BAB 1 | DER ANFANG

24 2 0
                                    

Segalanya bermula ketika Elara berumur 16 tahun dimana papanya meninggalkan dia dan mamanya untuk selama-lamanya akibat sakit yang tidak diketahui.

Hal tersebut merupakan sebuah tamparan yang besar buat Elara dan mamanya.Tidak cukup sampai disitu,dia baru mengetahui bahawa papanya merupakan seorang ketua mafia yang digeruni ramai.Siapa sangka seorang Dato' Sulaiman yang terkenal dengan sifatnya yang peramah dan berwibawa merupakan ketua Dark Diamond (DD).

Elara dipilih oleh papanya untuk menggantikannya sebagai ketua Dark Diamond dan Syarikat Dato' Sulaiman diambil alih sementara oleh orang kanan kepercayaan beliau.Elara bukanlah anak tunggal dikeluarganya.Dia memiliki 5 adik beradik tiri yang sudah memiliki keluarga masing-masing.

Tapi persoalannya, kenapa dia yang dipilih untuk menjadi ketua Dark Diamond?

Hal tersebut masih belum dapat dipecahkan oleh Elara.Pemergian papanya membuatkan Elara berubah menjadi seorang yang lebih tertutup dan heartless.Dia mula memilih dengan siapa dia mahu berkawan dan dengan siapa dia perlu percaya.

"Na.."Panggilan tersebut membuatkan Elara tersedar dari lamunannya.

"Ye ma?"

"Kenapa Yana tenung je nasi goreng tu?Dh pukul berapa dh ni..nanti anak mama ni lambat pula ke sekolah."Puan Hani menjeling ke arah jam dinding.

Yana merupakan nama panggilan kesayangan yang diberi oleh orang tua Elara.Nama panggilan itu hanya digunakan dan diketahui oleh pihak keluarga sahaja.

"Eh haahlah,Yana kena bertugas harini!"Elara menyuap beberapa sudu nasi goreng ke dalam mulut sebelum bangun dan menggalas beg sekolahnya.Dia segera menyalami dan mencium pipi Puan Hanisah.

"Yana gerak pergi sekolah dulu tau ma..Bye ma, Assalamualaikum."Dia memakai kasut dan terus menaiki kereta.

----

"Lara!"Elara yang baru sahaja menjejakkan kaki di pagar sekolahnya berhenti dan menoleh kebelakang.Dia sangat mengenali suara kawan baiknya itu.Siapa lagi kalau bukan Qalisha Maisarah atau lebih sering dipanggil Mai.Mai dan adik angkat Elara iaitu Saffiya Alisya berjalan pantas ke arah Elara.

"Kau cuti tak bagitahu aku eh..sampai hati kau." Mai memuncungkan mulutnya tanda merajuk.Saf pula hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat Mai yang agak gedik tersebut.

"Bukan aku tanak bagitahu,tapi aku malas nak menjawab 1001 pertanyaan yang akan kau tanya nanti.Bukannya aku tak tahu perangai curious kau tu macam mana kan." Mulut Mai semakin muncung kehadapan seperti itik.

"Mai,dah lah tu macam itik aku tengok kau ni..kau ingat sexy ke buat muncung itik macam tu?Meluat aku tengok."Saf pula yang bersuara dan semakin menambahkan sakit hati Mai.

"Korang ni kan pepagi buta dh menyakitkan hati aku tau..dah lah bye."Mai berjalan mendahului Elara dan Saf.

"Merajuk pulak minah ni.. sensitif betul."

"Tulah aku pun pelik dengan Mai..macam baru lepas mati laki tahu tak.Tapi masalahnya dia laki pun takde."Elara mengangguk setuju.

"Haihh..dah lah tu,jom masuk kelas nanti lambat pulak.Aku kena bertugas lagi ni..."Elara mengeluh.

"Jom! Oh btw kan kak,abang aku nak kenal kau."

"Hah?Abang kau?Bukan kau anak sulung ke?"Elara memandang Saf pelik.Setahunya Saf adalah anak sulung.. daripada celah mananya pula dia ada abang?

"Abang tiri aku lah kak.Dia sekarang duduk rumah aku sementara sebab tengah cuti sem.Dia nak kenal kau sebab aku selalu cerita pasal kau kat dia.Pasal kau selalu jaga aku,suap aku kalau aku takde selera nak makan,teman aku pergi mana-mana..."

THE MAFIA:MISS ELARAWhere stories live. Discover now