah jauh sedikit, Afifa cepat-cepat tarik baju lelaki itu dari kepalanya. Penyangkut baju yang tersangkut di rambutnya ditarik kasar. Terlalu ralit sehingga...

Dum!

Berdesing otaknya. Terpejam-pejam mata Afifa menahan kesakitan akibat terlanggar bucu pintu. Bibirnya berdesir. Bagai nak meraung apabila melihat sekumpulan lelaki berada di hadapan pintu memandangnya dengan kerutan pelik di dahi.

Afifa pusing tubuh.

Di belakang, terlihat Isaac menghampiri.

Afifa hela nafas. Bahunya jatuh.

Abang Zek, tolong Pipa, serunya dalam hati sebelum perlahan-lahan dunianya menggelap, sendinya melemah dan tubuhnya melorot jatuh.

Sebelum mata terkatup rapat, dia dapat melihat Isaac yang berlari ke arahnya. Suara garau lelaki-lelaki sahut menyahut ditelinganya.

Apabila hidup bagaikan sudah tiada pilihan, maka, buat-buatlah pengsan.

Mrs. Isaac: Cinta Yang Tak BiasaWhere stories live. Discover now