~๑|DETIK PERKENALAN|๑~

23 2 2
                                    

Titik pertemuan antara aku dan si dia


Detik perkenalan ini sangat lucu bagiku, siapa sangka orang yang aku kenal dari panggilan telefon menjadi pasanganku. Inilah kisahku bersama seseorang yang aku cintai dan aku sayangi. Seseorang yang aku yakin ketika bersamanya aku berasa seperti dilindungi. Seseorang yang aku berasa selamat dengan kehadirannya walaupun jarak antara kami sungguh jauh.

Namaku Nana. Aku dilahirkan dari keluarga yang agak sempurna. Aku mempunyai ibu, ayah dan 2 orang adik perempuan. Keluargaku merupakan keluarga yang agak berada, akan tetapi sejak kecil aku sudah diajar untuk hidup berdikari. Sejak dari kecil aku telah dibesarkan oleh seorang penjaga bersama adikku.

Permulaan PKP di Malaysia membuatkan aku berasa agak kekok untuk menghadapinya kerana aku bukan seorang yang peramah di media sosial. Sifat asliku, aku seorang yang peramah apabila seseorang bersemuka denganku. Akan tetapi apabila di media sosial sifatku bertukar 180° dari sifatku yang peramah. Bagiku mempunyai real friends lebih bagus berbanding online friends.

Pada awalnya aku tidak mahu membuka hati ini untuk mengenali sesiapa di media sosial. Tambahan pula banyak kes penculikan, kes rogol dan banyak lagi kes yang membuatkan aku takut untuk mengenali seseorang di media sosial.

Permulaan aku cuba untuk mengenali seseorang di media sosial adalah daripada sahabat karibku,Aisy. Dia mengajar untuk cuba mempercayai orang lain sebelum mahu dipercayai. Aku sangat berterima kasih kepadanya. Kini aku mempunyai ramai online friends dan aku sudah menjadi lebih ramah di media sosial.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Detik perkenalan aku dan dia adalah bermula dari sebuah panggil telefon. Kakak angkatku iaitu Kak Zafiraa membuat satu panggilan telefon  secara berkumpulan denganku serta rakan-rakannya. Sebelum ini aku pernah juga diinvite olehnya akan tetapi berlainan dengan hari ini. Hari ini aku tertarik dengan seseorang di dalam panggilan tersebut.

Suaranya, gaya cakapnya, perwatakan disebalik suara tersebut sangat berlainan dari lelaki-lelaki yang pernah aku kenali sebelum ini. Hatiku yang dulunya di tutup rapat kini mula dicari semula kuncinya. "Assalamualaikum,intro boleh?", chat pertama yang aku dapat daripadanya. Adakah dia orang yang aku cari selama ini. Tidak mungkin hanya sekadar suara dia mampu mencuri hati ini. Bermula daripada itu aku mula mengenali namanya.

Briza, nama yang cukup unik. Adakah perkenalan ini akan berlanjutan selamanya atau hanya sekadar save nombor telefon semata-mata? Aku juga tidak tahu apa yang akan terjadi. Ataukah mungkin dia juga akan menjadi seperti lelaki-lelaki lain yang aku kenali sebelum ini. Hanya datang menyinggah dan hilang tanpa memberi tahu hati ini kata putus.

BERSAMBUNG......

4 hari {Hiatus}Where stories live. Discover now