Kami dan mereka(part II)

1.4K 47 0
                                    

II.

SLAP!!

                Satu tamparan buat kami berempat (Aku, Anis, Mimi dan Moon) sebaik sahaja mendengar kata-kata Joan. Apa benar? Mereka ni Zombie??

                "Jom!" ajak Joan, mengetuai kami menuju ke salah sebuah lif berdekatan, kami hanya membontotinya. Tangannya pantas menekat punat lif, sebaik sahaja pintu lif terbuka, kami segera masuk, lalu Joan menekan punat tingkat tiga.

                " Apa rancangan awak, Joan?" tanya Moon, memecah kesunyian.

                "Kita kena keluar dari sini! Sini dah tak selamat!" jawab Joan ringkas, naik turun nafasnya. Tak terkecuali kami berempat. Tiba-tiba, Mimi menangis teresak-esak.

                " Apa yang dah berlaku ni? Kenapa pertemuan selepas tiga tahun kita jadi macam ni?," rintihnya, air matanya deras mengalir. Kami hanya mampu berdiam diri. Siapa yang tak terkejut? Ianya sangat mustahil! Tapi...ia berlaku di hadapan mata kami, ianya bukan mimpi! Kami hanya mampu tunduk mengenangkan nasib kami.

                Ting!

                Tingkat tiga, seraya, pintu lif terbuka, belum sempat Joan melangkah keluar, seekor makhluk yang kami gelar 'Mereka' ini terpacak betul-betul di hadapan pintu lif! Kami tergamam! Seolah-olah ia menanti ketibaan kami. Anis mendengus perlahan, dia maju lalu, satu tendangan dihadiahkan ke muka hodoh makhluk itu! Tendangannya cukup menerbangkan makhluk itu kira-kira dua meter!

                Kami mengambil peluang ini untuk keluar dari lif. Memeranjatkan! Tingkat tiga turut ditakhluki oleh 'Mereka'! Mereka ada dimana-mana! Anis mendengus lagi, dia berlari ke dalam tandas  tak jauh dari kedudukan kami, entah apa yang hendak dilakukannya hingga saat genting ini masih ingat nak 'melawat' tandas? Namun, persoalan kami terjawab sebaik sahaja dia keluar sambil membawa lima batang kayu yang asalnya merupakan pemegang penyapu dan mungkin juga mop.

                "Nak buat apa ni?", Tanya Mimi, itulah soalan cepu emas yang pernah aku dengar dalam situasi yang boleh dikategorikan sebagai DARURAT ini!

                " Tolong mak cik tandas mop lantai yang dah banjir darah ni...tanya lagikah? Ini senjata!! Kau nak jadi salah seorang dari 'Mereka'?", tengking Anis bila ditanya soalan itu. Dia mendahului, membuka langkah menyerang 'Mereka' yang kian menguasai dan meghalang perjalanan kami. Destinasi seterusnya...Tempat Parkir Kereta!

Kami dan 'Mereka'Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang