❄️12❄️

208 23 0
                                    

"Jaerim tak nak pergi kantin ke? Tak takut gastrik kau datang lagi? Ouh, lupa oppa kau kan tolong jaga kau dekat bilik rawatan kalau kau sakit. "

Luna tergelak kecil. Ish, budak ni!

Kalau nak tanya tu, tanyalah elok-elok. Ni siap bergurau kasar lagi!

Senyuman semanis gula aku tunjukkan kepada Luna. "Aku ada bawa bekal. Kau pergilah jumpa oppa aku tu. Lagi satu, tolong rakam riak wajah dia nanti ya. Nak tengok juga macam mana reaksi dia. "

Senyuman tersebut perlahan-lahan menjadi senyuman sinis.

"Baik boss. Jangan skip makan tau. " pesan Luna sebelum melangkah keluar daripada kelas.

Aku terus menyambung menulis di atas buku. Menyiapkan kerja sekolah subjek sebelum ini.

Mic test one, two, three...

Selamat berehat kawan-kawan semua. Hari ni Han Jaerim ada request lagu untuk dipasang khas buat Sunghoon oppa.

Wow, Sunghoon sunbae digelar sebagai oppa!

Aku sudah tergelak kecil mendengar kata-kata Hyunsuk yang sedang berbicara di mikrofon tersebut.

Laju confession song yang dinyanyikan oleh kumpulan GOT7 mula kedengaran.

I~ love you

Baby I~ love you

I do

Itulah korus lagu tersebut serta pesanan yang ingin aku berikan kepada Sunghoon dengan cara yang halus. Aku mula berteka-teki dengan riak wajah Sunghoon apabila Hyunsuk mula menyebut namanya di mikrofon. Pasti lucu sekali riak wajah lelaki itu.

Bekalku mula aku buka. Sandwich tuna yang terdapat dalam bekalku aku ambil dan gigit sambil menyelesaikan kerja sekolah.

"Riak wajah Sunghoon macam mana? "Soalku ingin tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Riak wajah Sunghoon macam mana? "Soalku ingin tahu.

Luna menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Aku faham maksud Luna bahawa Sunghoon tidak terkesan langsung dengan lagu yang diputarkan oleh Hyunsuk.

"Kau tak kacau dia ke hari ni? "

Aku tersenyum nakal.

"Aku pasti dia akan cari aku nanti. Nak bagi amaran dekat aku. Aku kenal sangat dengan dia tu. "

"Walaupun sekarang ni kita sedang berjalan balik ke rumah? "

Aku tergelak dengan kekok. Tidak yakin pula dengan kata-kata yang diujarku sebentar tadi.

Luna tiba-tiba berhenti secara mengejut. Aku menoleh ke belakang memandang ke arah gadis itu.

Mata bundar gadis itu membulat seperti terkejut. Terus sahaja aku melihat perkara yang sedang dilihat oleh Luna.

Aku mengetap bibir dengan rapat apabila melihat pemandangan yang sedang ditayangkan di hadapan mataku.

Park Sunghoon sedang berjalan bersama dengan Park Sanghee. Dan lebih teruk sekali, lelaki itu sedang tersenyum kegembiraan apabila merenung gadis itu.

Tapak tanganku digenggam dengan erat. Aku menarik nafas dan menghembusnya dengan kasar. Berusaha sebaik mungkin menahan kemarahan.

Luna yang ketinggalan di belakang mula memeluk lenganku dengan erat. Menahan diriku daripada menyerang dua orang manusia yang tidak menyedari akan kehadiran kami berdua.

"Itu Park Sanghee kan? "

Aku sekadar menganggukkan kepala memberikan jawapan kepada soalan Luna.

"Dia dengan Sunghoon bercin—"

Terus sahaja aku menjeling Luna dengan tajam. Tak, dia tak akan membenarkan Sunghoon bercinta dengan mana-mana perempuan selain diriku!

Laju kaki ku melangkah ke arah Sunghoon dan Sanghee. Manakala Luna, hanya mengejar langkahku daripada belakang. Dia tu hanya sebagai peneman sahaja kerana ini adalah pertarunganku.

"Sunghoon oppa, Sanghee! "

Panggilku sekadar untuk mereka mengetahui akan kewujudanku.

"Korang dua nak pergi mana? "

Erk, soalan macam soalan bodoh je Jaerim. Dorang tu nak baliklah apa lagi.

"Nak balik rumahlah. Tak kan nak pergi sekolah pula. " jawab Sunghoon acuh tak acuh.

Sanghee yang berdiri di sebelah Sunghoon menepuk lengan lelaki itu dengan lembut.

Terbeliak biji mataku melihat adegan mesra tersebut. Aku meneguk liur dengan kasar. Ini dah rapat lain macam dah ni.

"Jomlah balik sama-sama. "

Luna yang berada di sebelahku sudah menyiku lengan kiriku.

Aku melihat perbuatan Sunghoon. Lelaki itu sedang melihat ke arah Sanghee menunggu jawapan daripada gadis itu.

Wow, Park Sunghoon membiarkan seorang gadis membuat keputusan untuknya! Sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh lelaki itu.


"Hee tak kisah. Ikut oppa je. "

Hee?

Oppa?!

Terbeliak biji mataku dan Luna. Terkejut dengan panggilan antara Sanghee dan Sunghoon.

What the heck is happening here?

Someone please tell me this is not real!

"Aku tak berminat nak berjalan balik dengan kau. Jom Hee... "

Laju sahaja Sunghoon memeluk bahu Sanghee dan berjalan membelakangiku dan Luna.

Aku menggengam kedua tapak tanganku dengan erat.

"Kenapa oppa buat macam tu? " soal Sanghee sebelum menoleh ke arah Luna dan Jaerim buat beberapa saat.

Sunghoon diam membiarkan soalan itu tidak berjawab.

[C] Ice Prince Where stories live. Discover now