1;chaos

47 6 2
                                    


+++

'NUR ASYA HAIDAH BINTI MUHD OTHMAN!! BANGUNLA PEMALAS!! ASYIK TIDO SAJA!! SUKA SANGATLA LAMBAT PERGI UNI, HUH!? BANGUN CEPAT!! SEBELUM EMAK SIMBAH AIR SEBALDI DEKAT MUKA KAU, BAIK KAU BANGUN, CEPAT!!'

Tangan Asya atau lebih dikenali sebagai Haidah itu meraba-raba meja kecil yang berada bersebelahan katilnya itu, mencari telefon bimbit yang sedang membunyikan penggera pagi.

"pelik betul aku dengan morning alarm kau tu. Suara emak kau ka?" roommate Haidah yang sudah lengkap berpakaian itu keluar daripada bilik air selepas terdengar bunyi penggera Haidah.

Haidah yang masih mengantuk hanya meng'hmm'kan sahaja pertanyaan teman sebiliknya itu.

Rambutnya yang serabai itu dibetulkan menggunakan tangannya sambil dia mula bergerak masuk ke dalam bilik air.

......

"Asya!"

Haidah yang sedang berjalan kalut hendak ke kelas yang telah dijadualkan kerana telah lambat itu memberhentikan langkahnya.

Kepalanya dipaling dan dilemparkan pandangan tajam ke arah orang yang memanggil dirinya Asya.

"aku dah cakap kan jangan panggil aku Asya" suara Haidah kedengaran sangat bengang.

"eh! sorry weih, aku kelam-kabut sangat tadi. Takut kau tinggal aku, so aku main sebut ja la apa yang datang dekat otak, herm" berkata Elyana a.k.a. Eya kepada Haidah sambil tercungap-cungap kerana mengejar Haidah tadi.

"lepasniy kau panggil aku lagi sekali sebagai Asya, kau siap kau" Haidah menggunakan nada rendah tanda dia marah dan betul-betul maksudkan pernyataannya.

"yaaaaa, janji tak guna dah, aku tahu kenapa kau tak suka nama Asya tu, sebab Nata- " Elyana menghentikan percakapannya dek melihat pandangan tajam yang diberi Haidah.

"kau jangan berani-berani nak sebut nama perempuan tu depan aku, kau faham!?" Haidah mula hilang sabar apabila hampir mendengarkan nama manusia yang paling dibencinya.

"weih! kita dah lambat niy! jom cepat masuk kelas, nanti tak pasal-pasal kena detention." Elyana menarik tangan Haidah, ingin mengalihkan perhatian Haidah daripada topik sebelumnya.

Nasib mereka baik kerana tiada sesiapa yang berada di hallway universiti waktu itu kerana mereka memang dah terlambat untuk masuk ke kelas.

=====

"Assalamualaikum semua, kita ada cikgu baru hari ini. Haa excited tak?" Encik Othman atau lebih dikenali sebagai CikMan itu mengumumkan kedatangan cikgu baru di kelas 3 Ulya.

"haa ustaz, masuklah" CikMan yaitu pengetua Sekolah Menengah Sultanah Anishan itu memanggil cikgu baru yang disebut tadi.

Sorakan penuh riang mula kedengaran apabila Ustaz yang dijemput CikMan untuk masuk itu melangkah masuk ke dalam kelas 3 Ulya.

CikMan menepuk bahu cikgu baru itu tanda memberi semangat kepadanya dan hanya dibalas dengan anggukan serta senyuman gummynya yang manis.

CikMan keluar daripada kelas 3 Ulya setelah selesai akan tugasnya.

"Assalamualaikum, semua sihat hari ni?"

Segala perhatian kembali tertumpu terhadap cikgu baru yang sedang berdiri kekok di hadapan kelas.

"Waalaikumsalam, Alhamdulillah sihat ustaz!" semua pelajar di dalam kelas itu menjawab ceria.

"Alhamdulillah. Baik, sekarang ustaz nak perkenalkan diri ya. Nama ustaz Mohd Kasyfur Haidar bin Abdullah, umur.... biarla rahsia" kasyfur terkekeh perlahan diikuti rengekan muridnya yang ingin tahu akan umurnya.

"baik, sesiapa ada soalan sebelum kita mulakan kelas hari ni?" Kasyfur menatap seorang demi seorang pelajar barunya, ingin mengingati muka masing-masing.

"ustaz!" seorang murid lelaki mengangkat tangannya menginginkan perhatian Kasyfur.

"ya, saya?" Kasyfur memberikan perhatian penuh kepada murid lelaki itu.

"ustaz dah kahwin belum?"

Semua murid yang mendengarkan itu mula bersorak suka, berniat menyakat Kasyfur.

Kasyfur menjilat bibirnya yang tiba-tiba terasa kering dan tersenyum malu sebelum menjawab "ouh, ustaz tak kahwin lagi. Jodoh tak sampai lagi, kita enjoy la dulu jadi single, ye dok?"

Semua murid ketawa sambil mengangguk-anggukkan kepala menyetujui kata-kata Kasyfur.

"eh haa, ustaz lupa pulak, sebelum kita belajar kena la buat sesi suai kenal dulu kan?" Kasyfur mula bergerak daripada posisi asalnya yang berdiri di depan meja guru ke salah satu meja muridnya yang paling hujung dan paling depan. Maaf ayat gelong sikit.

"haa mula dengan kamu. Bagitahu nama penuh, nickname, tinggal dekat mana dan gred peperiksaan kamu untuk subjek yang ustaz akan ajar ni"

Murid pertama yang dipilih itu mula memperkenalkan dirinya.

"nama, Natasha Amalia bin Samad, boleh panggil nat, asha, amal, lia atau apa-apa ja yang ustaz nak panggil, dan saya tinggal dekat Taman Kemboja, gred PAI saya, B"

"hmm oke terima kasih Asha, sila duduk. Orang yang seterusnya, silakan" Kasyfur mengangkat tangannya, menunjuk ke arah murid di belakang Natasha.

=====

"semua sebab engkau la Eya! Kalau tak sebut nama perempuan tu, takdanya kita lambat masuk kelas Madam Rina tadi! Tak pasal-pasal dapat detention! "

Kelihatan ramai pelajar yang berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing menuju ke kawasan rehat pilihan masing-masing.

Haidah melangkah berat keluar dari kelas bertemankan Elyana disebelahnya.

"manala aku tahu strict betul Madam Rina tu. Baru nak berjinak aku dengan kelas dia" Elyana menggelengkan kepala, tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia dan Haidah perlu pulang lambat atas sebab detention yang diberi Madam Rina.

+++
tbc

Kenapa terasa hambar eh😂 sejujurnya taktahu nak habiskan chap ni macam mana, so halal ya hala habiskan chap ni macam ni ja. Kita jumpa di chap seterusnya yaaaa, and vote la kalo rasa chap ni tak hambar hehe.

Anddd one more thing, pasal detention, bole tolong bagitahu tak detention tu macam mana? Apa ja detention yang selalu pelajar uni dapat, and sebab apa? Sapa yang ringan jari tu share share la ya😂sebab hala tak sempat nak alami alam universiti, just yet, in sya Allah one day💅

Your MakmumWhere stories live. Discover now