"Aisha...Aaila,main elok elok! Jatuh nanti!
Jerit Sharifah Aira kepada anak anak kembarnya yang sedang bermain di halaman rumahnya yang direka dengan rekabentuk kampung versi moden. Nampak gah sahaja rumah tersebut.Besar, tetapi hanya didiami tiga orang penghuni itu sahaja.
Sejak Aira berpisah dengan bekas suaminya,Syed Alif 4 tahun lepas. Dialah yang membesar anak anaknya sendiri semasa usia mereka masih lagi 7 bulan.
Ya.Sharifah Aisha dan Sharifah Aaila dibesarkan tanpa kasih seorang bapa. Walaubagaimanapun,Aira tidak pernah menceritakan tentang Alif kepada anak anak kembarnya.Dia rasa ini bukan masa yang sesuai.
"Mommy...kita nak pergi kafe mommy ke?
Soal kakak kembar,Sharifah Aisha kepada ibunya yang sibuk memasukkan barang barang mereka berdua ke dalam bonet Toyota Avanza putihnya.
"Ya sayang...kenapa Aisha tanya?
"Tak ada apa apa pun...cuma,Aisha nak minta izin mommy satu benda jee..boleh?
"Baiknya anak mommy ni..Minta izin apa tu sayang?
"Aisha dengan adik...nak makan kek dekat kafe mommy.Boleh tak?
Sharifah Aira tersenyum.Dibelainya kepala kedua dua anak kembarnya itu dengan penuh kasih sayang.
"Mestilah boleh sayang...kalau Aisha dengan Aaila tak naughty,mommy bagi je. Tapi kalau naughty,mommy apa?
"Mommy tak bagi makan kek!
Aira tertawa kecil.Pipi anak anaknya yang gebu itu dicubit untuk melepas kan geramnya.
"Pandai anak anak mommy! Ok, sekarang, semua masuk kereta.Kita pergi kafe!
Aira memimpin tangan kedua dua anaknya untuk masuk ke dalam kereta dan pergi ke kafe milik Aira.
Sebagai ibu tunggal,Aira perlulah bekerja untuk menyara keluarga mereka 3 beranak kerana Aira pun tidak mempunyai suami lagi. Walaupun mempunyai keluarga yang kaya raya,dia tidak mahu menyusahkan ibu bapanya serta keluarganya.Dengan itu, Aira nekad ingin membuka sebuah kafe apabila melihat kedai kosong milik keluarganya terbengkalai begitu sahaja.
Rugi!!
Jadi dia mengambil keputusan untuk membuka kedai tersebut menjadi kafe dan tambahan pula dia memang sangat handal dalam membuat kek dan macam macam lagi manisan. Memang tidak ada satu masalah langsung yang perlu Aira risaukan.
"Ibu...ibu tak ikut kakak pergi kafe ke?
"Aih..buat apa pula ibu nak ikut kakak kamu?
Soal Sharifah Mufida pelik apabila anak bongsunya,Sharifah Ashira berkata begitu kepadanya.
"Ya lah...abah kan tak ada.Ibu pergi lah kafe tu,mana tahu ada..
"Haa...Shira,jangan yang tidak tidak eh..! Walaupun abah tu ada kuota penuh..tak mungkin ibu pun akan penuhkan kuota tu..
Sharifah Ashira tersengih.Suka betul mengusik ibu kesayangannya tu. Mentang mentang abahnya,Syed Bakri tiada di rumah.Pergi rumah bini bini lain...
"Sorry,sorry.Ibu...kenapa ibu tak tolak untuk kahwin dengan abah walaupun ibu tahu yang abah sebenarnya ada ramai bini?
Sharifah Mufida terpaku.Selama ini tidak pernah soalan itu diajukan kepadanya. Mungkin kerana tumbesaran anaknya itu. Iyalah, Sharifah Ashira pun sudah berusia 12 tahun.Mestilah dia mempunyai perasaan ingin tahu sesuatu perkara.
"Kenapa Shira tanya macam tu dekat ibu? Selama ni okay je.
"Tak ada lah.Shira nak juga tahu kenapa. Takkan tak boleh?