"Kau cakap dia tak tahu!"
Perempuan yang berselendang merah itu mula runsing. Apa jadi jika dia tahu? Dia tak mahu tanggung apa yang bakal terjadi. Bukan dia yang rancang semua ini. Ini semua salah dia. Dia tak mahu ebnda ini jadi punca dia hidup merana.
"Bukan masalah aku. Hidup kau, hal kau. Aku hanya ikut arahan. Sekarang dia dalam jagaan kau. Kau tahu kan apa jadi kalau kau ingkar arahan?" kata pegawai itu.
I am my own person, duh.
Lelaki yang disarungkan guni di kepalanya itu terus meronta. Kalau tiada pelekat di mulutnya sudah pasti dia menjerit kuat. Perempuan itu terus mendengus mendengar kata kata pegawai itu. Dalam bilik berwarna merah darah itu, wanita itu terus menyoal lelaki kepala guni itu tanpa henti.
Bukan wanita itu tak suka kerjanya, tapi kalau diganggu lain cerita. Dia suka buat kerjanya dalam keadaan tenang. Semua kerjanya seperti biliknya sendiri, hanya dia sahaja yang ada hak mutlak keatas kerjanya.
"Bagitahu kepala ketua kau, kalau kau ganggu kerja aku lagi, jangan harap organisasi kau selamat. Kau keluar sekarang." kata wanita itu tegas.
"Aku tak takut dengan perempuan macam kau. Law-"
Dengan sekelip mata, diatas cuping telinga pegawai itu terletak pisau yang tumpul.
"Ini bukan Raja Lawak. Kau ni budak baru ke?"
Celahan lelaki itu mula basah. Dia mengangguk perlahan.
"Patutlah. Mari aku bagitahu kau macam mana perkataan hormat wujud."
Raungan demi raungan bergema dari dalam bilik itu berselang tangisan lelaki dalam tahanan. Pegawai itu pulang ke pangkalannya dengan amaran dari wanita berselendang merah, dan 7 jari.
Wanita itu masih belum penat menyoal lelaki yang berada dalam tahanan. Lelaki itu hanya menjawab perkara yang dia tahu. Tak mampu melawan selepas dia mendengar raungan lelaki lain yang diseksa oleh wanita itu. Dia tak mahu mencuba nasib. Akhirnya, wanita itu berhenti dengan soalan terakhir yang membuatkan lelaki itu berfikir panjang.
"Last question, siapa tuhan kau?"