Adakah persamaan ini penyebab dia lain dari yang lain
Setelah 2 hari aku dan Briza berkenalan. Kini aku makin tertarik akan dirinya kerana aku dan dia mempunyai banyak persamaan. Mungkin bagi orang lain perkara tersebut adalah perkara biasa tetapi tidak bagiku. Briza berbeza dari lelaki lain.
Pada mulanya aku mungkin sedikit pelik dengannya akan tetapi lama-kelamaan perkara tersebut menjadi perkara biasa bagiku. Sikapnya terhadapku semakin lembut dan dia menjadi semakin prihatin terhadapku.
Hari demi hari kami menjadi akrab. Banyak topik menjadi permulaan perbualan kami. Jika tidak aku yang memulakan perbicaraan, Briza yang akan membalas status whatsapp ku. Kami mula mengenali hati budi masing-masing. Perasaanku hari demi hari makin tertarik akan dirinya.
Awalnya, aku hanya mengetahui bahawa kami lahir pada tahun yang sama. Akan tetapi setelah beberapa minggu mengenalinya baru aku mengetahui bahawa kami datang dari bidang yang sama. Adakah ini takdir yang mempertemukan kami?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti dunia, setiap persamaan pasti ada perbezaannya. Aku tidak nafikan Briza masih mempunyai sifat kasar terhadapku seperti lelaki lain.
'Awak, Saya' Kata ganti nama diri yang selalu digunakan olehku. Bagi orang lain nama panggilan ini mungkin special dan sesuai bagiku kerana sifatku yang lemah lembut tetapi tidak bagi Briza. Dia ingin aku memanggilnya dengan menggunakan panggilan 'Aku, Kau'.
"Dah kenapa dengan mamat ni" bisik hatiku pada mulanya. Ramai lelaki yang menginginkan aku untuk berbicara dengannya menggunakan 'Awak, Saya' tetapi kenapa tidak dengan Briza.
Adakah dia sudah tersalah makan ubat? Atau adakah wayar didalam otaknya sudah putus? Persoalan itu masih berlegar-legar didalam benak fikiranku.
Kami masih berpendirian sendiri. Aku masih mahu memanggilnya dengan 'Awak, saya' namun Briza masih memintaku untuk memanggilnya dengan gelaran 'Aku, kau'.
Bagiku, tiada baiknya jika aku menggunakan nama panggilan 'Aku, kau' dengannya. Ini kerana kata ganti nama diri tersebut terlampau kasar untuknya. Walaupun sedia maklum, Briza merupakan seorang lelaki dan tidak pelik jika dia menggunakan 'Aku, kau'. Namun bagiku nama panggilan tersebut tidak sesuai baginya.
Hari demi hari, ada sahaja persoalan yang muncul. Dia sangat ingin tahu tentang perbezaan nama panggilan yang aku telah berikan kepada setiap rakan-rakanku. Mengapa aku menggunakan 'Aku, kau' dengan yang lain tetapi tidak dengannya? Seperti mesin menaip, laju sahaja otaknya menaip persoalan yang ingin ditanya.
Dari awal aku tidak pelik jika ada yang ingin menanyakan soal nama panggilan yang aku berikan. Ini kerana setiap orang yang rapat denganku pasti memilik nama panggilannya tersendiri. Akan tetapi, berlainan dengan Briza. Aku ingin memanggilnya dengan panggilan 'orang tua'. Mengapa 'orang tua' sedangkan aku dan Briza lahir pada tahun yang sama?
BERSAMBUNG.....
YOU ARE READING
4 hari {Hiatus}
RomanceBermula dari panggilan telefon aku mengenalimu, dari panggilan telefon kita mempunyai hubungan dan melalui panggilan telefon juga hubungan kita diputuskan. Adakah hubungan yang kita jaga ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin atau hanya cinta se...