2; clumsiness

32 5 2
                                    

+++


Tangan yang sedang kalut memasukkan barang-barang keperluan ke dalam beg galas belakang itu terhenti seketika akibat teringat akan tujuannya selepas mendengar bunyi pintu bilik air dikuak buka.

Ya, bukan style Haidah la beg tangan ni.

Dengan segera, Haidah memalingkan wajahnya ke arah wanita yang baru keluar dari dalam bilik air itu dan dia mula bersuara.

"aku nak keluar ni, nak pergi beli barang, kau nak ikut tak?" Haidah bertanya kepada Wafia a.k.a. Fia, roommatenya yang baru sahaja melangkah keluar dari dalam bilik air.

"boleh juga, tunggu kejap ya" Wafia dengan kalut mencapai kain tudung yang disangkut pada ampaian di balkoni.

"hm mula dah sesi membelit dia, kang tercekik dekat situ, padan muka" Haidah menayangkan muka annoyingnya sambil tangannya masih sibuk mencapai segala barang yang dikehendaki masuk ke dalam beg.

"eh mulut tu elok sikit ya, tak pernah lagi aku belit-belit shawl sampai tercekik, kalau engkau mungkinlah, sentuh pun tak pernah" sempat Wafia membalas sambil tangannya masih sibuk melilit shawl di kepala.

"hmm dahla, kau lambat aku tinggal" Haidah mengalah berbalah dengan Wafia, tak akan menang punya kalau lawannya si Wafia ni.

......

Seusai meletakkan kereta di tempat pakir yang telah disediakan pasaraya itu, Haidah dan Wafia sama-sama keluar dari dalam perut kereta.

Wafia memandang Haidah yang sudah tidak sabar hendak masuk ke dalam pasaraya itu, sempat ditariknya ke belakang Haidah yang hampir dilanggar kereta yang sedang bergerak mencari tempat untuk dipakir keretanya.

"tahulah excited, tapi boleh tak hati-hati sikit. Bahaya kau tahu, jalan tak tengok kiri kanan, tahu main redah ja. Bila nak berubah ni, hah?" Wafia memautkan tangannya pada lengan Haidah.

Haidah yang masih terkejut itu berdiam diri, leteran Wafia diabaikan.

Haidah kembali tersedar daripada lamunannya selepas dirinya ditarik Wafia yang sudah berjalan menuju pintu masuk pasaraya tersebut.

=====

Sudah genap dua minggu sejak Kasyfur mula mengajar di Sekolah Menengah Sultanah Anishan tersebut.

Keadaan tanpa disangka berjalan dengan lancar. Kasyfur terasa bersyukur kerana mendapat peluang untuk berbakti di sekolah itu kerana baginya, Encik Othman telah banyak menolongnya dan tanpa Encik Othman dia mungkin tidak akan mampu bernafas lagi di bumi ini.

Entah apalah nasibnya jika dia tidak bertemu dengan Encik Othman pada hari itu.

Bunyi deringan telefon bimbit Kasyfur menghentikan lamunannya. Tangannya menyeluk poket seluar dan dikeluarkan telefon bimbitnya.

Nama Farish tertera di skrin telefon. Kasyfur menekan punat hijau dan menempatkan telefon itu di telinganya.

"Assalamualaikum" kedengaran bunyi sapaan daripada hujung talian. Kasyfur menjawab salam dan bertanya tujuan Farish menelefon dirinya.

"hang jadi dak nak mai rumah aku nih?" Kasyfur mengerutkan dahinya tanda keliru akan persoalan sahabatnya itu.

Bila masa pulak Kasyfur ni nak pergi rumah si Farish tu. Terfikir Kasyfur sejenak.

"ahh, ya, jadi-jadi, kenapa?" mentol di dalam kepala Kasyfur bercahaya, mengingatkan semula dirinya akan perbualan yang berlaku di kantin tadi.

Your MakmumWhere stories live. Discover now