❄️21❄️

242 23 0
                                    

"Bila awak nak bagi jawapan?" Soal Sunghoon buat kali kedua. Aku senyap tidak membalas. Masih terkejut.

Dia serius rupanya. Ingatkan main-main.

Sunghoon mulai bangun dari duduknya. Dia mengeluh perlahan.

"Awak memang tak suka saya dari dulu kan." Ujarnya dengan nada kecewa. Dia menundukkan kepalanya.

"Bukan macam tu cuma saya terkejut. Sepuluh tahun kita tak berjumpa dan tak bertegur sapa tiba-tiba sunbae kata nak kahwin dengan saya. Siapa saja tak terkejut!" Ayat itu hanya mampu aku ungkapkan di dalam hati.

Aku mulai mencapai lengan baju Sunghoon menahan dia daripada pergi. Memandangkan lidah aku sedang kelu sekarang ni.

Sunghoon menoleh lalu membongkokkan badannya.

"Kita bincang lepas habis majlis."bisikku di telinga Sunghoon seraya melepaskan lengan baju lelaki itu. Aku cepat-cepat melarikan pandangan.

Aku melihat sehelai tisu yang terdapat tulisan Sunghoon di atasnya sambil menyandar di penghadang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melihat sehelai tisu yang terdapat tulisan Sunghoon di atasnya sambil menyandar di penghadang.

Jumpa di bumbung
From: your future husband

Aku meletakkan kedua tanganku di atas penghadang sambil menikmati pemandangan bandar di waktu malam.

"Ehem!"

Bunyi deheman daripada belakang menyebabkan aku terus sahaja berpusing ke belakang.

"Sunbae. " Kataku sambil tersenyum.

Sunghoon tersenyum kekok. Dia menggosok lehernya perlahan.

"Can you called me like before?" Soal Sunghoon memupakan bicara.

"Like before? Maksud sunbae..."

Pipiku mula terasa panas. Sudah lama aku tidak menggelarkan lelaki sebagai oppa. Sunghoon adalah lelaki terakhir yang aku panggil sebagai oppa. Lelaki seterusnya, aku akan panggil sunbae sahaja.

Sunghoon mengangguk sambil menunjukkan senyuman simpati.

"Arraseo." Ujarku sambil senyum mengusik.

"Sunghoon oppa."

Dapat aku rasakan senyuman Sunghoon kali ini senyuman yang datang dari lelaki tersebut. Sungguh ikhlas.

"Jadi nak bincang apa..."

"Sunghoon oppa?"

"Let's start again or awak nak saya pikat awak macam yang awak pernah lakukan sepuluh tahun lepas." Ujar lelaki tersebut dalam nada yang terdesak.

Aku mengeluh lemah.

"Sunghoon oppa tak perlu buat semua itu kerana oppa memang dah ada dalam dekat sini dari dulu lagi." Aku menepuk dadaku dengan perlahan.

"Kita berpisah selama sepuluh tahun ni pun semua salah faham. Yes, oppa cuba untuk jelaskan kepada saya tapi saya yang tak nak dengar. Takut untuk terima kenyataan. Trauma dengan apa yang bekas teman lelaki saya pernah lakukan. I'm sorry for that." Nada suaraku kedengaran penuh dengan perasaan bersalah.

Aku juga menundukkan wajahku tidak berani untuk memandang wajah Sunghoon.

"Saya ingat kalau datang ke sini, mungkin dapat lihat wajah teman wanita mahupun iste—"

Sunghoon terus merangkul tubuhku ke dalam pelukannya. Dia merangkulku dengan erat memberikan pelukan yang cukup hangat kepadaku. Air mata yang ditahan sebentar tadi, akhirnya jatuh juga. Aku tak kuat dengan lelaki ini.

"Shh... Don't say that. Jaerim nak tau tak, I can't forget about you. Susah untuk move on walaupun saya dah cuba banyak kali. Tapi setiap kali, pasti wajah awak yang akan muncul. " Kedengaran esakan kecil daripada Sunghoon. Dia juga mungkin rasa bersyukur sekali kerana aku masih tidak dimiliki oleh sesiapa lagi.

Sunghoon melepaskan pelukannya. Dia memegang bahuku dengan erat sambil meratapi wajahku.

Secara tiba-tiba dia melutut di hadapanku. Dan membuka sekotak baldu. Kelihatan sebentuk cincin berlian di dalamnya.

"Will you marry me and be my queen for the rest of my life?"

Aku terkedu dengan lamaran mengejut daripada Sunghoon tetapi kepala masih  dianggukkan  dengan laju menerima lamaran lelaki tersebut. Mulutku juga ditekup menghalang esakan kegembiraan daripada didengari oleh Sunghoon.

Manakala Sunghoon laju sahaja berdiri dan menyarungkan cincin tersebut di jaru manisku. Kemudian, dia mengucup dahiku dengan lama.

"I love you, my queen."

[C] Ice Prince Where stories live. Discover now