Final 🍓

1.7K 155 82
                                    

"Aku tumpang happy untuk kau. Jadi.. bila honeymoon tu?" Tanya Hyera, tidak sabar. Dia menggenggam sebelah tangan Sookyung. Gembira dia rasa apabila rumah tangga kawan baiknya itu semakin membaik.

Sookyung tidak terus menjawab apabila pelayan datang menghantar makanan untuk mereka. Selepas mengucapkan terima kasih, Sookyung menumpu kembali pada Hyera.

"Dua hari lagi." Jawab Sookyung dengan senyuman lebar.

Seonghwa dan Sookyung memutuskan untuk berbulan madu dalam negara sahaja, tidak mahu pergi jauh-jauh.

"Idea aku selama ni menjadilah, kan?" Hyera tersengih bangga. Ideanya yang menyuruh Sookyung menggoda Seonghwa, memang betul menjadi.

"Thanks to your sexy brain." Kata Sookyung sebelum mereka sama-sama ketawa. Selepas itu mereka menjamu selera sambil berbual-bual.

Sedang mereka menjamu makanan tengah hari mereka, kelibat seorang lelaki memasuki restoren menarik perhatian Sookyung. Matanya sedikit membulat.

Seonghwa!

"Hi." Seonghwa datang dan menyapa. Hyera menoleh sebelum dia membalas senyuman lelaki itu.

"Can I join?" Tanya Seonghwa dengan menatap isterinya.

Sookyung terus memandang Hyera, rasa serba salah pula. Dia sudah berjanji mahu luangkan masa berdua sahaja. Suami datang kacau pula.

Hyera tiba-tiba bangun. "Soo, aku balik dulu eh? Tiba-tiba teringat ada kerja sikit."

"Eh kenapa nak-"

"It's okay. Nanti kita jumpa lagi." Hyera melontarkan senyuman makna pada Sookyung sebelum dia berlalu pergi. Saja nak beri ruang kepada kawannya itu makan dengan suami.

Selepas kelibat Hyera hilang, Seonghwa mengambil tempat yang ditinggalkan gadis itu.

"Mana San? Dia tak makan sekali ke?"

"Suami depan mata boleh pula awak tanya lelaki lain?" Seonghwa memandang tajam pada Sookyung.

"Tak ada lah. Biasanya awak selalu lunch dengan dia."

"Dia dah ada pengganti. Tak perlu dah makan sekali."

"Maksudnya?" Berkerut muka Sookyung, cuba menangkap maksud pengganti itu.

"Dia dengan Minsoo sekarang."

"Minsoo? Your secretary?" Pertanyaan Sookyung mendapat anggukan daripada Seonghwa.

"Sama padanlah mereka berdua. Sorang kacak sorang lagi cantik."

Seonghwa memanggil waiter, mengabaikan Sookyung. Dia datang mahu makan sekali, boleh pula isterinya sibuk urusan orang lain.

"Macam mana mereka boleh-"

"Saya bukan kaunter pertanyaan. Nanti tanya dia sendiri. Okey?" Ujar Seonghwa dengan muka bosan. Sookyung menjeling suaminya. Tanya sikit nak marah.

Sookyung mula makan makanannya, tidak mahu menunggu suaminya. Nanti makanlah seorang diri. Sedang dia makan, dia berasa dirinya diperhatikan. Ya, siapa lagi kalau bukan suaminya jadi dia malas mahu angkat kepala.

"Soo,"

Senyap.

"Sookyung,"

Masih senyap. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga sahaja yang kedengaran.

"Sayang,"

Kali ini Sookyung mengangkat kepala, memandang Seonghwa dengan tatapan terkejut. Dia salah dengar ke tadi?

HUSBAND ✔︎Where stories live. Discover now