Keenam

288 14 0
                                    

Badrul memandang sahabatnya itu yang memundar mandir dari tadi. Sesekali Muaz mengeluh berat.

"Aku tak ingat, tak dapat ingat." Ujar Muaz Saq'if sebelum melabuh duduk di sofa.

"Yang aku tahu, lepas kau kata bukan anak kau. Laila Safiya terus menghilangkan diri, kata Dr. Johan anak dia sambung belajar luar Negara." Badrul menambah. Terkejut juga dia apabila menerima panggilan daripada Muaz yang menyuruh dia datang ke rumah dengan segera. Sudahlah di restoran pagi tadi dia ditinggalkan begitu sahaja, cerita pun belum habis.

"Kenapa kau lari ke Perancis?" Muaz menyoal lagi.

"Kita gaduh besar pasal Laila..." Badrul terdiam, seperti mengingati sesuatu. Beberapa saat kemudian dia memetik jarinya kuat sehingga keluar bunyi.

"Sebulan sebelum Laila cakap dia pregnant anak kau, kau baru putus dengan Katherina. Ada satu malam Laila call aku dengan telefon kau, dia kata kau mabuk. Tapi aku tak dapat nak tolong sebab aku balik kampung masa tu. Aku percayakan Laila masa tu, sebab aku yakin Laila bukan perempuan yang bukan-bukan. Masa tu mood kau kucar-kacir, kau tak mengaku dan tuduh aku macam-macam. Sebab sebal dengan kau, kebetulan dapat tawaran sambung belajar ke Perancis aku terus terima." Ujar Badrul panjang lebar.

"Aku mengandungkan Laila?" Badrul menjungkit bahu. Muaz Saq'if mengeluh kasar. Wajahnya diraup beberapa kali.

"Kenapa aku tak ingat satu pun ni?!" Bentaknya, marah. Telefon bimbitnya kemudian berdering. Nama yang tertera membuatkan dia menarik nafas sedalamnya.

"Abah." Suaranya sebaik talian disambungkan.

"Laila beritahu abah, Qif dah ingat. Alhamdulillah. Abah harap Qif selesaikan baik-baik dengan Laila. Kalau pun akhir nanti Qif bencikan Laila, abah harap Qif pulangkan Laila dengan baik kepada abah sebagaimana abah hantar dia kepada Qif." Muaz diruntun bersalah mendengar kata-kata daripada mertuanya itu.

"Bah, Qif sebenarnya...."

"Abah tak marah. Abah juga silap kerana tak berterus terang. Abah cuma harap Laila kembali menjadi Laila lima tahun yang dulu, begitu juga dengan Qif. Itu aje yang abah minta. Abah minta maaf, Assalamualaikum." Talian terus dimatikan, sebelum sempat Muaz Saq'if berkata apa-apa. Muaz dilanda rasa bersalah, dia terlalu ikutkan hatinya. Terlalu ikutkan ingatannya yang sedikit itu. Muaz mengeluh lemah.

"Kau salahkan Laila atas perpisahan kau dengan Katherina. Sebab itu juga kau bencikan Laila Safiya." Badrul menambah sebelum meminta diri untuk pulang. Muaz tersandar lemah. Kepalanya dipegang dengan kedua-dua tangannya. Sesekali kepalanya diketuk perlahan dengan penumbuknya sendiri. Dia mahu memorinya lima tahun dahulu kembali, mungkin dengan itu masalahnya ini akan selesai.

BIARKAN IA PERGIWhere stories live. Discover now