29

225 12 2
                                    

"Assalamualaikum"

"Mahat, Walaikumursalam. Mana hilang lama?"

"Ada makcik, sibuk kerja. Makcik apa khabar?"

"Allahamdulillah. Mahat sihat?"

"Sihat. Mana Akmal?"

"Tu panjang umur." Haris masuk bersama Akmal.

"Uncle Mahat."

"Lama uncle tak tengok makin besar"

"Uncle pergi mana?"

"Uncle busy"

"Mahat, kenal kan ni Haris, Haris ni Mahat" Haris angguk kepala, berjabat tangan dengan Mahat.

" Mahat dari mana?"

"Jumpa Hana kejap tadi di office, bincang hal project Hana yang baru. Hana beritahu Akmal sakit. Mahat singgah kejap."

"Makcik buat kan air?" Haris duduk kitchen pantry. Belek phone. Mahat pandang ke arah Haris.

"Tak payah Makcik, Mahat nak ke Airport lepas ni. Tak boleh lama. Sayang sini uncle beli hadiah. "

"Boleh ambil Maktok?"

"Boleh ambil lah" Akmal terima bungkusan Hadiah dari Mahat.

"Makan ubat okay, nanti uncle balik dari Sabah uncle datang lawat Akmal okay"

"Okay. Thank you." Akmal peluk Mahat.

"Nak pergi Sabah?"

"Ye, dua malam saja, nak tengok tanah untuk project baru Hana" Haris pandang Mahat.

"Oh ye ke. Pergi baik baik"

"Balik dulu Makcik." Angkat tangan pada Haris.

Haris hampiri Akmal. Duduk disebalh peluk bahu Akmal.

"Siapa tu Mak?"

"Mahat, dia suka dengan Hana, tapi Hana tak mahu, dua kali lamar Hana. Masa tu Lepas tiga tahun arwah pergi, Akmal baru tiga tahun. Banyak lelaki yang mahu kan Hana. Satu pun tak nak. Pakcik Hana suruh kahwin yang di Belgium tu, Hana tak nak. Degil sungguh, berapa kali gaduh dengan Zila. Bila dengan Haris, nampak memang suka. Mak tahu pendam perasaan kesihan Hana, Haris"

"Mak, suka dengan Haris, sebab rupa paras ni macam Hasrul. Kalau Haris bukan macam Hasrul, tak akan suka pun. Biar lah dia hidup dalam bayang bayang Hasrul, kisah cinta lama dia. Haris tak mahu ambil tahu. Dia cinta Faiz Azlan Mak. Cinta pertama. Tak akan orang yang kena culik, dengan apa yang penculik buat. Maafkan macam tu, tarik kes, bayar 72ribu Mak. Kita susah hati tidur lama tak lelap. Ingat apa jadi dekat dia, tah masa kena culik berseronok dengan Faiz. Haris kalau tak suka, tak suka Mak. Haris tak boleh terima Hana atau apa cara dia nak buat. Kalau terima Haris pun, mungkin Hasrul, bukan Haris!"

"Iya lah Mak minta maaf."'
Terkejut Haris dan Mak, bila Hana masuk. Hana diam letak bag. Berubah wajah Hana.

"Mummy. I miss you"

"Really?"'Haris pandang Hana.

"Mak, Hana. junpa doktor Akmal di kaunter tadi. Esok boleh balik."

"Can go home mummy?"

"Ye. Mak teman Akmal malam ni, dengan bibik. Hana nak pergi Sabah" Haris pandang Hana.

"Sabah?"

"Ye Mak, tanah nak jual di Tawau Sabah, Hana nak lawat tengok kawasan. "

"Mahat baru saja pergi"

"Hana, tahu jumpa di bawah. Hana pergi Sabah dengan Mahat, flight jam 10. Mahat project Engineer Hana"

Farhana Gabriel💖Where stories live. Discover now