Sayu hati aku terkenangkan dirimu
yang kini jauh dariku
Takkan ku melupakan kenangan bersamamu
Walau apapun yang berlaku..
Aku berharap kau juga mengingatiku dalam doamu.
Perit hati ini kerana merindukan mu
aku yakin kau juga merinduiku
Bila agaknya kita dapat bertemu lagi?
Melalui onak duri seperti dulu
Mencipta kenangan indah bersama
Aku takkan pernah berhenti merinduimu
Sehingga ajal menjemputku
Dan aku harap kau juga begitu.