Cinta Songsang Part 8

4.6K 51 43
                                    

Semakin Hari Semakin Berjauhan. Hubungan aku dengan Kamil makin lama makin renggang. Ye la aku ni setakat adik angkat je bukan awek. Aku nampak Kamil memang bahagia dengan Isya. Aku xde nak cakap buruk tapi aku Happy.

Si Akim plak. Dia putus dengan Hana sebab dia dah jumpa orang lain. Dan orang tu ada la Nana bff Isya. Aku x faham la kenapa diorang boleh minat dengan org yang berkaitan. Korang faham tak. Kamil dan Akim bff. Isya dan Nana pun bff.

Dan aku x faham kenapa si Akim tu boleh suka dekat Nana. Sedangkan Nana tu perangai macam setan. Si Akim pulak ustaz. Aku pernah tanya. Jawapannya sebab dia nak bimbing Nana. Aku tak mampu nak kata apa2 terima je la jawapan tu.

Sejujurnya aku cakap hubungan aku antara Akim dan Kamil memang semakin renggang. Ramai yang perasan even roomate aku Amar pun tanya. Aku tak mampu nak berkata. Tapi aku xboleh nak expect yang diorang bagi perhatian kat aku. Ye la aku ni kan taraf adik je bukan awek.

Peperiksaan percubaan PMR dah berlangsung. Seperti biasa aku bertungkus lumus study dalam bilik prep. Aku ni di kategorikan budak pandai la. Sebab aku satu2 nya lelaki dalam top ten pelajar paling pandai form 3. Aku di tangga yang ke 7. Tak la bijak sangat. Tapi boleh la.

Selepas peperiksaan percubaan PMR, aku telah jatuh tersungkur ke bumi sebab result percubaan aku menurun sampai cikgu terkejut kenapa. Hurm ramai yang salahkan aku sebab terlalu banyak join program kokurikulum. Tapi aku rasa macam biasa je.

Ada salah sorang cikgu ni yang mengajar aku bahasa melayu panggil aku masuk pejabat.

Cikgu Siti: haa iez sini kejap sye nak tanya sikit dengan awak.

Iez: ya cikgu. Ada apa?

Cg siti: Awak ni dah kenapa result makin menurun ni. Selalu tak macam ni. Saya dengar ramai cikgu komplen tau.

Iez: hurm saya pun tak tahu cikgu. Nak kata saya tak study, tipu sbb saya selalu study ngn kawan2.

Cg siti: tu la saya kenal awak macam mana. Awak memang rajin study tapi result trial ni mengecewakan tau tak. Macam mana nak selesaikan ni. Sebelum ni result awak ok je.

Iez: Saya tak tahu dah nak buat apa. Saya kena cari silap saya cikgu.

Cg Siti: Saya rasa sebab awak tinggal di asrama ni sebab tu awak jadi macam ni.

Iez: eh xkan la. Kat asrama lagi banyak saya study.

Cg Siti: sebelum ni awak duduk rumah result awak cantik je. Sejak duduk kat asrama result makin menurun. Macam mana?

Iez: Tak mungkin la cikgu. Kat rumah saya selalu study depan tv tu pun tak tau masuk ke x. Kat asrama saya betul2 study cikgu.

Cg Siti: Saya rasa tak. Kat asrama ni mesti awak banyak main kan. Study dengan kawan tapi main-main. Betul tak?

Iez: Yang tu saya tak pastilah.

Cg Siti: Saya rasa better awak keluar asrama. Awak duduk rumah. Btw kenapa awak duduk kat asrama? Ada masalah transport ke?

Iez: eh x la. Saya masuk asrama sebab nak study lagi mudah tu je.

Cg Siti: kiranya bab transport awak xde masalah kan?

Iez: oww xde. Sebab ayah saya boleh hantar sye ke sekolah.

Cg Siti: Ok kalau macam tu. Awak balik rumah awak bincang dengan keluarga awak macam mana. Tapi kalau ikot saya la better awak keluar asrama awak duduk rumah. Kita buat eksperimen macam tu nak? Nanti kalau awak duduk rumah result awak cantik teruskan je la.

Iez: Hurm macam mana ya.

Cg Siti: Saya bukan apa iez. Apa yang saya buat ni untuk kebaikan awak jugak. PMR dah dekat tau. Awak tak risau ke?

Aku gay??? Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang