+++
Bunyi deruan kereta kedengaran di kawasan perumahan itu. Pintu kereta tersebut dikuak buka dan kelihatan seorang lelaki keluar daripada perut kereta tersebut.Telefonnya berdering dari dalam poket seluar lalu dikeluarkannya untuk dijawab panggilan tersebut.
"assalamualaikum, hang sampai ka dak gih?" gerangan yang menelefon bersuara.
"waalaikumsalam, ya dah sampai ni, rumah engkau yang mana satu?" matanya melilau-lilau mencari rumah yang mungkin dimiliki sahabatnya sambil membalas pertanyaan yang disoal.
Anak matanya berhenti pada sebuah rumah yang pintunya dibuka dan terdapat seorang lelaki yang kelihatan dalam lingkungan umur lewat 20an berjalan keluar sambil melambai ke arahnya.
"Kaysfur! Sini,sini!" sahabat Kasyfur yang bernama Farish itu memanggil akan dirinya.
Kasyfur tersenyuman lebar lalu berjalan cepat ke arah Farish.
Tanpa Kasyfur sedar, kakinya terpijak batu yang terdampar elok di atas jalan itu dan mengakibatkan kakinya tergelincir ke depan membuatkan Kasyfur hampir jatuh tersembam. Matanya terbungkam luas sambil mulutnya sedikit terbuka. Imbangan badannya berjaya menghindar kejadian memalukan itu daripada berlaku. Kasyfur berdiri tegak semula seperti tiada apa yang berlaku dan kembali berjalan ke arah Farish.Farish yang menyaksikan kejadian itu pun mula tertawa. "rilekla Kasy, hang dah pasaipa? kalut nak pi mana lah, jalan elok-elok sikit" Farish kembali mentertawakan sahabatnya yang sudah merah mukanya akibat berasa malu itu.
Sesampainya Farish di sisi Kasyfur, tangannya terus memeluk erat bahu Kasyfur dan membawa diri mereka berdua menuju ke rumah Farish.
.....
Setelah selesai saling bertegur sapa, Farish dan isterinya menjemput Kasyfur untuk duduk di meja makan dengan selesa. Kasyfur duduk di salah satu kerusi yang tersedia ditemani Farish disebelahnya.
Isteri Farish meninggalkan ruang makan itu untuk pergi ke bilik tidur utama di tingkat atas bagi mendapatkan anaknya yang sudah terjaga daripada tidur dan yang sudah mula menangis apabila melihat ketiadaan sesiapa disisinya.
Sementara menunggu isterinya, Farish bercadang untuk berborak bersama Kasyfur bagi mengelakkan Kasyfur daripada berasa kekok kerana sudah lama sejak mereka bersua muka.
"so, how's life?" Farish saja bertanya walaupun sudah tahu akan jawapannya kerana mereka sering berbual antara satu sama lain di atas talian.
"well, macam ni lah. Macam yang kau nampak, masih sihat alhamdulillah, kerja pun dah ada. Hmm nak apa lagi?" Kasyfur menjawab dengan tawa kecil.
"kereta tu kereta hang sendiri la?" Farish melemparkan pandangannya ke luar jendela melihat ke arah kereta yang disebutnya.
"oh ya, ha ah, baru ja lagi tu. Tak sempat aku nak bagitahu kau. Syukur alhamdulillah dapat jugak aku memiliki sebuah kereta ya, dengan hasil usaha sendiri lagi. Bangga kejap" Kasyfur tertawa perlahan terhibur dengan pernyataan sendiri sambil bahunya ditepuk perlahan oleh Farish dan disertai tawaan.
"amboi, seronok bersembang ya. Tak tunggu Keisha pun. Nak join jugak, sembang apatu~" kedua-dua lelaki yang sedang rancak bersembang itu pun menghentikan perbualan dan menoleh ke arah suara yang memanggil.
Keisha menarik kerusi keluar daripada bawah meja dan menempatkan dirinya di kerusi itu dengan selesa sambil bayi yang berusia lebih kurang dua ke tiga bulan itu masih menangis di dalam dakapannya.
"dia lapar ni. Abang pegang Khalish sat, Keisha nak pi bancuh susu kat Khalish" Keisha meletakkan bayinya ke dalam dakapan suaminya.
"haa sebelum tu, Kasyfur jemputla makan ya. Abang, tolongla Kasyfur tu" sempat Keisha menjemput Kasyfur untuk menjamu selera sambil mencuit suaminya sebagai isyarat untuk melayan tetamu yang berada di hadapan mereka.
Keisha sedikit mengangguk kepada Kasyfur tanda meminta diri dan dibalas dengan anggukan yang sama oleh Kasyfur.
Kasyfur melihat bayi yang berada dalam dakapan sahabatnya dengan mata yang tidak dapat ditafsir.
"tenung tak lepaih aih, awat pasaipa? Teringin nak anak la tu. Tula orang suruh kawen takmau" Farish berkata sambil matanya tidak dialih daripada melihat anaknya.
Kasyfur pula hanya kekal melihat bayi itu tanpa bersuara.
"hmm termenung pulak dia ni, fikirkan apa la tu" Farish berbisik tetapi cukup kuat untuk Kasyfur mendengarnya selepas melihat keadaan sahabatnya yang diam tidak berkata apa-apa.
"Kasyfur!" Farish menaikkan sedikit oktaf suaranya untuk menarik perhatian Kasyfur.
"ah ya?" Kaysfur akhirnya memandang Farish setelah dipanggilnya.
"makan~ satgi isteri aku dah siap bancuh susu, dia tengok hang tak makan lagi, kecik hati dia. Dia masak penat penat dah tu. Makan, makan. Layan diri ya" Farish berkata dengan ramah sambil tangannya masih memegang erat akan bayinya dan tangan yang sebelah lagi ditunjukkan ke arah makanan yang sudah terhidang di atas meja.
"oh okay, okay" Kasyfur mula mengambil lauk-pauk dan diletakkan ke atas pinggannya yang sudah tersedia nasi yang masih hangat.
Selesai mengambil lauk-pauk yang dikehendak, Kasyfur mula menjamah.
"kau tak makan sekali?" sempat Kasyfur bertanya kepada Farish walaupun matanya masih kekal di bawah, melihat pinggannya yang dipenuhi makanan dan mulutnya yang masih tidak berhenti mengunyah. Rambut hadapannya yang berwarna hitam pekat itu tergantung di dahi, sudah hilang penampilan profesionalnya.
Farish menundukkan pandangannya daripada Kasyfur ke Khalish dan menjuih kecil bibirnya ke arah Khalish yang sudah berhenti menangis.
"ni haa, Khalish ni, kalau aku makan sapa nak jaga dia. Takpa isteri aku dah nak selesai dahtu, kau makan dulu jangan risau" Farish kembali bermain dengan jari kecil Khalish.
"ahm okey." Kasyfur kembali menjamah makanannya.
"erm cakap pasal kahwin kan, aku teringat pasal janji yang Encik Othman bincang dengan aku haritu" Kasyfur masih setia mengunyah.
"hang masih panggil Encik Othman dekat dia? Bukan dia suruh hang panggil dia pakcik dah ka?" Farish mengerutkan dahinya, hairan dengan pernyataan Kasyfur.
"aku tak boleh la panggil Encik Othman, pakcik. Rasa pelik" Kasyfur menghentikan seketika pergerakan tangannya yang sibuk menggaul nasi.
"hmm takpaa, aku faham sebab hang rasa macam tu.. Haa apadia tadi? Awat, janji apa hang bincang dengan Encik Othman?"
Riak wajah Kasyfur bertukar menjadi serius. Perlakuannya kelihatan sedikit ragu-ragu. Kasyfur akhirnya memandang tepat di dalam mata sahabatnya, bersedia untuk menceritakan segala yang terbuku di hati.
+++
TBCpendek ja chap kalini, maaf lama tak update ya♡
Chap kalini tak ada apa sangat. Kita jumpa lagi chap seterusnya ya. And bersedia la untuk story yang panjang, anggaran chap mungkin 40+, tak sure lagi tau hehe. Btw thankyou for reading♥
*nak publish 6 hari yang lepas tapi disebabkan wattpad problem tak boleh nak publish so tak dapat nak publish, stress betul😭 pastu bila dah jadi macamni, dia jadi takda mood tau, susah terus nak sambung tulis chap4, idea asyik hilang ja.
YOU ARE READING
Your Makmum
RomanceQuote of the story: "everything happen for a reason" "setiap yang berlaku pasti terselit hikmah disebaliknya" --- "daripada awak ke sana sini, asking women to be your makmum, why not, take me to be your makmum instead? how's that sound?" Kalau sebel...