4 : Memori Masa Lalu

22 4 1
                                    

"Wei Kirito Kau termenung apa ?" ...... Seketika suara dan wajah itu tidak asing dari ingatan Kirito .

"Kau sape .... Aku kat mana ni ? ".... Ujar Kirito sambil kebingungan dan menggaru-garu kepalanya.

"Hahahaha lawaklah kau nie ... Ni akulah Aesyia takkan kau tak kenal "........ Ucap Aesyia sambil ketawa terbahak-bahak.

"Aesyia tu kau ke? ..... Memang betul-betul kau ?" ..... Ujar Kirito sambil belari ke arah Aesyia dan terus memeluk Aesyia seerat-eratnya seperti dia tidak mahu melepaskan Aesyia sekali lagi .

"Wei kau kenapa ni Kirito ? .... Kau ok tak .... Hehehehe kau ni selalu cengeng ... Nampaknya aku lah yang kena jaga kau dari sekarang , sampai kita besar nanti aku yang akan jaga kau" ..... Ujar Aesyia ... Di samping dia menatap muka Kirito .

"Takkkk kau tak tauu ..." .... Ucap Kirito sambil menangis teresak-esak kerana merindukan Aesyia . Aesyia tidak tahu bahawa di masa depan dirinya akan meninggalkan Kirito buat selama-lamanya .

"Dah dah .... Jom kita balik rumah .... Mari aku dukung kau... Kaki kau kan sakit .... Haishhh Kirito kau ni cuai betullah ... Macam mana lah kau boleh jatuh basikal padahal 3 roda" .....Ujar Aesyia sambil meduking Kirito untuk pulang ke rumah mereka "Hmmmm Kirito .... Kenapa kau nangis tadi? .... Kau sedih sebab apa ? ....pasal risau aku ke ?.....kalau pasal aku takpe sebab aku kan lagi kuat dari kau "...... Ujar Aesyia sambil tersenyum lebar

"Tak aku cuma rindukan kau sangat-sangat .... Aesyiaa di masa depan nanti aku akan lindungi kau sungguh " ..... Ucap Kirito meskipun dia tahu bahawa ini hanyalah imbas kembali .

Mereka berdua pulang ke rumah Aesyia kerana Kirito adalah Yatim piatu . Kerana itu ibu Aesyia mengambil dan menjaga Kirito seperti anak sendiri . Tetapi Kirito sering pulang ke rumah ibu bapanya yang sekarang di duduki oleh atuk dan neneknya . Atuk dan neneknya tidak mahu mengasuh Kirito kerana mereka telah tua dan tidak mampu lagi untuk mengasuh Kirito dengan baik . Oleh itu ibu Aesyia lah yang di amanahkan oleh atuk dan nenek Kirito untuk mengasuh Kirito seperti anak sendiri .

Malam hari menjelma semua penduduk rumah itu pun mulai lelap sampai pagi . Pada pagi itu ibu Aesyia membangunkan Kirito dan Aesyia untuk pergi ke sekolah . Dalam perjalanan mereka ke sekolah , Kirito terpinga-pinga seperti orang bodoh yang tidak tahu apa-apa . Setibanya mereka di sekolah barulah semuanya mulai terjelaskan sedikit demi sedikit .Dia kini mengetahui yang dia telah berada di sekolah rendahnya dahulu yang bermakna dia telah menjadi dirinya 11 tahun yang lalu.

"Aku sekarang dah jadi budak 11 tahun ke ?" .... Ucap Kirito di dalam hatinya ... " Kelas aku kat mana eh ..... Hmmmmm wei Aesyia kau satu kelas dengan aku ke ? " ..... Ujar Kirito

"Taklah mana ada ... Aku tua 1 tahun dari kau lah .... Kau lupa ke ? .... Kau nie pelik dari semalam lagi .... Kau tak sihat ke ... Kalau tak aku hantar kau pegi bilik kesihatan nak? " ..... Ujar Aesyia sambil riak wajahnya mulai kelihatan risau kepada Kirito .

" Oo ye eh ... Aku sihat jelah ... cuma aku lupalah ... hmmmmmm ....Tapii boleh kau tunjuk kelas aku Tak? " .... Ucap Kirito ... " Kalau tak boleh takpe aku boleh je tanya cikgu pun " .

"Marilah aku hantar kau .... Eishh kau nie buat aku risau je .... Hah tu kelas kau .... Kau terus je yang paling hujung tulah kelas kau"

"Ok terima kasih Aesyia " .... Ujar Kirito sambil wajahnya menandakan yang dia malu di bimbing oleh seorang budak perempuan .

