4.Isi hati

5 2 0
                                    

Biasanya,hari Ahad Doyoung akan dimulai dengan bersarapan bersama Farzana,si gadis pujaan. Namun apakan daya,mereka sudah putus.

Kadang Doyoung tak habis fikir pasal Farzana. Dia memang tahu yang Farzana tu gadis yang pelik dan misteri,namun begitu dia mudah membaca isi fikiran gadis itu. Tapi persoalannya adalah mengapa gadis pujaannya meninggalkannya untuk seseorang yang belum tentu layak untuknya jika dibandingkan dengan Doyoung.

Jika para pembaca fikir Farzana tak bersyukur maka kalian salah. Gadis itu tidak bodoh untuk meninggalkan Doyoung. Tapi ada satu hal yang tidak dapat dia elak. Daripada meninggalkan lelaki yang dia puja seperti itu, lebih baik dia keluar dulu dari hidup lelaki yang dia kasihi.

Biarlah dibenci,yang penting Dongie tidak menderita.

Itulah yang terbaik bagi Doyoung, fikir Farzana.

                          *Timeskip*

Doyoung POV

Pagi ni aku pergi universiti seorang diri. Biasanya Farzana akan membebel kalau aku bawa motor laju laju sebab takut tak sempat sampai. Walaupun alasan sebenarnya aku cuma nak dia peluk aku.

HAISH. Aku kalau asyik fikirkan pasal dia macam mana aku nak move on.
Kalau boleh jujur,aku rindu dia.
Sangat sangat rindu. Ibu ayah aku tak kisah pun pasal aku, cuma Farzana je yang ada untuk aku. Susah senang aku,penat lelah aku.

Aku ingat lagi. Waktu ibu dengan ayah gaduh sampai nak bercerai. Aku lari dari rumah bila ayah mula pukul ibu. Aku naik rooftop berniat nak bunuh diri. Masa aku panjat tembok ada orang tarik aku turun. Orang tu Farzana. Dia dah selamatkan nyawa aku.

Dia selalu jadi target buli masa tu sebab memiliki paras rupa yang biasa. Jangan lupakan tinggi yang macam pokok bunga belakang sekolah dan badan yang besar macam tong.

Aku terkejut dia yang selamatkan nyawa aku sedangkan aku pernah membuli dia dengan kawan kawan aku. Mengingat kejadian tu aku jadi malu.

Kami berdua duduk di situ dalam keheningan. Dia cuma tengok bulan dan aku hanya diam. Dari situ aku sedar yang dia cantik. Bahkan lebih cantik dari semua gadis yang aku kenal. Hidung dia yang mancung,mata dia yang bulat, bulu mata yang panjang melentik dan bibir dia yang berwarna red pink. Semua tu tertutup dengan cermin mata dia yang tebal setebal make up senior kami.

Cukup lama kami berdiam diri,dia mulakan perbualan dahulu.

"Kenapa awak nak terjun tadi?"

"Tch. Bukan urusan kau."

"Memang urusan saya sebab saya hampir jadi saksi tadi."

"Aku tak nak bagitahu sebab kau orang asing."

"Tapi biasanya, orang orang akan berkongsi masalah diaorang dengan orang asing sebab diaorang yakin kalau orang asing tu takkan bagi tahu siapa siapa."

"Ibu ayah aku bergaduh lagi."

"Huh?"

"Haish. Ibu ayah aku bergaduh sampai nak bercerai. Puas hati kau?!"

Dia tak cakap apa apa. Dia cuma datang dekat dan peluk aku. Aku terdiam. Bau wangi syampu dan perfume dia menusuk hidung aku. Tanpa sedar aku menangis. Dia cuma diam sambil sesekali membisikkan kata kata yang membuat aku tenang.

Sejak kejadian tu,aku makin dekat dengan dia. Selalu tunggu depan pagar dan hantar dia sampai kelas. Lepas tu,waktu balik aku tunggu dia depan kelas sampai pusat jagaan anak yatim.

Dulu aku ingatkan dia nak main dengan anak anak yatim,tapi rupa rupanya dia tinggal situ. Dia cakap ayah dia buang dia sebab dia bukan anak kandung ayah dia. Dia anak mak dia dengan lelaki lain. Masa dia dilahirkan,mak dia meninggal jadi ayah dia buang dia.

Aku terdiam. Sekarang baru aku tahu kenapa budak budak tu suka buli dia.

Tepat 6 bulan kitaorang kenal,aku ajak dia couple. Mula mula tu dia tolak tapi bila penjaga pusat bagi green light dia setuju.

Bila dia berumur 18 tahun,dia terpaksa keluar dari pusat tu sebab umur dia dah dewasa. Dia sedih sebab dia cakap dia takde hala tuju. Aku pun bawa dia pindah ke apartment aku. Disebabkan ibu ayah aku dah bercerai,aku beli apartment sendiri.
Tapi jangan risau,aku tak tinggal dengan dia. Aku pindah rumah aku balik.

Ibu aku pindah ke Amerika sedangkan ayah aku balik ke kampung. Sikit diaorang tak peduli pasal aku. Untung aku ada Farzana.

Mulai dari hari tu,kitaorang berjanji takkan berpisah. Tapi nampaknya cuma aku yang berpegang pada janji tu.

Farzana,
kau permainkan janji dan cinta aku,
kau tinggalkan aku demi lelaki yang belum tentu mampu menjamin masa depan kau.
Tapi takpe,satu hari nanti aku harap kau rasa benda yang sama.











You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Dan Takdir | DoyoungWhere stories live. Discover now