1

2 0 0
                                    

_________ Chapter 1 ______________________________________________

Dina -SEPTEMBER-

"Dipersilakan, Nur Shahzanani binti Makruff untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah pelajar terbaik tingkatan 3." Sekali lagi, tiga tahun berturut-turut dia dapat hadiah. Entah apa syaitan yang rasuk dia pun aku tak tau. Tapi kali ni, tak ramai pulak yang bertepuk tangan. Maybe sebab asyik la dia yang naik. Maybe.

"Na, asyik dia je Na. Kau bila pulak?" kata Asyura sambil menyiku lenganku. Amboi, kasar gurau dia ni. Makin menjadi-jadi.

"Kau perli ke ha babi betul. Tau la aku mampu dapat sifar ponteng je. Daripada kau, tak – eh jap, asal kau ada kat sini? Bukan patut budak yang tak dapat hadiah duduk bawah ke?" Aku pun tak perasan sejak bila dia duduk dekat sebelah aku.

"Ah kesah apa aku, alang-alang tak ada orang dekat sebelah kau ni, baik aku duduk kejap. Lagipun anugerah kau lama lagi kan?" Itu lah, aku pun tak puas hati. Sepatutnya crush aku yang duduk dekat sini. Dekat sebelah aku ni. Tapi dia ada anugerah lain pulak. Apa la nasib crush pandai, tapi aku? Bodoh tahap malapetaka kelapan!

Murid berganti murid naik ke atas pentas, akhirnya giliran aku pulak. Sejurus nama dan kelas aku disebut, perlahan-lahan aku menaiki tangga pentas. Bangga la siot budak tingkatan 3 aku sorang je wakil. Oh ya, Aku pun tak ada kurangnya dengan Nani tu, tiga tahun berturut-turut jugak dapat hadiah yang sama. Maklumlah, kita ni tidak mempunyai akal fikiran yang cerdas, jadi kita dapat sifar ponteng pu kira okay lah kan? Siapa je bodoh sanggup datang sekolah straight 3 tahun? Gila apa?! Okay Dina, satu pencapaian yang baik.

Sejurus nama murid yang terakhir disebut bagi kategori ape tah, habis lah majlis Hari Kualiti tahun ni. Budak-budak selalu panggil 'Hari Q'. Em Q? Quality? LAHH. Kau tengok betapa bodohnya aku ni sampai baru tahu benda ni. Tengok.

Jam tangan berjenama Master Polo dipandang sekilas. 'Dah pukul 10, 10 minit lagi nak rehat' monolog aku dalam hati. Aku sandarkan bahu di dinding yang dilukis dengan doodle art oleh senior yang lepas. Lepas yang mana pun aku taktau. Sambil menunggu kedatangan kawan-kawan yang lain, aku keluarkan buku FIXI untuk dibaca. Actually, aku tak minat pun baca buku macam ni. Boring, tak menarik langsung. Maybe aku dari kecik akak dan abang aku dah ajar baca komik? Tu sebab sampai sekarang aku lebih berminat kepada komik-M atau anime manga.

"Woi, pekabo sihat tak sihat atas kerusi tu? Kejung tak?" bahuku di tumbuk MANJA oleh Asyura, kawan baik aku. Dalam hari ni je. Aku selalu lepak dengan Damia. Tapi Damia ni jenis suka tolong cikgu kalau ada waktu free. Aku? Beranganlah kalau boleh aku taknak hadap muka cikgu-cikgu kat sekolah ni.

"Sihat je, hidup lagi Alhamdulillah. Kejung ah jugak bontot ni hah duduk 2 jam straight bapak dia." Balasku sambil membalas kembali tumbukan yang diberikan oleh Syura.

"Babi kau ni, tangan kau tu dahlah besar. Sakit siot!" balasnya sambil mengurut lengan yang baru ditumbuk aku tadi. Padan muka, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat lah kan? Baru adil ye ke idok? 

"Jom ah bodo aku lapar dah ni. Aku nak makan nasi lemak dengan ayam duh padu mat!" angan-anganku sambil menepuk bahu Alisya.

"Hah si bodoh ni hah dah aku pulak yang kau nak tepuk, balas kang" katanya sambil mengangkat tangannya. "Try me," kataku sambil tersenyum sinis lalu terbahak ketawa.

Aku tak tau kenapa, tapi hari ni aku rasa aku tak akan merasa lagi gurauan bodoh dari diorang ni. Macam kegembiraan ni akan berakhir tak lama lagi. But aku sendiri tak tau macm mana dan kenapa. Satu-persatu muka kawan-kawan bigal aku ni aku tatap, lepas tu senyum. Bukan sebab lesbian tapi tiba-tiba semua kenangan melintas dekat kepala otak aku. Macam ada pita rakaman yang berputar tanpa kotak pemutar.

Dalam masa yang sama ketika aku melihat kebodohan masing-masing, dari jauh aku ternampak entiti serba hitam merenung tajam ke arah kami. Aku tau dia pandang siapa, tapi aku tak bagi tau sesiapa pasal benda ni sebab aku tak nak diorang takut, macam apa yang aku rasa sekarang ni. Diorang layak bahagia dekat sini. Dalam tidak sedar lama jugak aku bertatapan dengan 'makhluk' tu, sampailah Asyura tegur.

"Na, okay tak okay? Usya siapa?"

"Crush." Jawabku ringkas, terus menarik tangan Syura, tak nak dia banyak tanya lagi. Aku lapar. Tak pasal-pasal dia terjenguk-jenguk pulak cari siapa 'crush' aku tu.

"Kau ada crush ke Na? Siapa bodo form berapa kelas mana bodo? Woi bodo layan aku bangang," saja aku biarkan dia borak sorang-sorang, malas nak jawab. – atau lebih tepat aku nak jawab apa bodo? Biarkan, biar rahsia 'crush' aku tu. Dan kisah crush aku ni jadi hangat sampailah ke kantin dan masing-masing memaksa aku jawab soalan bodoh mereka tu. Haih.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 26, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAKMAL (HANYA PREVIEW)Where stories live. Discover now