09: Shattered Pieces

140 43 9
                                    

"doktor!! doktor!! Seojin dah bangun!! Seojin dah sedar!! " jelas kedengaran laungan seseorang kedengaran di saat aku baru tersedar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"doktor!! doktor!! Seojin dah bangun!! Seojin dah sedar!! " jelas kedengaran laungan seseorang kedengaran di saat aku baru tersedar.

Segalanya terasa bagai mimpi.

Tanpa dapat ditahan, aku menangis dan terus menangis tanpa henti.

Kelihatan seorang doktor bersama dua orang jururawat datang memeriksa keadaan aku.

"hiks.. doktor.. doktor nampak Taehyung saya??!! mana dia??!!" aku menyoal tanpa mengambil peduli air mata yang turun laju mengalir di pipi.

"bertenang Seojin-shi" doktor tersebut masih tenang membalas dan selepas 5 minit, mereka terus beredar.

Manakala aku masih tak faham apa yang sedang berlaku.

Mana Taehyung?

Dia baik-baik saja kan?

Dia takkan tinggalkan aku buat kali kedua kan?

"eomma.. mana Taehyung? " aku mengangkat wajah lalu anak mataku bertembung dengan iris mata eomma yang turut hampir menangis.

"sayang... Seojin kena kuat... "

"kenapa? Mana Taehyung? Dia sihat kan? Dia cakap dia nak tunggu Seojin? Tapi tunggu dekat mana? Eomma, dia tak tinggalkan Seojin lagi kan? Dia dah janji... dia dah janji untuk kahwin dengan Seojin. Dia kata dia nak melamar Seojin jadi isteri dia.  Mana dia? Dia ada saja kan? Jangan tipu Seojin... eomma jangan tipu Seojin!! eomma....hiks.. jangan tipu Seojin...."

Eomma menggelengkan kepala berkali-kali lalu memeluk tubuhku erat.

dan saat itu aku sedar hubungan kami memang tiada hujungnya.

Aku terus bangkit lalu keluar dari wad menempatkan aku. Pegangan eomma turut dileraikan. Aku jadi tak tentu arah dan akhirnya iris mata aku tertancap pada satu figura yang amat dikenali sedang terbaring lemah di dalam salah satu wad.

Ada jururawat yang cuba menahan tubuhku namun tak dihiraukan. Aku terus menerpa masuk ke dalam wad terbabit manakala eomma hanya mengikut dari belakang.

Tak mungkin....

Serta-merta lutut terasa lemah dan kepala mula berpinar. Pandangan mula kabur sebelum tiba-tiba aku tak sedarkan diri.

___________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

___________________________

Winter Bear | Kim Taehyung Where stories live. Discover now