1- PERMULAAN

5.7K 30 2
                                    

"Ibu... boleh la tolong ayah kali ni. Yang dulu tu Ayah dah selesaikan walau lambat, kali ni Ayah kena tambah kelengkapan kedai kita ni.." Rayu Farid kepada Isterinya.

Fariha membatukan dirinya walau hampir semalaman di pujuk oleh Farid.

"Ayah, anak-anak kita perlukan segalanya buat ketika ini, Bukan sahaja Duit. Mereka perlukan awak sebagai pebimbing, Saya bukan tak setuju... Cuma...." Jelas Maria.

Situasi ini hampir sebulan.

Farah Laily yang berusia 16 tahun berhati-hati memasang telinga mendengar perbualan ibu dan ayahnya. Malam ini nada suara mereka tidaklah sekuat malam-malam yang sebelumnya. Dia berjalan lemah ke bilik adik-adik lelakinya, Farhan dan Firash yang masih cerah.

"Haishhh! Apalah An dengan Irash ni. Tidur tapi pintu tak tutup, lampu semua bukak." Bebel Laily. Farhan yang berusia 13 tahun itu baru sahaja menginjakkan kaki ke sekolah menengah. Selimut Firash yang terjatuh ditepi katil dibetulkan agar tidak sejuk. Alat kawalan penghawa dingin diambil dan diperlahankan supaya tidak terlalu sejuk. Dia menutup pintu bilik adiknya dengan berhati-hati.

Langkahnya diteruskan untuk melihat adik bongsunya Farah Sofea yang sudah pun terkulai sepi di katil. Diperbetulkan kedudukan bantal busuk adiknya dan dia sendiri berbaring disebelah Sofea. Matanya perlahan-lahan layu kerana kepenatan. Kisah ibu dan ayahnya saban hari membuatkan dirinya lebih memendam segalanya. Biarlah mereka selesaikan hal antara mereka.

"PINNN!!!!" Fariha membunyikan honnya lantas mulutnya membebel

"Alamak time ginilah baru nak salam peluk cium bagai... Kita dah la lambat..." Bebel Fariha yang menggunakan kacamata hitam. Laily hanya tersenyum melihat ibunya membebel.

"Ibu... bila ibu bebel macam ni, Nampak Ibu tu comel!" tegur anak daranya.

"Ibu jangan bebel banyak tau, nanti Laily dapat ayah baru pulak..." Laily berseloroh bersama ibunya sambal tangan dihulurkan untuk bersalaman.

"Comel eh Ibu? Kita sebayakan? Ibu baru 21 tau..." balas Fariha kepada anak daranya.

"Alah perasan pulak Makcik Fariha ni... Puji sikit... lambung tak ingat. Dah turun balik ke bumi Ibu. Nanti orang lain Nampak rahsia. Dah la pakai kain hari ni..." Perli Laily kepada ibunya.

Menjadi rutin hariannya untuk menghantar anak-anaknya kesekolah sebelum dia masuk ke pejabat, Celoteh anak-anaknya jarang tidak menghiburkan hatinya. Nak harapkan suaminya, awal pagi lagi dah hilang. Mengenangkan Farid, Fariha kadang kala menjadi serba salah. Dia tahu bahawa suaminya itu sibuk bagi menguruskan beberapa perniagaan yang diceburi semenjak berhenti kerja 2 tahun lalu.

Demi bidang yang diceburi, kini hampir kesemua wang simpanan digunakan oleh Farid demi menstabilkan perniagaannya. Jauh disudut hati Fariha dia ingin membantu Suami tercinta. Dia ingin Farid Berjaya membina empayar perniagaan seperti yang diidamkan. Segalanya telah diceritakan oleh Farid semenjak mereka berkenalan. Memang Farid mengikut seperti apa yang dirancangkan 18 tahun dahulu.

