26;

11 4 0
                                    

"Appa nak cakap apa lagi? Lia tetap tak nak kahwin dengan Hyunjin! Tak faham bahasa ke apa? Nak suruh Lia ajar mengeja membaca balik?"

"Kurang ajar punya anak!" tangan Tuan Choi ingin menampar Lia. Perbuatannya terbantut apabila Soobin menjerit.

"Appa! Boleh tak jangan nak tampar muka noona lagi! Hari ni dah banyak kali noona dah kena tampar tahu tak?!"

"Biarlah dia kene tampar. Biar sedar sikit otak dia tu. Aku tak pernah pun ajar kau jadi sebiadap macam ni. Hei, kau tak pandai jaga air muka bapak kau ni ke apa hah?"

"Appa sudah la tu." Hyunjin menenangkan Tuan Choi.

"Sudahnya apa! Aku nak kene ajar budak ni. Biar jadi manusia sikit."

"Cukup!" kata Soobin. Puan Choi pula hanya berdiri tegak di belakang Tuan Choi. Tiada pula mahu tenangkan suaminya mahupun Lia.

"Soobin, pergi call bodyguard appa sekarang. Suruh dia lunyaikan jantan tak guna tu."

"Appa, Boleh tak jangan nak libatkan orang yang tak salah."

"Tak salah apa nya?! Disebabkan dia la awak curang dekat belakang saya tahu tak! Macam la saya tak tahu, masa awak pergi holiday dengan kawan kawan awak, awak bermesra dengan dia. Berpeluk bagai." sampuk Hyunjin. Kini, dia pula yang berangin.

"Apa bukti awak yang saya bermesra dengan dia? Oh, dah pandai eh pasang pengendap untuk saya. Ingat saya ni apa?"

Hyunjin tanpa berkata terus menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan telefon. Aplikasi foto di buka lalu ditunjuk kepada Lia.

"Ini buktinya. Bukti dah ada dekat depan mata. Dah terang lagi bersuluh! Awak tahu tak Lia, yang saya ni dah terlalu kecewa dengan awak."

"Kalau dah kecewa, kenapa masih terhegeh-hegeh lagi nak dengan saya?" dia terdiam.

"Esok, Lia kerja dengan appa. Berhenti kerja sebagai model majalah tu. Nanti, Soobin ambil semua barang Lia dekat tempat kerja dia. Faham!" tegasnya.

Baru saja Lia ingin berkata, Tuan Choi sudah melangkah pergi ke ruang atas.

"Awak pergi balik la Hyunjin, saya malas nak tengok muka awak lagi."

[ Bangtan pov ]

"Yoongi hyung dah balik ke belum?" soal Hoseok yang menonton tv.

"Dah balik petang tadi. Lepas siapkan anak dia tu terus terperap je dekat dalam bilik tu. Tadi sempat la Jimin tengok bilik dia. Yoongi hyung tengah selubung diri dia dalam selimut."

"Apa nak jadi lah dengan hyung tu. Lepas Seokjin hyung tak duduk dengan kita, rumah ni jadi huru hara." kata Taehyung sambil mencuri biskut di tangan Jungkook.

"Weyh, korang lapar tak? Jom masak."

"Haduh Jungkook, kau ingat dekat rumah ni ada barang mentah ke nak di masak? Barang mentah takde, sayur takde! Ramen lagi la takde! Tadi aku baru je nak makan, lepas tu Hwa sibuk je cakap lapar lapar." bebel Jimin. Mahu tak nya, tengah hari dia sempat makan roti kosong.

"Sabar hyung, hidup kita kena bersabar. Bukan kita je yang berlapar sekarang ni. Orang dekat Palestine tu lagi kesian! Makan takde, rumah takde!" bagaikan terpanah dada Jimin selepas Jungkook kata begitu. Bersyukurlah seadanya.

"Aku dah balik!"

"Haa, baru nak balik ke Namjoon oi. Ingatkan dah lupa jalan balik rumah." Jimin, Taehyung dan Jungkook menuju ke arah Namjoon. Beberapa plastik di tangan Namjoon di capai lalu dijinjing ke dapur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ON-HOLD] THE TRUTH UNTOLD|| 김남준Where stories live. Discover now