PKP telah banyak mengubah hidup semua orang tidak terkecuali aku. Hidupku yang asalnya hanya mempunyai kawan di sekolah sahaja
kini mula berteman dengan ramai orang. Inilah permulaan perkenalan aku dan dia yang asalnya kenal daripada panggilan telefon bertukar menjadi bibit-bibit cinta.Siapa sangka kebahagiaan yang dipupuk selama 4 hari dihancurkan dalam masa seminit sahaja. Kini yang tinggal hanyalah kedukaan dan tangisan. Pada awalnya hanya sekadar crush dan berakhir menjadi pasangan dan kini status kami hanyalah sebatas kawan.
Yang dulunya dimulai dengan 'Assalamualaikum, boleh intro?' kini berakhir dengan 'Jangan sedih ye sayang?Even kita putus, kita still contact lagi tau'.
Biarpun hubungan istimewa antara kami telah tiada tetapi perasaan sayang antara satu sama lain masih tumbuh mekar didalam hati ini. Jika dikatakan kami memang ditakdirkan untuk menjadi pasangan yang bahagia pada suatu hari nanti pasti kami akan bertemu jua.
YOU ARE READING
4 hari {Hiatus}
RomanceBermula dari panggilan telefon aku mengenalimu, dari panggilan telefon kita mempunyai hubungan dan melalui panggilan telefon juga hubungan kita diputuskan. Adakah hubungan yang kita jaga ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin atau hanya cinta se...