Tetapi, semenjak akhir-akhir ini, Farid dilihat semakin mengabaikan semua ahli keluarganya. Dia menjadi terlalu sibuk dengan rutin seharian. Tanggungjawab sebagai ayah dilihat diserah bulat-bulat kepada Fariha. Dari dapur sehinggalah kepada belanja sekolah anak. Kini mereka boleh dikatakan bertegang urat hari-hari kerana Farid meminta Fariha melakukan pinjaman dari peminjam wang berlesen dan bank demi mengukuhkan lagi perniagaan. Hakikatnya, bukan Fariha tidak mahu membantu namun, kebajikan anak-anaknya lebih penting.

Jarak perjalanan lebih kurang 15km dari sekolah anaknya itu telah tercapai. Sebuah kereta kelisa kini terkulat-kulat sedang mencari parkir. Ruang yang sedikit itu dapat digunakan sepenuhnya oleh Fariha untuk meletakkan kenderaan.

Jam dikereta menunjukkan sudah 7.55 pagi. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Jarinya petah membalas mesej di applikasi whatsapp di group OnionRepublic. Usai membalas mesej-mesej. Sambal tersenyum dia membuka pintu keretanya. Bajunya dibetulkan dan dia mengunci pintu keretanya. Dia melangkah pantas menuju ke pejabat tanpa melihat kiri dan kanan dia melintas jalan di belakang bangunan.

"Aduh!" Telefon bimbitnya terlepas dari tangan dan terjatuh diatas jalan. Tidak semena-mena muncul sebuah kereta dan menggilis telefon bimbitnya.

"PRAKKKK!!" hancur!. Hancur telefonnya digilis kenderaan itu.

"Hoi! " Suaranya keras. Kereta Audi A4 bewarna putih itu berhenti. Pintu pemandunya terbuka dan keluar seorang lelaki pertengahan usia.

"Cik tak da apa-apa ke? " ujar lelaki itu.

"Telefon saya yang hancur... nasib baik kaki saya tak kena penyet!" Suara Fariha menahan kegeraman.

"Saya minta maaf Cik," Lelaki itu lantas mengambil beg duitnya dan mengeluarkan segumpal wang dan menghulurkan bersama kadnya.

"Cik ambil dulu, kalau tak berapa cukup nanti Cik telefon saya semula," hulur lelaki itu.

Fariha tidak mengambil duit itu sebaliknya hanya melihat bangkai telefonnya. Dia yang masih terkedu hanya terkesima melihat skrin telefonnya hancur. Tangannya di tarik oleh lelaki itu dan keoingan wang RM50 itu dikemaskan dalam tangannya dan lelaki itu berlalu pergi.

Saat itu dia sudah tidak menjadi seorang manusia yang tidak berperasaan. Apalah nasibnya pagi ni. Mesti kifarah sebab tidak memenuhi permintaan suaminya untuk bersenggama malam tadi.

"6 bulan aku kumpul duit nak beli telefon ni. Hutang baru je habis bayar," sesungguhnya Fariha amat besedih. Gumpalan wang kertas itu dimasukkan kedalam beg tangannya. Bangkai telefonnya itu dikutip dan dia melangkah lesu ke pejabatnya.

Sesampainya dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Begnya dicampakkan ke tepi dan dia meletakkan bangkai telefonnya diatas meja. Telefonnya bergerak dengan sendiri secara tiba-tiba bersama nada dering berlagu Monkey Dance. Fariha sedikit tersenyum. Namun tidak dapat dipastikan siapakah pemanggil yang menelefonnya kerana screennya hancur sama sekali.

Fariha mengambil begnya dan dia mengeluarkan gumpalan wang kertas tadi. Dia melihat nama yang terpapar di kad yang disertakan bersama. Aizuddin Kamal. Terus dia menyumpah seranah nama itu didalam hatinya. Kepingan wang itu terjatuh ke lantai. Dikutipnya satu persatu sambal mengira. Matanya terbeliak.

"4700.."

ITU PILIHANKU - KEMAHUANWhere stories live. Discover now