#65

1 0 0
                                    

After one year.

Selepas setahun tak jumpa. Ye, finally we met again. Nak tahu jumpa kat mana ? depan pagar sekolah. Macam mana boleh jumpa ? Jom aku cerita.

Its happen in Ramadhan. Masatu aku nak amik adik aku sekolah petang. Selama ni aku tak sebok pun nak amik, sebab bila petang kan aku busy tolong siapkan juadah buka puasa. Tapi, masa haritu abang aku malas nak bawak kereta and penat. So aku lah yang cadangkan diri sendiri nak pergi amik. Okay mungkin Allah dah memang takdirkan pertemuan kami.

Aku keluar agak lambat sikit. Malas la nak bertapak lama-lama tunggu. Aku bawak kete and adik aku yang kecik teman tp dia duduk belakang macam boss.

So sampai dekat sekolah, alhamdulillah tak jem sangat maybe sebab dah nak cuti juga so ramai cuti awal and covid lagipun. Jadi betul-betul sampai dekat depan pagar besar sekolah. Aku bawak perlahan jelah sambil tengok-tengok adik aku dah keluar ke belum.

Then tiba-tiba aku nampak kete kat belah kiri aku nak keluar. Kereta kancil. Budak lelaki. Pakai topi. Aku pandang sekilas je. Aku stop kereta, and bagi dia lalu dulu. Kesian pulak tengok dia cam teragak-agak nak keluar. Maybe dari td tunggu line clear.

Disebabkan aku pun pemandu yang prihatin dan baik hati. Aku pun bagi la laluan dekat dia dulu. Masatu aku memang tak fikir apa dan tak perasan apa apa pun. Sampailah leps dia corner aka dia belok and dia angkat tangan dekat aku sebagai ucapan terima kasih. Aku pun angkat tangan jugak dan masa aku pandang muka dia. Masatu.

Ye masatu baru aku perasan itu dia. Mata aku macam baru berfungsi masatu. Dada aku auto berombak kuat. Uish gila. Aku betul-betul gelabah. Takleh rilek betul. Sumpah aku terkejut.

Korang bayangkan. Setahun tak jumpa. Aku tak dengar khabar apa pasal dia kecuali aku tahu dia sambung belajar kat mana. Hanya itu yang aku tahu. Dia pun susah nak post story and feed. Memang aku tak expect jumpa dia dekat sekolah. Sekolah tu terlalu banyak simpan kenangan kami berdua. Terutama bustop sekolah. Dan ye kami bertemu di sekolah, di depan bustop sekolah.

Selama setahun tu aku pun busy baru start sambung dip. senang cerita aku tak amik port sangat pasal dia. bila ingat, ingatlah. takdelah sepanjang masa aku stalk ig dia apa semua.

Aku sangat sangat terkejut masatu. Macam tak percaya apa yang baru berlaku. Aku taktau dia perasan aku atau tak. Aku pun masatu pakai facemask. Patuh sop sangat siap pakai face mask dalam kete sendiri.

Bila aku cerita dekat kawan aku, semua kata jodoh kitorang kuat sangat. Ada sahaja yang Allah nak tunjuk.

Ada yang kata diorang nak jumpa kawan laki kat luar pun susah, cam terserempak gitu susah. Ye aku pun admit. Aku pun mungkin sekali dua je terserempak kawan sekolah kalau dekat luar.

After one by one incident. Aku tak tau nak cakap apa. Aku hanya doa pada Allah, moga Allah dekatkan kami jika benar nama dia yang tertulis di Luth Mahfuz bersama aku. Kalau bukan, jauhkan kami.

Aku kadang fikir benda tu kebetulan. Tapi dalam Islam mana ada kebetulan kan. Itu takdir Allah. Aku takut aku terlalu meletak harapan yang tinggi. Aku takut kalau aku terlalu bawak perasaan dengan setiap apa yang berlaku antara kami.

Apa korang fikir ? Apa pendapat korang ? Moga Allah permudahkan segalanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Crush❤Where stories live. Discover now