Junkyu tergesa-gesa mengemas begnya dan bergegas menuju ke pagar sekolah.
"Aigoo kim junkyu. Aku ingatkan kau nak suruh aku tunggu sampai berjanggut kat sini." Jihoon bersuara sebaik sahaja dia nampak kelibat junkyu berlari ke arah dia yang sedang duduk di bus stop.
"Sorry weh.Tadi aku khusyuk sangat buat homework.Tak sedar dah lambat."Junkyu duduk mengah di sebelah jihoon.
"Takpelah.Aku pon tadi ada hal juga.Ni baru siap.Jomlah balik.Nanti mak kau risau pulak."
"Jom."
Mereka berdua bangun dan mulakan langkah pulang ke rumah.
"Doyoung ada jumpa kau harini?"Soal jihoon.
"Ada.Tadi rehat.Aku tak sangka pulak dia ingat harini birthday aku.Yelah aku sendiri lupa."Junkyu keluarkan sapu tangan dan mengelap baju sekolahnya yang comot.
"Aku baru perasan baju kau comot.Orang cari pasal dengan kau lagi ke?Teruk juga baju kau comot ni."soal jihoon sambil turut mengeluarkan sapu tangan sebab nak tolong bersihkan baju junkyu tapi dihalang junkyu.
"Jangan.Nanti sapu tangan kau kotor."
"Setakat sapu tangan ni kotor,nanti boleh basuh."Jihoon berdegil.
"Park jihoon." Junkyu masih menahan tangan jihoon daripada lap baju dia. Tapi jihoon tepis perlahan tangan junkyu dan teruskan mengelap bahagian baju sekolah junkyu yang kotor.
"Berapa kali dah aku pesan.Lain kali,kalau ada yang cari pasal dengan kau,bagitau aku.Biar aku sekeh sorang-sorang. . Berani diorang kacau bestie aku ni." Bebel jihoon sambil gigih mengelap.
"Takpelah. Sikit je. Macam tak biasa. Setakat baling sampah kat aku ni apalah sangat."
Mendengarkan kata-kata junkyu,jihoon mula bercekak pinggang.
"Kau ni kan.Kau bukannya tak boleh lawan diorang pon. Kau tibai jelah balik diorang tu. Biar padan muka."
"Jihoon. Kau tau kan takde guna pon kalau aku lawan balik? Nanti at the end of the day,aku juga yang dipersalahkan. Cikgu-cikgu pon takkan back up aku. Yang back up aku selama ni cuma kau sorang je. Lagipun tadi aku takde mood nak lawan balik. Kalau tak memang gaduh dah tadi kat situ."
Yup.junkyu memang jenis yang akan melawan semula. Faktor orang sekeliling yang membenci dia mengubah dia menjadi seorang yang kuat memberontak.Tapi kalau dia bergaduh sekalipun dengan orang yang cari pasal dengan dia,cikgu-cikgu cuma akan menghukum dia seorang sahaja. Seolah-olah junkyulah punca pergaduhan tu dimulakan.
Keadilan tak pernah ada untuk dia. Walaupun dia hanya mempertahankan diri.
Sama macam apa yang jadi 10 tahun lepas.
"Haih susahlah cakap dengan kau ni. Degil." Jihoon ketuk kepala junkyu perlahan. Junkyu hanya tersengih.
"Omg look. Budak sampah tak sedar diri ni boleh sengih-sengih pandang headboy sekolah yang smart ni. Masih tak sedar agaknya dia tu beban je."
Suara seseorang yang lalu di sebelah mereka membuatkan jihoon dan junkyu menoleh. Seorang batchmate perempuan mereka lalu melepasi mereka sambil bermain telefon. Mendengarkan kata-kata budak perempuan tersebut,jihoon mengetap bibir penuh kegeraman.
'Nasib baik perempuan. Kalau tak lama dah ajak gaduh.' getus hati jihoon.
"Muka cantik tapi mulut longkang. Heh. Fikir baguslah tu." Gumam jihoon sendiri.
"Takpelah hoon. Biarlah dia tu." Junkyu menenangkan.
"Perempuan perangai macam tu takleh buat bini. Tak hingin aku." Jihoon masih membebel sendiri.
YOU ARE READING
[ hope ; junkyu : doyoung ]
Fanfiction[Treasure Fanfic - Ongoing] "There will always be hope as long as we have each other." - a brotherhood story of kim siblings -