Sesampainya Kirito di kelas , dia bertanya kepada guru kelasnya di manakah tempat duduk Kirito Shizu . Guru kelasnya mulai kebingungan sambil menunjukan di mana tempat duduknya berada . Tetapi semasa pelajaran berlangsung Kirito lah murid yang paling pandai dan cepat tangkap dengan apa yang di ajar oleh guru-gurunya . Ya lah mana tidak pandai dan cepat tangkap , itu semua kerana dia adalah Kirito di masa depan yang berpindah ke dalam tubuhnya yang masih sekolah rendah.
Semua guru bangga akan pencapaian Kirito pada hari itu kerana sebelumnya Kirito adalah murid yang pemalas dan sedikit tidak cerdas . Setelah loceng pulang berdering , Kirito pun segera menemui Aesyia yang berada di perhentian bas untuk bertanya kepada Aesyia tentang dirinya yang sebelum ini . Aesyia berkata sebelum ini Kirito hanyalah budak cengeng yang kuat menangis dan pemalas untuk melakukan apa-apa. Lantas Kirito teringat memorinya yang tidak sepatutnya dia ingat , dia teringat tentang dirinya yang pemalas dan tidak mau berubah sehinggalah ibu Aesyia kemalangan dan mengalami koma sehingga mereka beranjak ke kolej . Tetapi Kirito telah berazam untuk berubah dari sekarang agar itu semua tidak terjadi . Tiba - tiba !  .........

"Kiritoooooo naga tu datanggg!!!! .... Cepat tolong sini ".... Jerit Shu sambil berusaha menolong Ariel untuk membuka gerbang itu .

Kirito terkejut dan melihat-lihat di sekelilingnya . Dia bangun dan berkata " tak .... tak tak.... tak tak tak tak ..... Tidakkkkk bukannn ni yang aku nakkk .... Aku nak lindungi Aesyiaa bukann niii ... Kenapa aku balik sinii .... Oiiii cepat hantar aku balik pegi tempat Aesyiaa .... Wooooooooooooiiiiiiii ..... Taaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk ..!!!!!!!" Jerit Kirito sambil mengalirkan air mata yang sangat banyak , seolah-olah dia tidak mahu balik ke masa kini dan menerima kenyataan bahawa di masa kini Aesyia telah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya .

"Takkkk aku taknak ni ... Aku nak pergi tempat Aesyiaa ... Tolongglah tuhann buat lah sesuatuu .... Aesyiaa kenapa kau pergi tinggalkan aku awal sangat ahh kenapaaa .... Kau tak sayang aku dah ke .... Weiii kenapa " ... Ucap Kirito sambil menangis teresak-esak . Dia tidak berganjak walau sedikit pun dari tempat dia duduk walaupun dia tahu naga itu akan datang sebentar lagi tapi dia masih duduk di situ sambil air matanya mengalir seolah-olah dia tidak mahu lagi hidup . Tiba-tiba tamparan keras mendarat di wajahnya . Dia terkejut dan melihat ke arah tangan yang menampar wajahnya itu .

"Weiiii Kiritoo .... Kenapa ... Kenapa kau tak sedar lagi ahh... Kita kat sini untuk apa? ... Untuk hidupkan Aesyia kan ? ... Jadi kau buat apa lagi duduk kat situ macam orang bodohh mari tolong kitaorang buka gerbang ni..... Sepatutnya saya lagi sedih sebab Aesyia tu adik saya ... Tapi setelahh saya dengar yang Aesyia mati di dakapan awak .... Sedih saya mulai reda dan kerana saya tahu bahawa awak takkan hanya duduk diam saja tengok dia mati macam tu..... Kan kan awak tak nk tengok dia mati macam tu je kan? " .... Ucap Ariel sambil matanya mulai mengalirkan air mata . Kirito mulai sedar dari mimpi siangnya dan segera bertindak untuk melakukan sesuatu .

" Wei jangan buka gerbang tu" ..... Ujar Kirito sambil perlahan-lahan tangannya mengambil Xavier dari sarung pedang yang berada di belakangnya ... " Aku dah ingat dah fungsi pedang ni .... Ianya bukan untuk melindungi diri aku ... Tetapi pedang ni dibuat untuk melindungi orang-orang yang aku sayang..... Baiklah naga mari sini aku dah siap tunggu kedatanganmu ..... "

Shu dan Ariel terus tersenyum lebar dan mata mereka berdua terlihat bersemangat. Kerana mereka tahu apa yang akan mereka lakukan selanjutnya , dan apa yang akan Kirito lakukan demi melindungi orang-orang yang disayanginya .

Twilight slayer :Next UniverseWhere stories live. Discover now