Rendahkan Suara

959 17 1
                                    

"Lila," panggil Mak Jah setelah melihat Lila mula melangkah mahu meninggalkan ruang dapur tersebut.

"Mak Jah lupa nak pesan semalam."

"Pesan apa, Mak Jah?"

Mak Jah merapatinya. Cukup serius raut muka Mak Jah ketika ini. Sehinggakan Lila ikut berdebar menanti buah bicara wanita separuh abad itu.

"Nanti kalau Lila jumpa tuan muda, rendahkan suara. Jangan pandang mata dia terus. Kalau terpandang, jangan lama sangat. Cepat-cepat alihkan pandangan."

"Saya faham, Mak Jah."

Mak Jah menangkap lengannya. Jelas sekali Mak Jah belum rela melepaskannya pergi untuk memberi khidmat kepada tuan muda. Mak Jah seperti takut dia akan terbunuh ketika memberi khidmat kepada tuan muda.

"Mak Jah serius ni. Mak Jah bukan main-main."

Tidak terkata Lila dibuatnya.

"Jangan banyak bercakap depan tuan muda. Jangan tanya soalan yang tak sepatutnya. Jangan suka-suka tegur tuan muda. Melainkan tuan muda yang tegur Lila dulu."

Mak Jah berjaya membuat peluh reniknya seperti mahu tumpah. Dahinya mula berkerut-kerut. Ada apa dengan tuan muda tu?

"Lila boleh berbual dengan semua orang dalam rumah ni, kecuali tuan muda.  Ingat tu." Pesanan Mak Jah seperti tidak ada habisnya.

Nota Bonda PK :
E D I S I  e - B O O K
JUALAN SECARA ONLINE SAHAJA
Wasap kami untuk  menempah / pertanyaan :
🛒 +6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

Nota Bonda PK :E D I S I  e - B O O K JUALAN SECARA ONLINE SAHAJAWasap kami untuk  menempah / pertanyaan :🛒 +6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
e-Book HUSBAND FROM HELL | Best SellerWhere stories live. Discover now