Di satu sudut perpustakaan terdapat seorang gadis kecil comel dan molek. Sudah menjadi kebiasaan dia untuk mengulang kaji.Walaupun berpenampilan seperti budak introvert, percayalah dia seorang yang ramah dan manja.
"yo biskut!"
"hey awak!"Kelihatan dua orang rakan baiknya menghampiri dia.Jaehyuk dan Haruto.
Dua orang lelaki itu merupakan kawan baik Y/N.Persahabatan Y/N dan Haruto terjalin kerana membesar bersama sama manakala persahabatan Jaehyuk dan mereka terjalin kerana tinggal di kejiranan yang sama.Begitulah persahabatan yang utuh terbina."Hai korang!!!Me la sini."
"Wow!Lama tak dengar awak guna dialek/loghat terengganu awak",usik Haruto.
"Hehehe.Dah lama saya tak balik sana sebab tu saya guna dialek/loghat tu tapi kalau korang tak faham saya guna bahasa melayu biasa ",balas Y/N.
"Guna jelah dialek/loghat tu,kalau kitaorang tak faham kitaorang tanya je Miss Google,"sambung Jaehyuk.
"Ada ada je awak ni"
"Ada ada je awak ni",ejek Haruto.
"Korang ni kenapa tak couple je ah?
Asyik saya awak saya awak,bersawit sana sini, beli ini itu semua sama.Kalau korang tak couple jugak tak tahu lah nak buat apa."sambung Haruto."Mama tak bagi",jawab mereka berdua serentak dan tertawa.
"Lepas habis kelas nanti nak pergi...................." belum sempat Haruto menghabiskan ayatnya terdengar jeritan para hawa di luar koridor perpustakaan.
"Aaaaaaaahhhhhhh!"
"Cair akuuuuu!"
"Kenapa dia handsome sangat!!!nggh!!"Suasana di koridor luar perpustakaan terlihat riuh dengan jeritan para pelajar perempuan universiti ini.Bukan kerana Song Jong Ki,Park Seo Joon mahupun Lee Min ho yang lalu, tapi itu hanyalah Doyoung si Playboy yang manis.
Ketiga tiga sahabat itu ikut keluar untuk melihat keadaan di luar.Selepas melihat siapa yang menyebabkan suasana kecoh itu,jantung Y/N berdegup laju.Mukanya mula berubah merah.Jaehyuk yang menyedari keadaan Y/N itu meletakkan belakang tangannya di atas dahi Y/N.
"Awak tak panas pun.Tapi kenapa pipi awak merah?",tanya Jaehyuk.
"Hyung tak tahu ke yang lalu tadi tu crush Y/N.Sepatutnya dia ada crush dekat saya sebab saya yang lagi handsome dari si Doyoung tu,lagipun Doyoung tu dah ada girlfriend,"beritahu Haruto dan sempat lagi dia memuji dirinya sendiri.
"Y/N?Betul ke?",tanya Jaehyuk.
"Ya.Siapa yang jadi kekasih Doyoung memang beruntung dah lah dia baik,handsome sweet pulak tu."
"Tapi hari tu aku tengok awek dia tu tak ada lah cantik sangat. Macam manalah dia boleh sukakan perempuan tu.," jawab Haruto.
"Dok baik awok kabo gitu. Mungkin perempuan tu ade hati hok molek bak tu dia wehi kot. Lagipun,kalu awok pilih rupa je tapi perangai dok molek dok jadi nape gok. Baik kasih ngan patung je," beritahu Y/N dengan cepat seperti mengerap dalam bahasa alien bagi Haruto.
"Huh?"
"Nothing"
"Jom lah balik.Dah lewat ni.Nanti mama awak marah pulak,"kata Jaehyuk.
Mereka bertiga pun mengemas barang dan bergegas pulang.Walaupun Jaehyuk kecewa dengan fakta yang dia tahu tadi.Dia tetap berusaha untuk terlihat gembira di hadapan kawan kawannya kerana dia tak nak kawan kawannya risau.
Sebelum mereka pulang,mereka singgah di McDonald untuk membeli ais krim.Doyoung pov
"Kita putus"
"Kenapa? Saya buat salah ke?"
"Tak. Tapi saya dah tak sanggup untuk tipu diri saya. Saya tak pernah cintakan awak pun. Terima kasih untuk selama ni. Saya yakin awak akan jumpa yang terbaik."
"Farzana tunggu!!"
"Jangan pernah cari saya."
"Kenapa awak sanggup buat saya macam ni?!!!"
"Saya tak sanggup tapi ini yang terbaik untuk kita. Maafkan saya Dongie," bisik gadis itu pada dirinya sendiri lalu berjalan pergi meninggalkan bekas kekasihnya.
Pada petang itu senja menyaksikan betapa patahnya hati kedua insan yang saling mencintai terpaksa melupakan cinta dan rasa sayang yang pernah dikongsi hanya kerana sebuah takdir yang tidak adil.
Begitulah kehidupan.
Begitulah takdir.Lelaki itu melangkah pulang dengan membawa hati yang patah. Tidak pernah dia bayangkan gadis yang selalu mengucapkan kata kata cinta dan semangat kepadanya meninggalkannya. Dia berusaha untuk mengingat kembali kesalahan yang dia pernah buat. Adakah kerana dia lupakan tarikh anniversary mereka? Atau kerana dia lupa tarikh lahir dia? Mungkin juga kerana dia diminati ramai? Adakah kerana cinta yang diberi tidak cukup?
Sungguh........
dia berasa buntu sekarang.A/N:
yg dialek terengganu tu kawan sy yg tulis.kalau salah,marah dia bukan sy.
<3333
YOU ARE READING
Cinta Dan Takdir | Doyoung
Fanfic~kita cuma dibutakan oleh cinta~ seorang yang cuba lupakan cintanya; .................................................................................. seseorang yang sanggup buat apa saja asalkan cintanya tidak bertepuk sebelah tangan; ...