III.
Kami menetak, kami menusuk, kami menghentak, kami lakukan apa saja yang termampu agar 'mereka' tidak mencapai kami! Selepas berhadapan dengan puluhan 'mereka', Aku menyedari kelemahan dan kekuatan 'mereka'. 'Mereka' mati(untuk kali kedua) apabila kita menghancurkan atau memecahkan otak 'mereka'. Selain itu, 'mereka' sebenarnya BUTA! Namun, 'mereka' punyai pendengaran yang sangat peka! Malahan, 'mereka' tidak mati jika kita menusuk jantung ataupun organ penting selain otak! 'Mereka' juga mempunyai kekuatan dua kali ganda dari manusia normal, mampu memusingkan anggota badan hingga 180 ° dan tidak merasai kesakitan meskipun tulang mereka hancur berkecai! Tapi yang paling penting ialah...air liur 'mereka'. Air liur 'mereka' sangat berbisa, sekali gigitan! Habislah! Kamu akan menjadi member 'mereka'!
Selepas pertarungan 30 minit dengan usaha yang berbaloi ini, akhirnya kami berjaya tiba di kereta Exora 2.0 berwarna hitam milik Joan tanpa sebarang kecederaan! Tanpa berfikir panjang, kami masuk ke dalam perut kereta lalu meninggalkan Pusat beli-belah yang menjadi Pusat 'Mereka' itu. Segala 'mereka' yang terhuyung-hayang menghalang laluan kami, habis disapu Joan!
Kami lega sebaik berjaya keluar dari Centre Point. Namun, kelegaan kami terbantut apabila melihat LEBIH RAMAI 'mereka' berkeliaran di bahu jalan...Aku...Tak! KAMI, TERKEJUT! Baru sahaja pagi tadi, Aku mempertaruhkan ini merupakan hari terindahku! Dan baru sahaja TIGA jam tadi Aku bertemu rakan-rakan lamaku, Anis, Moon, Mimi dan Joan yang telah terpisah selama TIGA tahun, dan hanya dalam tempoh TIGA jam, hariku...hari terbaikku...musnah menjadi hari TERBURUKKU seumur Aku gadis sunti yang berusia 23 tahun! 'Mereka' dimana-mana, dan kami tersepit di antara 'mereka'!
Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang sangat kuat dari langit, Aku mendongak. Ianya pesawat pejuang Malaysia! Moon yang turut menyaksikan, mengatakan memang sukar nampak pesawat pejuang ini melalui laluan udara, lagi-lagi di Kota Kinabalu! Tapi...hari ini, kami berpeluang menyaksikannya! Ini bermakna mereka ada Top Mission yang perlu dilaksanakan segera! Ketika itu...Aku sedar, pandanganku kualih ke arah 'mereka' yang terhuyung-hayang di sisi jalan.
" Bilakah semua ini berakhir?"
Mimi, Moon dan Anis memandangku..Joan hanya menjeling melalui cermin pemandu( kerana dia sedang memandu).
"Adakah ini penamat dunia?", tanyaku...
Kelu mereka berempat. Satu jawapan pun tidak diberi. Apa yang mampu dijawab ialah...
ENTAHLAH, KAMI PUN TAK TAHU!
ANDA SEDANG MEMBACA
Kami dan 'Mereka'
HorrorCerita pasal zombie...secara umum, tapi aku guna istilah 'mereka' sebagai zombie, manakala 'kami' ialah geng-geng protagonis terdiri dari 5 orang gadis (Aku, Anis, Joan, Moon, dan Mimi) berusia 23 tahun yang berpisah selama 3 tahun mengadakan reunio...
