1 - Intro

6 1 0
                                        

Aku Vivianna. Lebih mesra dengan panggilan Anna. Aku merupakan gadis kelahiran Ayer Keroh, Melaka. Aku merupakan anak tunggal kepada ibu bapaku yang berkehidupan sederhana. Ayahku seorang pengusaha ladang ternakan dan ibuku adalah seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah berhampiran rumah keluarga aku. Ibu dan ayahku berasal dari Selangor. Mereka bertekad untuk hidup secara berdikari dan bermastautin di Bandar Bersejarah ini. Aku juga telah dididik dari kecil untuk terus kekal sederhana walaupun mungkin di suatu hari nanti berada di puncak kejayaan. Insya-Allah pesanan kedua ibu bapaku sentiasa tersemat di dalam hati. Semoga diri ini tidak mudah lupa diri.

Di tahun 2020 ini usiaku baru mencecah 21 tahun. Dimana zaman remajaku telah dihabiskan dengan pengajian sepenuh masa di sebuah institut pengajian awam. Aku merupakan bekas pelajar jurusan Rekabentuk Grafik. Aku sendiri tidak tahu mengapa jurusan ini dipilih. Bagi aku ini adalah satu jurusan yang menarik dan aku boleh meluaskan lagi pengetahuan aku dalam bidang Multimedia ini. Mungkin juga dengan lulusan bidang ini akan memudahkan aku mendapat pekerjaan di zaman Milenia yang dipenuhi dengan teknologi dan gadget ini.

Tetapi itu semua hanyalah tanggapan kasarku dan apabila kini nasib tidak menyebelahi diriku. Pada awal tahun ini, dunia digemparkan dengan sebuah pandemik yang boleh meragut nyawa manusia. Oleh itu, pelbagai cara yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan dan kesihatan sekalian rakyat. Termasuklah tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan rumah melainkan wujudnya urusan yang penting dan kecemasan. Justeru itu,  kebanyakan sektor-sektor ekonomi dan perniagaan tidak dapat berjalan dengan lancar sehingga menyebabkan segelintir rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Sedangkan masyarakat yg sedang bekerja juga dilucutkan, apatah lagi aku yg masih berjinak-jinak untuk mencuba nasib dalam bidang pekerjaan ini.

Terlalu banyak permohonan aku lakukan untuk melayakkan diri aku memasuki dunia pekerjaan. Tidak mengira sektor kerajaan mahupun swasta, tetapi tiada satu pun yang menjadi rezeki aku. Keadaan sebegini membuatkan diriku sedikit tertekan. Meskipun kedua orang tuaku tidak kisah akan aku yang masih menganggur, tetapi aku sebagai anak masakan mahu terus-terusan membebankan kedua-dua orang kesayanganku.

"Jangan terlalu memikirkan tentang pekerjaan, Anna. Musim berpenyakit sekarang ni memang susah nk dapat kerja. Tambah-tambah lagi dengan ramai orang yang dibuang kerja, kebanyakkan syarikat mahukan pekerja yang berpengalaman. Mesti mereka yang menjadi keutamaan. Insya-Allah suatu hari nanti akan ada rezeki Anna. Cepat atau lambat je." Apa yang dikatakan oleh Mama-ku, Puan Yusnita.

"Mama dengan Ayah lagi suka Anna duduk di rumah tau. Setakat Anna seorang sahaja, Ayah dengan Mama lebih dari mampu untuk menyara tau. Anna nak apa cakap saja. Ayah dengan Mama boleh dapatkan." Ujar bapaku pula, Encik Hisham.

Sememangnya mereka berdua tidak terbeban untuk menyara anak tunggal seperti aku ini. Tetapi aku sebagai anak langsung tidak selesa apabila usiaku kini sudah lebih dari mampu untuk menyara diri sendiri serta membalas semua jasa mereka yang menjagaku dari kecil sehingga aku meningkat dewasa. Aku kini sangat terdesak memerlukan pekerjaan. Sebelum ini aku mahukan pekerjaan yang mengikut kelulusanku. Tetapi disebabkan keadaan yang seperti tidak mengizinkan, aku kini redha dengan ketentuan dan tidak peduli dengan kerja apa yang bakal aku temui. Aku akan terima. Asalkan aku bekerja dan tidak lagi mengharapkan duit kedua orang tuaku.

Sampailah di suatu hari Ayah-ku pulang membawa berita gembira kepadaku.

"Anna. Dekat pekan tadi Ayah ada jumpa Aunty Mery. Ingat lagi tk Aunty Mery yg pernah kerja sekali dengan Ayah dulu. Aunty Mery cakap, ada satu spa kecantikan baru dibuka. Diorang tengah cari pekerja lagi. Kalau Anna nak, Ayah boleh bagitahu Aunty Mery."

"Betul ke ni? Takkanlah diorang nakkan orang yg langsung tkde basic pasal kecantikan ni nk bekerja dengan diorang?" Soalku was-was.

"Betul. Aunty Mery cakap tak apa. Asalkan Anna serious nk bekerja. Diorang ada sediakan latihan kepada yg tk ada pengalaman. Anna fikirkan betul-betul. Esok kalau dh confirm bagitahu Ayah. Ayah bagitahu Aunty Mery. Ayah tk paksa Anna tau. Terserah kepada Anna. Ayah cuma menyampaikan sekiranya Anna berminat. Kalau Anna dah habis berfikir bagitahu Ayah."

"Anna nak! Takyah fikir-fikir. Sekarang ni Anna nk kerja je. Nak cari duit Anna sendiri. Tk kisah kerja apa pun. At the same time, Anna boleh cari pengalaman. Isn't Mama?" Wajah Mama kuperhati.

Namun riak wajah Mama seperti tidak senang dengan keputusanku. Aku bangun dari kedudukanku lalu mendekat kepada Mama.

"Ma. Trust me. I can do it. Please support me, Ma." Pujuk aku sambil mengelus lembut pergelangan tangan Mama.

Mama mengambil masa agak lama untuk mempersetujui keputusanku. Wajahku diperhati diselangkan dengan pandangannya terhadap Ayah. Aku tahu di hati wanita ini tidak senang akan keputusanku. Tetapi aku sudah bertekad untuk bekerja. Aku tidak mahu lagi membebankan mereka. Sama ada mereka membenarkan atau pun tidak, aku akan berusaha memujuk mereka untuk memberi keizinan kepadaku untuk belajar berdikari.

"Terserah pada Anna. Tapi kalau Anna tak selesa atau pun tak tahan bekerja di situ, Anna berhenti. Mama tknak tengok anak Mama susah dan bekerja dengan tekanan."

Pesanan Mama membuatkan aku tersenyum. Mama sudah mengizinkan aku bekerja. Pujukanku berjaya.

"Ok Ma. Don't worry. Anna tahu apa yang Anna buat. Anna pun tknak kerja yg stress-stress. I just want to be happy and help Mama dengan Ayah."

Mama dan Ayah tersenyum hambar. Mereka tetap perlu menyokong aku meskipun hati mereka kurang senang. Aku tidak akan sesekali menyusahkan mereka dan merisaukan mereka. Aku akan berusaha untuk menjadi seseorang anak dan Vivianna yg berguna untuk kedua ibu bapaku dan masyarakat. Hopefully everything gonna be okay.

Bidadari AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang