Setelah sekian lama saya tidak pergi ke rumah Mamat selepas tamat belajar dulu saya memang tidak ada berjumpa ibubapa dan adik si Mamat iaitu Haris. Saya dan Mamat pun agak lama tidak berjumpa. Mamat kabarnya bekerja di kilang perabut sebagai penyelia dan saya pula bekerja di syarikat konsultan sebagai pembantu penyelia pentadbiran. Baru-baru ini saya terserempak Mamat semasa makan tengahari berdekatan tempat kerja. Rupanya saya dan Mamat sama-sama bekerja di kawasan yang sama. Setelah selesai makan, saya dan Mamat bertukar-tukar nombor telepon dan berjanji akan jumpa lagi sambil-sambil lepak minum.
Saya tinggal sendirian tidak jauh dari tempat kerja. Walaupun gaji saya memang lumayan, sehingga hari ini saya belum ada lagi teman wanita. Ayah dan ibu di kampung selalu bertanya hal yang sama apabila saya balik cuti di kampung. Saya memiliki sebuah motosikal sport yang saya gunakan untuk bekeja dan jalan-jalan dihujung minggu. Saya biasanya akan berkunjung ke pusat karaoke apabila berkelapangan di hujung minggu. Saya seorang peminum tetapi bukanlah pemabuk 🤣 Saya biasa pergi berkaraoke seorang diri... tentu membosankan kan?
Hari ini semasa saya keluar dari pejabat, telefon saya berbunyi dan ternyata Mamat yang buat panggilan.
"Dani, awak balik keja nanti pergi mana?"
"Rasanya nak lepak kedai mamak kejap pekena teh tarik, kenapa Mamat?"
"Jummmm le lepak sama kata Mamat"
"Boleh-boleh" jawab ku dengan Mamat
Akhirnya Mamat pun sampai di tempat yang dijanjikan. Kita sama-sama pekena teh tarik sambil berborak. Macam- macam cerita dan kesah saya dan Mamat sejak dari kecil hingga lah sekarang.
Rupanya Mamat juga belum ada lagi teman wanita.
"Kamu handsome gila dan badan macho belum ada calon wanita lagi?" kata saya pada MamatMamat terus jawab... "Yang awak muka jantan pun sama belom ada girlfren"
Kita sama-sama ketawa dengan gurauan masing-masing.Jam dah tunjuk pukul 7 malam... tanya Mamat lepas ini apa plan dia? Aku terkejut juga dengan Mamat bagitau dan pelawa aku untuk pergi ke kelab malam sambil-sambil minum....rupanya Mamat nie minum minuman keras jugak tapi bukan pemabuk juga 🤣😂
Akhirnya kita janji keluar lagi malam nanti sambil-sambil minum dan berkaraoke. Tepat jam 9 mlm kita jumpa di tempat seperti dijanjikan. Mamat memang nampak agak bergaya malam ini dan saya hanya santai-santai sahaja.
YOU ARE READING
KESAH SEORANG HARIS 🌈
FantasyHaris yang telah terjebak di alam pelangi bersama Dani dan abang kandung nya Mamat. Dani telah mula kenal Haris semenjak dia berumur sekitar 13 tahun. Dani dan Mamat adalah kawan baik dan sama- sama bersekolah. Haris dan Mamat hanya dua beradik seda...