'We Are Close'
Papan tanda menandakan salon kecantikan dihadapannya masih belum dibuka. Vivianna merenung jam berwarna hitam di pergelangan tangannya diperhatikan. Jam menunjukkan tepat 9.00 pagi. Tetapi hatinya terdetik mengapa salon itu masih belum dibuka. Tangannya ligat mencari sesuatu di tas tangannya. Sebuah telefon bimbit dibawa keluar dengan niat mahu membuat panggilan kepada Ayahnya. Dia tidak mempunyai nombor telefon Aunty Mery kerana segala urusan dibuat oleh Encik Hisham, ayahnya.
"Excuse me."
Vivianna memalingkan ke arah suara yang menyapanya. Satu senyuman diberikan kepada pemilik suara itu.
"Pekerja baru ke?" Soal gadis itu lagi.
"Ya saya." Balas Vivianna.
Senyuman manis diberikan seraya jawapan diberikan kepada gadis di hadapannya. Kecewa menyelebungi diri apabila senyumannya tidak dibalas. Vivianna menarik nafas panjang.
'Aku nk bekerja. Apa jua keadaan aku kena hadap. Aku bakal bekerja dengan dia. Aku kena buat sesuatu untuk bermesra dengannya.'
Vivianna mengikut langkah gadis yang kelihatan tidak jauh beza dari umurnya memasuki ke dalam salon kecantikan.
'Nice design.'
Hatinya berdetik serta matanya meliar melihat hiasan dan penyusunan salon kecantikan tersebut. Kemas dan tidak terlalu padat dengan beberapa perhiasan yang ekslusif. Percantuman cermin-cermin kecil menghiasi keseluruhan dinding utama membuatkan salon kecantikan itu kelihatan lebih luas dipadankan dengan lantai bermarmar batu-batul kecil membuatkan salon itu kelihatan lebih mewah. Vivianna sungguh terpegun melihat kecantikan salon yang bakal menjadi tempatnya bekerja.
"Hai."
Vivianna terbangun dari lamunannya.
"Hai." Balas Vivianna.
"Siapa nama?"
"Vivianna. Panggil Anna je."
"Oh. Nama Akak Natasha. Panggil Kak Tasha. Konfirm Anna lagi muda dari Akak kan. Umur Anna berapa?"
Vivianna tersenyum apabila disoal sebegitu. Ada juga pekerja yang peramah di salon itu.
"21, Kak Tasha."
"See. Muda dari Akak dengan Syikin. Anna datang ni sebab Puan Saidatul ke yang suruh?"
Vivianna tercengang. Puan Saidatul? Siapakah itu? Dia tidak pernah mendengar nama seperti itu.
"Tak. Aunty Marie yang suruh."
"Oh. Aunty Marie. Okay. Anna duduk sini dulu sementara tunggu Aunty Marie."
Natasha lantas meninggalkan Vivianna sebaik sahaja berbual pendek bersamanya. Vivianna kembali bersendiri. Sunyi. Mengapa masih belum ada pelanggan? Dan kenapa Aunty Marie masih belum muncul. Sedang Vivianna leka memerhati keadaan di sekelilingnya sambil menunggu Aunty Marie datang, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk.
"Helo."
"Hai sayang. How's your day?"
Serta merta satu senyuman terukir di bibir kecil itu.
"Still waiting. Kenapa call ni? U tk kerja ke?"
"Saja. Wanna know your news. Tk boleh? Tngah drive nk pergi kerja la ni."
"Of course, no. I dah lah baru first day. Nanti orang nampak awal-awal I dh main fon. Langsung I dapat bad impression." Rungut Vivianna.
"Okay, okay. Sorry okay. I forget. Good luck on your first day at your first job. And if anything just call me. Don't get nervous. You're smart girl. You can handle any situations. Don't be stress. Work for fun. Bye sayang. I love you."
"You take care. Drive elok-elok. Don't rush! Thanks for your wish. I'll remember all your nagging, old man. I love you too. Bye sayang."
Segera Vivianna mematikan panggilan risau dilihat oleh pekerja yang lain. Tidak mustahil imejnya akan tercalar kalau ada yang perasan. Mana tau ada netizen atau pun 'makcik bawang' kaki kecam yang bekerja di salon itu. Laju telefon bimbitnya disimpan ke dalam tas tangannya. Nafasnya ditarik panjang. Panggilan yang diterima sebentar tadi sedikit sebanyak membantunya untuk menenangkan diri dari gementar.
Jam tangan direnung kembali. Satu jam telah berlalu. Tetapi masih tiada satu pelanggan yang muncul. Vivianna mula bosan. Dirinya yang sedari duduk di sebuah kerusi di bahagian utama salon, berdiri. Kakinya mengorak langkah menuju ke bahagian belakang. Pelik. Satu orang pekerja pun tidak kelihatan.
Baru sahaja Vivianna mahu membawa dirinya ke bahagian belakang salon, pintu utama dikuak dari arah luar. Vivianna tercengang. Pelanggan-kah? Kenapa tidak ada satu orang pun yang datang menyambut pelanggan ini? Kedua-dua tangannya dilanda kesejukan.
![](https://img.wattpad.com/cover/272434683-288-k879689.jpg)