Udara pagi nyaman seperti biasa. Dia termenung seperti biasa diatas sejadahnya. Bukan biasa dia nak bangun pagi macam ni. Selalunya terlajak sikit. Hidup dia yang tunggang-langgang dia tenangkan sedikit dengan kopi dan tiada hubungan dengan sesiapa, biarpun sulit atau yang zahir, walaupun dia mahu.
Dark circle sekeliling mata aku makin jelas kesan marathon movie dan anime setiap malam tanpa mengira masa. Mungkin kalau dah nak kiamat pun aku takkan berhenti. Technically, memang dah akhir zaman dah pun.
Aku target hari ni aku nak keluar rumah hirup udara segar. Disebabkan aku baru habis beberapa season cerita-cerita kegemaran aku sepanjang minggu ni, jadi aku nak ambil time relax. Dah lama aku tak hisap rokok atau pod, aku ambil nicotine patch. Aku tak tahu apa hukum ambil patch ni, tapi aku tengok Benedict Cumberbatch pakai dalam siri Sherlock, jadi aku cuba.
Dan mungkin aku terlebih dos (atau kurang?)
Aku siram pokok bunga kegemaran aku, pokok Bonzai sebab dia nampak macam estetik dan ada nilai-nilai orang tua yang mengingatkan aku tentang hidup mati. Satu haei nanti aku harap ada lah orang yang jagakan pokok aku masa aku tak ada.
Nada dering lagu Blackpink kedengaran. Siapa pulak yang call pagi-pagi ni? Terpapar nombor yang tak dikenali di skrin. Aku biarkan saja.
Susahlah hidup femes ni.
Masuk kali ni, Sudah lebih 10 kali aku dapat panggilan dari nombor-nombor asing yang mengganggu ketenteraman telefon aku. Nant-nantilah aku angkat.
Rutin seterusnya adalah pergi kerja. Macam biasa. Takde apa yang special tentang hidup aku. Buat masa sekaran, at least. Aku tak ramai kawan jadi aku boleh pergi ke mana-mana tanpa risau jadual aku, tak seperti orang lain yang kena luang masa fikir jadual apa-apa sebab kawan diorang plan lepastu janji ayam.
Aku lihat berita untuk tengok kemabukan apa yang jadi kat dunia sekarang ni. Berita tentang 50 orang yang mati serentak di Seremban mengejutkan aku. Tak pernah jadi dalam sejarah hidup tapi apa je yang aku mampu buat.
Buat masa sekarang, aku dengar kesemua mangsa pembunuhan (?) tiada apa-apa kaitan, dan semua tinggal secara berjauhan. Telefon mereka hangus dan hanya tinggal debu, seperti pembunuh sengaja tak mahu tinggal kesan.
Tapi siapa yang mampu bunuh 50 orang serentak?
Dunia dalam teknologi moden sekarang mampu melepasi batasan yang tidak dijangkau manusia. Tapi ini Malaysia, agak-agak lah. Kalau dalam cerita-cerita selalunya satu dunia hanyalah US atau mungkin Jepun. Mengikut cerita Ultraman.
"Woi kambing, bangunlah," kata aku pada Aiman. Dia tidur kat rumah aku semalam sebab dia baru lepas putus dengan ex dia. What a joke. Kau yang cari pasal kau yang sedih kenapa? Ada relationship ni macam hisap rokok, kalau kau bernasib baik, kau hidup lama. Kalau tak, kau mati. Hati kau mati, literally.
"Kejap la, aku tengah mimpi lagi. Kau tahukan mimpi tak boleh jadi realiti."
"Betul. Tapi masalahnya sekarang realitinya kau busuk macam kentut. Pergi mandilah busuk!"
"Ish yelah. Busuk pagi-pagi pun banyak bunyi," balas Aiman.
Aku suruh Alexa pasang lagu Ricky Montgomery tapi disebabkan aku tak fasih bahasa inggeris dia tak boleh faham apa aku cakap. Last-last aku pasang guna telefon aku guna bluetooth speaker. Sedap jugak dengar playlist pagi-pagi ni.
Lepas Aiman habis mandi, aku tutp segala perkakas elektronik supaya Aiman tak membazir. Aku juga yang perlu bayar sedikit bil rumah ini.
Perempuan yang ada paras-paras Black WIdow muncul di muka pintu. Aku yang sedang ikat tali kasut tersentak.
"Syaihan bin Azmi?"
"Ya saya," balas aku.
"Kami perlukan bantuan anda," kata perempuan itu sambil menarik tangan aku. Aku tersadung disebabkan tali kasut aku yang belum diikat. Baru nak nampak macam dalam movie tapi this is reality. Memalukan.Tapi dia cantik, so whats the problem?
Aiman yang juga baru nak melangkah keluar tercengang.
"Woi Syai hang tak bagitahu hang ada marka lawa!"
"Kunci pintu Man"