"Saya kasi cincin ini sebab saya nak awak jadi milik saya" kata Ammar Akif.
"Saya tak sanggup tunggu lama lama untuk jatuh cinta dengan awak, bagi saya jatuh cinta untuk pandang pertama sudah cukup menyuntik perasaan di dalam hati saya, saya bukan seorang yang terburu-buru, agak lama juga saya mencari persoalan bagi setiap perasaan yang wujud ini, lalu saya serahkan segalanya dekat Dia".
Ziera hanya membisu. Merenung cincin yang diberi oleh Ammar Akif.
"Tapi awak, masih ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih baik, cantik, solehah yg layak untuk awak.
Kenapa awak pilih saya?" Tanya Ziera
"Shuuuuuh! awak bandingkan la diri awak dengan 1000 perempuan yang lain saya tetap pilih awak juga.
Hati saya sudah terpaut dengan cinta pandang pertama kita sewaktu di perpustakaan dahulu" Ammar merenung dalam mata Ziera.Bagi dia tiada jawapan untuk soalan kenapa dia memilih Ziera. Mungkin jika dia senaraikan lebih daripada 5 muku surat mengalahkan karangan budak sekolah menengah.
Dalam hatinya kini semua milik Ziera. Dia yakin dan pasti dengan pilihan dia kerana dia sudah mendapat jawapan dari solat istikharah yang dilakukan.
"Awak?"
"Awak tak jawab lagi soalan saya?"
Ziera memandang redup sambil memegang sebentuk cincin di hadapanya.
"Saya akan jawab kalau awak sudi kahwin dengan saya." Hehe
"Tapi saya takkan kahwin dengan orang yang saya tak kenal, kita jumpa pun baru 3 kali.
Awak dah nak kawin dengan saya, awak tak kenal lagi diri saya yang sebenar, perangai saya yang kasar, Boleh ke terima keburukan saya?
Yang awak nampak ini semua dari mata kasar je belum lagi mata hati."Dengan senyuman manis terukir di bibir yang boleh menjatuhkan iman 100 perempuan, Ammar dengan tenang berkata "Awak bila saya berkata saya nak kahwin dengan seseorang perempuan bermakna saya dah bersedia menerima tanggungjawab dan segala kekurangan awak".
"Pliss saya tak nak awak berfikir terlalu lama untuk menerima saya, kerana ramai lagi perempuan di luar sana yang mahukan saya kerana rupa dan harta."HAHAHAHA bajet hotnya dia ni. Untungla tak payah kejar pun cinta datang sendiri. Lain la aku, siapa yang nak aku dengan perangai kasar, berpakaian agak kelakian. Huhuhu kata Ziera di dalam hati.
"Ziera?"
Sudikah awak terima saya Ammar Akif sebagai Suami Sepenuh masa, yang bertakhta di dalam hati awak?"
Saya berjanji dengan awak yang saya akan jadi suami dan ayah yang baik untuk dunia baru kita. HEHEAkhirnya Ziera sudah yakin dengan keputusannya. Dan dia berkata "Bismillah, saya akan terima awak tp dengan 3 syarat"
"Ada syarat?! Apa dia? In sha Allah saya akan penuhi syarat-syarat awak tu" senyum ceria Ammar selepas Ziera menerima dirinya.
"Tapi apa syaratnyaaa?!
JENG JENG JENG
YOU ARE READING
Gerak Hati ♥
Short StoryBismillahirrahmanirrahim. Imaginasi seperti cerita dongeng Tv3 atau pun seperti Pak Jenin yg bersandar menunggu bulan jatuh ke riba. Dunia Khayalan Dunia Impian tp kita lupa Dunia yg sebenar untuk Manusia di Akhirat sana. In sha Allah kita semua ter...