🦕🦕🦕
"Weh Mahmud. Abang kau dulu tadika mana?" Rissa yang baru kembali dari tandas terus bertanya sebelum duduk di kerusi.
Dalam tandas tadi baru teringat nak tanya. Mungkin ada syaitan bisik tolong ingatkan.
"Pahal kau nak tau pulak?"
"Jawab jela. Tak pakai duit pun kan"
Mahmud letak tangan kat bahu sebelum pandang kiri kanan. Lepas tu dia dekatkan diri dengan Rissa.
"Jauh la barbi"
"Uhh. Dia tadika Semerak dulu" Mahmud bersandar pada kerusi kayunya. Dagu ditongkat atas meja.
"Nama dia Syarhan ke?"
"Haah. Adam Syarhan"
"Sedap gak nama dia. Pahal kau nama Mahmud?"
"Ehh hello, nama aku Mahmud Adrian okey"
"Okey"
Dan mereka teruskan bermain dam aji yang Abu bawak hasil ceroboh bilik abangnya sebelum cikgu Zekeli yang tak diundang tiba-tiba masuk ke dalam kelas.
"Mahmud. Kamu sila ke bilik rawatan sekarang"
"Ada makan makan ke cikgu?"
"Kepala anak kamu. Abang kamu jatuh tangga" Cikgu Zekeli cekak pinggang dengan muka tak berapa nak garangnya.
"HOOOHH RISSA JOM" Mahmud bangun dengan pantas sepantas burung belatuk menebuk batang pokok.
"Eh pehal lak-"
"BAWAK DAM TU SEKALI" Terus Mahmud keluar dari kelas meninggalkan cikgu Zekeli dan Rissa yang speechless.
YOU ARE READING
Memories | Dino
РазноеSemuanya bermula bila anak makcik Sobehah nak sangat patung dinosaur yang Tadika Semerak bagi untuk budak lima tahun yang baru masuk tadika sebagai hadiah perkenalan. Haah. Budak tu tak dapat sebab dia baru tiga tahun. Dan seorang budak lelaki yang...