22;

13 5 0
                                    

"Noona betul ke dengan keputusan ni? Sanggup kahwin dengan Hyunjin walaupun takde perasaan antara satu sama lain?" soal Soobin. Lia sedia menerima apa yang akan berlaku nanti. Sejauh mana pun dia bencikan appa nya, dia tetap mendengar kata.

"Mungkin jodoh noona memang dengan Hyunjin. Noona kene terima je. Mana tahu lepas kahwin perasaan cinta tu datang balik." Lia tersenyum nipis. Soobin memeluk tubuh Lia erat sekali. Faham akan perasaan kakaknya yang kusut.

"Binbin sanggup tolong noona walau apa apa pun yang jadi. Binbin sayangkan noona, tahu kan?"

"Weyh Lia, Hyunjin ada dekat luar. Dia nak jumpa kau sekarang jugak." ujar Yun. Dia pun rasa kasihan dengan rakan baiknya yang hidup dikawal oleh appa.

"Dia nak buat apa jumpa aku?"

"Entah la." Lia mengangguk. Dia meninggalkan Soobin dan Yun di dalam bilik. Pintu pagar rumah dibuka.

Hyunjin berada di luar sudah tersenyum lebar. Mungkin hari ni hari paling bahagia untuk dia?

"Morning Lia."

"Hurm, nak buat jumpa saya? Saya sibuk ni." katanya sambil berpeluk tubuh. Malas la nak membuang masa kalau nak jumpa tapi cakap kosong je.

"Jom shopping!"

"Malas la."

"Kalau macam tu saya bagitahu appa. Kita dah lama tak keluar jalan sama sama. Asyik busy dengan kerja sampaikan saya terabai." perli Hyunjin. Lia pula memandang wajah namja itu dengan sinis.Tak payah la nak perli pasal kejadian tu.

"Fine. Kita keluar tapi jangan lama lama. Saya tak suka berkerumun dengan orang ramai."

"OKAY!"

"Eh itu Hyunjin kan?"

"Asal dia dah lain ek? Macam bukan Hyunjin yang dulu."

"Aku benci siak yeoja tu."

"Dasar perampas."

Bualan orang awam semua diabaikan. Dia datang ke sini untuk membeli belah bukan mahu mendengar kritikan orang.

Hyunjin memimpin tangan Lia. Mahu tunjuk betapa bahagia hubungan mereka berdua.

"Sayang, jom kita pergi kedai baju tu."

"Tak boleh ke kita balik? Tak selesa la orang tengok ni. Semua dah cakap apa apa pasal kita."

Hyunjin memeluk bahu Lia dan mengatakan sesuatu di telinga Lia.

"Okay, kita pergi kedai baju tu je. Lepas tu kita balik. Nanti saya hantar awak balik rumah appa saya." katanya dengan suara yang menggoda. Lia tidak berasa selesa dengan tindakan Hyunjin itu.

[ON-HOLD] THE TRUTH UNTOLD|| 김남준Where stories live. Discover now