Aku membaca satu satu task yang di berikan oleh Umi & Papa. Aku tertarik dengan note yang terletak di hujung halaman itu. Mesti Umi sengaja selitkan ni. S
Wahai anakku, Ammar Akif
Nak tahu di mana kecantikan lelaki ?
Kecantikan lelaki bkn pada paras rupa fizikal,
Tetapi pd murninya rohani.
Lelaki yg cantik adalah :
-lelaki yg mampu mengalirkan air mata.
-lelaki yg sedia menerima teguran.
-lelaki yg memberi madu setelah menerima racun.
-lelaki yg tenang dan lapang dada.
-lelaki yg tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas KEMULIAAN HATI.
seluruh kecantikan yg ada pd Nabi Saw adalah kecantikan sempurna bagi seorang lelaki.
Umi harap Akif berjaya menjadi lelaki yang diidamkan oleh wanita solehah dan menjadi igauan bidadari syurga.
Aku tersentak. Selama ini aku hanya berbangga dengan kecantikan paras rupa yang aku miliki. Aku tidak menjadikan Rasullulah itu sebagai contoh tauladan yang terbaik. Ya Allah ampuni aku :( Aku berjanji selepas ini Ammar Akif bukan hanya sekadar kecantikan paras rupa tetapi kecantikan akhlak Rasullulah juga.
Aku percaya dengan janji Allah lelaki yang baik untuk perempuan yg baik tetapi aku perlu berubah untuk dapat yang terbaik!
YOU ARE READING
Gerak Hati ♥
Short StoryBismillahirrahmanirrahim. Imaginasi seperti cerita dongeng Tv3 atau pun seperti Pak Jenin yg bersandar menunggu bulan jatuh ke riba. Dunia Khayalan Dunia Impian tp kita lupa Dunia yg sebenar untuk Manusia di Akhirat sana. In sha Allah kita semua ter...