"Mommy,kenapa mommy cakap macam tu dekat uncle yang datang tadi? Kan mommy kata...tak baik cakap macam tu dengan orang.
Kata Sharifah Aisha sambil keningnya dikerutkan dan tangan kedua-kedua kembar itu dicekakkan ke pinggang.
Sharifah Aira tersenyum 'fake' ke arah anak anaknya dengan dengan lidah yang kelu.
Mananya tidak,Aira telahpun menunjukkan perangai tidak sopannya betul betul di hadapan anak kembarnya.Malunya,boleh dikatakan setebal 100 lapis jaket bulu daripada luar negara!
"Mana ada mommy kasar dengan uncle tu. Mommy cuma...takut! Mana tahu uncle tu jahat ke,dia nak ambil Aisha dengan Aaila, ha! Macam mana?
"Tapi mommy...uncle tu baiklah..dia layan Aisha dengan Aaila macam anak dia!
Kata Aaila pula sambil tangannya memimpin tangan ibunya yang berdiri tegak di meja makan kafe.
Aira tidak tahu mahu berkata apa lagi. Layan macam anak dia? Tak pernah aku jumpa lelaki macam tu.
Iyalah,lelaki kan selalu berniat jahat kalau jumpa budak budak macam ni kan? Tambah pelik lagi,Aira macam kenal muka lelaki itu.Tiba tiba hatinya rasa tidak sedap apabila berfikir tentang lelaki yang tidak dikenali tersebut.
"Eh! Dah lah,ni..Aisha dengan Aaila kata nak makan kek kan tadi? So... mommy nak you all berdua duduk dekat kaunter mommy letak beg tu, don't go anywhere. Can you guys understand mommy?
"Yes mommy!!
Jawab kembar tersebut dengan semangat.
Aira pun membiarkan anak anaknya berlari ke tempat yang dituju dan dia pula masih lagi termenung di situ.
'Muka lelaki tu macam aku kenallah... sungguh!! Aihh...pening aku!!'
"Sharifah Ashira binti Syed Bakri!! Kenapa pakai kain ibu ni? Ya Allah..Ya Tuhanku..!
"Ibu! Apa bising bising ni? Shira nak buat kerja sekolah pun tak boleh!
Sharifah Mufida menepuk dahi setelah melihat pemakaian anak perempuan bongsunya itu atas bawah.Anak dato',tapi pakai.. Allahuakbar..! Ibu punya pulak tu!
"Shira...perlu ke Shira pakai kain batik ibu ni? Tahulah penat...banyak kerja rumah, kerja sekolah..tapi pakailah proper sikit...awak tak tahu ke pangkat awak?
Sharifah Ashira memalingkan badannya ke arah Sharifah Mufida. Tak habis habis membebel!
"Ibu,inikan rumah...! Bukannya ada orang boleh nampak pun.
"Sayang...ibu tahu Shira bosan,tapi, kenapa sayang ibu rembat ibu punya kain batik... itu ibu punya sayang...
Kata Sharifah Mufida dengan lembut. Tapi sebenarnya di dalam hati,mahu saja dia lepuk si Ashira ni!
"Ibu tak payah risau...nanti Shira bagi lah balik dekat ibu.Shira pakai pun sebab panaslah dalam rumah ni...ya?
Sharifah Ashira hanya tersengih dan membuat muka comelnya bagi mencairkan semula hati ibunya. Haih..Shira Shira...
"Papa!!
"Eh! Aisha! Itu bukan papalah!
Kata Sharifah Aira apabila anaknya berlari secara tiba tiba ke arah pelanggan lelakinya yang baru sahaja selesai membuat pembayaran selepas dia selesai makan.
Reaksi pertama lelaki tersebut adalah terkejut.Mananya tak,tiba tiba ada budak datang dekat kita lepastu panggil kita 'papa' atau panggilan yang tak disangka sangka.Tambah pula ada girlfriend atau boyfriend di sebelah.Cuaklah dik! Tetapi selepas Aira menarik tangan Aisha dan meminta maaf,pelanggan tersebut okey sahaja.Mungkin dia faham yang Aisha tiada bapa.
